Apakah istilah yang ditetapkan untuk pen drive ? | Padanan pen drive dalam bahasa Melayu ialah pemacu pena. | Makna | 17.06.2010 |
1. dua per empat ATAU dua perempat, dan ikut Kamus Dewan, seperdua dieja sebagai satu perkataan. 2. pen drive dalam bahasa Melayu? | 1. Ejaan yang betul ialah dua perempat. 2. Padanan pen drive dalam bahasa Melayu ialah pemacu pena. | Tatabahasa | 17.06.2009 |
Perkataan seperti dibawah apabila diterjemahkan dalam bahasa melayu diterjemahkan sebagai apa? a. Soft copy b. Hard copy c. pen drive/ thumb drive . Terima kasih | Soft copy diterjemahkan kepada salinan lembut, hard copy diterjemahkan kepada salinan cetak/salinan keras dan pen drive atau thumb drive diterjemahkan kepada pemacu pena. | Istilah | 19.10.2012 |
Salam sejahtera Apakah istilah baku untuk 'thumb drive' atau 'pen drive' dalam BM? Terima kasih. | Secara amnya thumb drive dan pendrive drive sama sahaja fungsinya dan pada wal penggunaannya kedua-dua alat itu diberi padanan pemacu pena. Walau bagaimanpun melihat kepada bentuk yang berbeza kedua-duanya kini diberikan padanan yang berbeza, thumb drive ialah pemacu jari, manakala pen drive ialah pemacu pena. | Istilah | 26.01.2011 |
Apakah padanan kata untuk thumb drive atau pen drive. T. kasih. | Encik Ujang, Padanan bagi thumb drive ialah pemacu pena. Namun ia hanya digunakan dalam bentuk istilah sahaja. Dalam dalam keadaan tidak rasmi orang akan lebih faham jiak digunakan Thumb Drive. | Istilah | 24.06.2010 |
Selamat tengah hari, maaf saya ingin bertanya apakah yang dimaksudkan dengan perkataan pemacu pena? | Perkataan "pemacu pena" ialah "thumb drive" atau "pen drive" dalam bahasa Inggeris. Ia adalah alat untuk menyimpan data dalam bentuk digital. | Istilah | 18.05.2020 |
salam, apakah padanan terjemahan untuk "usb stick"? terima kasih | Untuk makluman istilah "USB stick" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, konsep istilah ini adalah sama dengan "USB drive" atau "pen drive'. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pemacu USB. | Istilah | 01.02.2013 |