Adakah ayat dibawah adalah betul? sekirannya salah,tolong jelaskan.. +Para tetamu menyesal sikap penaja jamuan kerana makanan yang telah disediakan tidak enak.. terima kasih | Saudara, Ayat yang betul ialah ' Para tetamu kesal dengan sikap penaja jamuan kerana makanan yang disediakan tidak enak. | Tatabahasa | 20.08.2010 |
Mohon DBP untuk mengusahakan/mencari penaja bagi pengambilan Munsyi Dewan 2018 (calon/peserta tidak dikenakan sebarang bayaran/kos). Ini sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada Munsyi Dewan dalam memartabatkan Bahasa Melayu. | Pihak tuan boleh terus mengemukakan pandangan dan saranan ini kepada pihak Akademi DBP. No. telefon: 03-2147 0201. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 06.02.2018 |
salam tuan, bilakah pengambilan munsyi dewan 2017 akan diiklankan?, mohonlah pihak DBP usahakan mencari penaja/peruntukan bagi pengambilan munsyi dewan 2017. Tidak perlulah pemohon/calon mengeluarkan kos. selayaknya munsyi dewan dihargai kerana memperjuangkan bahasa melayu. | Kami ambil maklum cadangan tuan. Dalam hal ini pihak yang berwenang telah mengambil kira pelbagai aspek untuk melaksanakan program Munsyi Dewan dan perancangan yang dipilih berkemungkinan langkah paling praktikal pada masa ini. | Lain-lain | 12.09.2017 |
maksud persatuan , pusat konvensyen , pusat persidangan , perancang mesyuarat korporat , perancang mesyuarat bebas , tour operator , pameran perdagangan dan eksposisi ,penaja pameran perdagangan dan kontarktor perkhidmatan dalam maksud pelancongan | Maksud persatuan ialah 1. gabungan, ikatan, kumpulan: anggota jawatankuasa P~ Penulis Nasional ialah sepuluh orang; P~ Bola Sepak Malaysia; 2. perikatan, syarikat: setiausaha ~ kastam; 3. perihal bersatu: ~ urat pd tangan dgn urat pd mata. Konvensyen ialah 1. persidangan ahli-ahli pertubuhan politik (perniagaan dll) utk membincangkan sesuatu perkara: beberapa perkara mengenai rangka perlembagaan itu akan dibincangkan dlm ~ yg akan diadakan; 2. perjanjian antarabangsa (antara negara, pemerintah, dsb). Maklumat selanjutnya, Saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 11.02.2007 |
Dalam ayat di bawah, selepas tanda sempang (-), huruf berikutnya perlu dimulakan dengan huruf besar atau kecil? Prasarana dan Fasiliti yang Berkualiti - Stadium Sultan Ibrahim, yang dimiliki oleh JDT, menjadi tarikan kepada penaja antarabangsa seperti Unifi dan Nike. | Selepas tanda pisah (−), perkataan berikutnya dimulakan dengan huruf kecil kecuali kata nama khas. Contoh seperti yang berikut: i. Prasarana dan kemudahan yang berkualiti − Stadium Sultan Ibrahim, yang dimiliki oleh JDT menjadi tarikan kepada penaja antarabangsa seperti Unifi dan Nike. ii. Novel yang dibacanya itu meninggalkan berbagai-bagai kesan kepada dirinya − sedih, gembira, marah dan kesal. | Tatabahasa | 01.02.2025 |
Tuan/Puan, Mohon kerjasama untuk mengesahkan terjemahan untuk "makes public" di bawah adalah betul atau salah. Sumber: If the Sponsor makes public any study results your identity will remain confidential. Sasaran: Jika Penaja mendedahkan apa-apa hasil kajian, identiti anda akan kekal dirahsiakan. Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan "make public" diterjemahkan sebagai "mendedahkan", "membocorkan", "memaklumkan" atau "memberitahu". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.06.2021 |
fungsi penajaan sukan | Penajaan sukan bermaksud perbuatan atau hal menaja aktiviti yang berkaitan dengan sukan seperti yang lazim dilakukan oleh syarikat-syarikat besar dalam negara. Hasil daripada penajaan ini dapat memberikan impak kepadakedua-dua belah pihak, pihak penaja secara tidak langsung dapat mempromosikan jenama, produk dan sebagainya, manakala pihak yang mendapat tajaan mendapat manfaat dan mengurangkan kos dalam pengendalian sukan tersebut. Untuk maklumat lanjut yang berkaitan denan fungsi tajaan ini sila rujuk makalah yang berkaitan dalam majalah atau akhbar-akhbar utama. | Lain-lain | 04.02.2010 |