Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pusat (kata nama)
Bersinonim dengan punca, tumpuan, pangkalan, sasaran;,
Kata Terbitan : berpusat, memusatkan, pemusatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum..saya ingin mengetahui bagaimana caranya untuk mendapatkan senarai penanda wacana yang lengkap terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka..saya perlukan senarai penanda wacana ini dengan kadar yang segera agar saya dapat gunakannya untuk rujukan dalam membuat latihan..bantuan daripada pihak tuan amat say hargai..terima kasih..Bagi membantu, saudara boleh membuat rujukan di Pusat dokumentasi Melayu DBP atau mendapatkan bahan carian dengan melayari laman web DBP dan klik pada Katalog Awam Dalam Talian. Bahan yang diperlukan dapat diperoleh melalui carian tersebut.Lain-lain27.10.2007
Saya adalah guru Perpustakaan & Media di SK Iskandar Perdana. Pada 4 Julai 2013 yang lalu Pusat Sumber sekolah saya telah menjemput Ketua Pengerah Dewan Bahasa dan Pustaka , Datuk Dr Awang B Sariyan datang ke sekolah saya untuk perasmian Pusat Sumber Sekolah. Oleh itu tahun ini saya mewakili pihak sekolah ingin membuat lawatan penanda aras ke DBP ( guru & murid) untuk meluaskan lagi pengetahuan dan mengenali DBP dengan lebih dekat lagi. Bagaimanakah caranya dan prosedur untuk saya membuat lawatan ke sana? Apakah alamat dan pihak yang boleh dihubungi? Terima kasih. Pengurus lawatan: Pn Zurina Bt Ahmad SK Iskandar Perdana, 32610 Seri Iskandar, Perak. Tel: h/p: 0195037796 Tel Sekolah: 05 3711584Berkaitan dengan perkara ini, dengan hormatnya puan boleh menghubungi Encik Azimin bin Daud, Bahagian Komunikasi Korporat DBP melalui talian 03-2147 9485 atau e-mel azimin@dbp.gov.my . Selain itu, puan juga boleh menulis surat kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain03.07.2014
Adakah kesalahan dalam perenggan ini. Sejak hari-hari ini,kewujudan pusat tuisyen semakin banyak bagai cendawan selepas hujan.Hal ini menyebabkan banyak ibu bapa cenderung untuk menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen.Hal ini menyebabkan banyak pelajar mengambil kesempatan dan terlibat dalam gejala sosial.Sebenarnya,apakah tujuan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen?Beberapa kesalahan dapat dikesan dalam ayat ini terutamanya penggunaan perkataan yan penanda wacana yang kurang tepat dengan konteks ayat. Contohnya dalam ayat pertama, hendaklah dimulakan dengan perkataan "kewujudan pusat tuisyen...". Untuk lebih lebih memahami binaan ayat dan penggunaan perkataan yang betul, sila bertanya kepada guru di sekolah dan banyakkan berbincang dengan rakan pelajar. Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing pelajar dengan rinci dan jelas. Kami juga tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei atau tulisan, sekalipun dihantar satu demi satu.Tatabahasa29.09.2015
SAYA PERLUKAN SIJIL PENGESAHAN BAHASA DARI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA UNTUK PERBAHARUAN LESEN PAPAN IKLAN ( PENANDA SIZE IKLAN DAN TULISAN ) SEPERTI YANG DIKEHENDAKI PIHAK MAJLIS PEMBANDARAN
Salam sejahtera,
Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, tuan/puan perlu mendaftar dahulu, klik Daftar Akaun. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik Panduan Pendaftaran di laman web dbpsahbahasa.my.
 
Selepas mendapat ID pengguna dan kata laluan, sila log masuk dan klik Daftar Permohonan >Daftar Iklan. Kemudian, lengkapkan maklumat iklan (rujuk Panduan Pelanggan).
 
