1. Apakah maksud penanda wacana? 2. Apakah fungsi-fungsi penanda wacana? 3. Bagaimanakah caranya untuk meningkatkan penggunaan penanda wacana di kalangan pelajar | Bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana digunakan. Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb. Kekeliruan berlaku apabila penulis tidak menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 525. | Tatabahasa | 01.03.2012 |
1. Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka, apakah maksud penanda wacana dan konsepnya? 2. Menurut DBP, apakah fungsi penanda wacana dan penggunaannya dalam perenggan? 3. Bagaimanakah penggunaan penanda wacana dapat meningkatkan kualiti sesebuah karangan? | Bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana digunakan. Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb. Kekeliruan berlaku apabila penulis tidak menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 525. | Tatabahasa | 09.03.2012 |
Apakah yang dimaksudkan dengan konsep penanda wacana? | Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, maka penanda wacana digunakan. Terdapat lima jenis penanda wacana: penanda penghubung, rujukan,penggantian,leksikal dan elipsis atau pengguguran. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 525. | Tatabahasa | 25.02.2012 |
apakah maksud penanda wacana dan apakah fungsi penanda wacana. terima kasih | Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat yang boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian,dialog,bab,buku,siri buku dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap. Bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana digunakan. Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb. Kekeliruan berlaku apabila penulis tidak menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, edisi Ketiga. | Tatabahasa | 18.02.2012 |
Soalan saya berkenaan penanda wacana masih tiada respons. Adakah jika digunakankan penanda wacana, subjek tidak perlu ditulis? Hanya predikat? Terima kasih. | Penanda Wacana bertujuan untuk mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana. Dalam bahasa Melayu, terdapat sekurang-kurangnya lima jenis penanda wacana, iaitu: 1. penanda penghubung 2. penanda rujukan 3. penanda penggantian 4. penanda leksikal 5. penanda ellipsis atau pengguguran Untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci berkenan Penanda Wacana, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 525-529. | Tatabahasa | 12.02.2018 |
apakah wacana dan penanda wacana? | Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat yang boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian,dialog,bab,buku,siri buku dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap. Bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana digunakan. Terdapat lima jenis penanda wacana: penanda penghubung, rujukan,penggantian,leksikal dan elipsis atau pengguguran. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 28.03.2008 |
Salam sejahtera, Saya ingin mengetahui senarai penanda wacana isi baharu untuk ditulis dalam karangan. Bolehkah perkataan seperti 'tambahan pula, di samping itu, selanjutnya, lebih-lebih lagi, sebaliknya' digunakan dihadapan ayat?Adakah perkataan tersebut penanda wacana ataupun kata hubung? | Penanda wacana jenis penghubung tambahan ialah dan, lalu, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu dan selanjutnya. Penggunaan penanda wacana ini boleh digunakan di pangkal ayat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 526-527. | Tatabahasa | 22.07.2013 |
Apakah perbezaan antara 'Dengan itu' dan 'Lantaran itu'? | Penanda wacana dengan itu, oleh hal yang demikian, dengan demikian, oleh itu merupakan penanda wacana penghubung musabab. Tiada perbezaan antara penanda wacana dalam jenis yang sama cuma kesesuaian penggunaan bergantung pada konteks ayat. Jika lantaran bermaksud kerana atau sebab, maka lantaran itu samalah maknanya dengan kerana itu atau sebab itu. | Lain-lain | 14.09.2016 |
Ketepatan penggunaan penanda wacana dalam karangan/esei kadang kala mengelirukan. Mohon jasa baik DBP memberikan panduan. tk. | Saudara, Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb. Kekeliruan berlaku apabila penulis tidak menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi, Bahasa dalam Komunikasi oleh Asmah Hj. Omar. | Lain-lain | 04.11.2009 |
Salam sejahtera tuan. Apakah penanda wacana yang sesuai digunakan semasa menulis perenggan isi pertama dalam karangan? Maklum balas tuan amat dihargai. Terima kasih. | Penanda wacana berfungsi bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana. Oleh itu, penanda wacana bergantung pada konteks tajuk dan ayat yang digunakan dalam pendahuluan. Sila lihat contoh karangan yang banyak disiarkan dalam buku teks atau buku rujukan. | Lain-lain | 23.03.2014 |