Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.ha.nan] | ڤناهنن

Definisi : 1. perbuatan menahan (menang­kis), penangkisan; 2. perbuatan menahan (mengekang), pengekangan: ~ hawa nafsu; 3. perbuatan (tindakan) menahan (per­mohonan dll); 4. perbuatan (tindakan) mena­han orang (drpd memasuki sesuatu kawasan dsb); 5. perbuatan (tindakan) menahan (mengu­rung, memenjarakan, dsb utk semen­tara sahaja), pemenjaraan, pengurungan: ~ mereka dianggap tidak sah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.ha.nan] | ڤناهنن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) menahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahan (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,

2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,

3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,

Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Slm, berikan saya contoh kata seerti penahanan"" Dan "pertahanan"..?penahanan seerti dengan pengekangan, pertahanan seerti dengan pembelaan. Sila rujuk prpm.dbp.gov.my untuk lebih lanjut.Makna18.02.2013
Apakah perkataan yang sesuai untuk menterjemahkan perkataan Attachment ke dalam Bahasa Melayu. Contoh perkataan adult attachmentUntuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "adult attachment". Walau bagaimanapun, terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk attachment, iaitu penempatan, perapatan, penahanan, pelekapan, pelekatan, alat tambah dan sangkutan. Padanan bahasa Melayu ini berbeza berdasarkan konsep dan bidang. Oleh itu, puan perlu mengetahui konsep istilah tersebut unutk mengetahui padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah07.08.2012
Pihak kami banyak menggunakan istilah "reten" yang mengambarkan kutipan data (data collection) daripada maklumat - maklumat kesihatan. sebagai contoh kehadiran pesakit di klinik, pesakit yang demam, pesakit yang mempunyai bacaan tekanan darah tinggi lebih 140/90 dan macam - macam lagi. Jadi saya ingin bertanya adakah terdapat istilah ini. dalam bahasa inggeris juga tiada sepanjang carian saya. Istilah ini amat meluas digunakan dalam garispanduan yang Kementerian Kesihatan Malaysia keluarkan. Justeru mohon panduan daripada pihak tuan sama ada istilah ini ada atau ada istilah lain yang wajar digunakan. namun perubahan mungkin sukar kerana istilah ini telah bertunjang didalam komuniti KKM. sekian, terima kasih

Untuk makluman pihak tuan, semakan dalam pangkalan data DBP tidak menemukan perkataan ini. Perkataan reten berkemungkinan terbentuk daripada serapan perkataan bahasa Inggeris retain melalui kaedah penyesuaian ejaan, seperti pola perkataan captain - kapten.

Namun demikian, berdasarkan konteks penggunaan dalam bidang perubatan, konsep yang lebih tepat adalah merujuk kepada perkataan retention.

Walau bagaimanapun, padanan bagi istilah retention dalam bahasa Melayu ialah simpanan; penyimpanan; penahanan; retensi, bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang Perubatan. Pihak kami juga telah mendapatkan maklum balas daripada pakar bidang perubatan.



Lain-lain29.08.2025

Kembali ke atas