Caj sebanyak RM10.00 akan dikenakan untuk jenis iklan Papan Premis Kedai/Pejabat/Syarikat. Proses kelulusan mengambil masa tiga (3) hari bekerja selepas DBP menerima bayaran daripada bank pelanggan.

Berikut ialah penambahbaikan yang perlu dibuat untuk iklan tuan/puan. Sila buat penambahbaikan ini terlebih dahulu sebelum menghantar iklan supaya proses pengesahan dapat dipercepatkan:

i. Betulkan keterangan aktiviti perniagaan PUSAT RAWATAN kepada PUSAT RAWATAN HEMODIALISIS
ii. Hanya Jawikan keterangan aktiviti perniagaan, tidak perlu Jawikan nama perniagaan,

ڤوست راوتن  هيمودياليسيس    

iii. TEL.:  06-529 3118  (tambah titik untuk singkatan)

Sekian, terima kasih.
 
Lain-lain07.10.2020
Ada pendapat yang mengatakan bahawa kata penguat bebas iaitu sangat,amat dan sungguh boleh digunakan serentak dengan kata penguat belakang sekali, contohnya sangat cantik sekali, amat hebat sekali dan sungguh mahal sekali. Namun dalam kebanyakan penerbit buku rujukan masih tidak menerima pendapat ini kerana latihan yang diberikan dalam keluaran mereka semuanya menyatakan penggunaan kata penguat seperti di atas adalah salah. Jadi, apakah nasihat kita kepada para pelajar kita dan apakah pendirian DBP dan Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dalam hal ini?Kalau pendirian DBP dan KPM bercanggah, pendirian siapakah yang patut kami ikut?

Menurut buku tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang merupakan buku rujukan rasmi tentang tatabahasa bahasa Melayu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, sebuah agensi perancang bahasa di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia menjelaskan bahawa penggunaan kata adjektif dalam darjah penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara berikut:

i. se+kata adjektif + gandaan + kata nama - sepandai-pandai tupai, sekeras-keras batu  

ii.  ter+ kata adjektif - terpandai,terbaik

iii. paling+kata adjektif - paling lazat, paling cerdik

iv. kata adjektif+ sekali - tinggi sekali, cantik sekali

Binaan ter+kata adjektif tidak perlu diikuti oleh perkataan sekali, begitu juga dengan binaan paling+ kata adjektif kerana ter, paling dan sekali sudah membawa maksud darjah penghabisan.

Awalan ter yang digabungkan dengan kata penguat bebas amat atau sangat dan hadir sebelum kata adjektif merupakan penanda darjah penghabisan. Binaan darjah penghabisan boleh juga menerima kata penguat belakang sekali dengan kata penguat bebas amat, sangat atau sungguh yang hadir sebelum kata adjektif.

Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 244.     

Tatabahasa24.05.2008
Bolehkah ayat dimulakan dengan perkataan terutamanya?

Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2490, perkataan “terutama” merupakan kata adjektif terbitan yang bermaksud paling utama; mula-mula sekali; lebih baik; lebih-lebih lagi.

Dalam penulisan, perkataan “terutama” digunakan sebagai penanda wacana, iaitu unsur yang menghubungkan atau mengaitkan pelbagai entiti dalam sesuatu wacana. Perkataan “terutama” atau “terutamanya” digunakan untuk menjelaskan atau menekankan tentang suatu hal atau aspek yang memiliki tingkat penting atau keutamaan yang lebih tinggi daripada yang lain dalam suatu konteks tertentu pada ayat.

Oleh yang demikian, perkataan “terutamanya” digunakan pada bahagian tengah ayat dan tidak digunakan pada awal ayat. Contoh ayat:

  1. Coklat merupakan manisan yang disukai ramai terutama kanak-kanak.
  2. Persembahan tablo biasanya dijadikan selingan terutamanya pada setiap akhir adegan dalam sesebuah drama.

Untuk maklumat lanjut berkenaan contoh penggunaan perkataan “terutama” atau “terutamanya”, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) atau laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP melalui https://prpm.dbp.gov.my.

Tatabahasa03.10.2024

Kembali ke atas