ayat pertama : Namun pengetahuan sains harus digunakan untuk kebaikan / pembaikan dan bukan untuk kemusnahan / pemusnahan. imbuhan mana yang sesuai untuk perkataan baik dan musnah dalam ayat di atas. terima kasih | Ayat dan penggunaan imbuhan yang tepat ialah "Namun pengetahuan sains harus digunakan untuk tujuan kebaikan dan bukan untuk kemusnahan". | Tatabahasa | 13.08.2015 |
Apakah padanan istilah yang tepat bagi "desolation" dalam bahasa Melayu? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah desolation secara umumnya ialah pemusnahan, pembinasaan. Dalam bidang Kejururawatan, padanan bahasa Melayu bagi istilah desolation ialah (rasa) terpinggir. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 22.08.2025 |
Tuan/Puan, Mohon khidmat nasihatnya berkaitan istilah apa yang paling sesuai dalam Bahasa Melayu bagi istilah weapons of mass desctruction? Terima kasih | "Weapons of mass destruction" boleh diterjemahkan sebagai "senjata pemusnahan massa" | Istilah | 09.06.2020 |
apakah definisi menjana wang? | Saudara, Makna jana adalah seperti yang berikut: 1. hidup; 2. nyawa; ~-bijana tempat lahir; menjanakan menghasilkan, mengadakan, melahirkan, mengeluarkan: ~ kuasa elektrik; peranan yg dimainkan oleh sektor pertanian dlm ~ pendapatan dan guna tenaga; terjana terbina, terjadi, telah diadakan, terhasil; penjanaan perbuatan (tindakan dsb) menjanakan atau menghasilkan sesuatu: cawangan perusahaan ini meliputi segala kegiatan yg berkaitan dgn ~, pengasingan, atau pembersihan berbagai-bagai bahan kuasa; putaran sistem ini telah menyebabkan ~ dan pemusnahan alam kejasmanian; ~ semula (Bio) pembentukan semula tisu atau organ yg tercedera (rosak) pd tumbuhan atau haiwan, mis pembentukan semula ekor cicak yg telah putus; penjana sesuatu (alat dll) yg atau utk menjanakan (kuasa dll): alat ini mempunyai sebuah ~ haba serta saluran cecair ammonia. Oleh yang demikian, menjana wang bermaksud bermaksud menghasilkan wang. | | | |
| Makna | 13.10.2010 |