Bolehkah saya gunakan Majlis "Penandatanganan" MOU sebab staf dan ketua jabatan saya berkeras ingin menggunakan Majlis "Menandatangani" MOU. | Yang betulnya ialah Majlis Penandatangan MOU. Bagaimanapun, yang biasa digunakan oleh masyarakat ialah 'Majlis Menandatangani MOU'. | Tatabahasa | 07.09.2008 |
Tuan, Berdasarkan pautan ini (https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=penandatanganan&d=175768&), apakah ejaan yang sebenar? Majlis Menandatangani atau Majlis Penandatangan memandangkan dua jawapan berbeza dalam selang masa 8 tahun. Adakah jawapan tahun 2016 yang terkini? | Perkataan yang betul ialah "Majlis Penandatangan". Walau bagaimanapun, yang lazimnya digunakan oleh masyarakat ialah "Majlis Menandatangani". Oleh itu, kedua-duanya boleh digunakan dalam contoh frasa yang diberikan. | Ejaan | 06.04.2022 |
Ain Za 12:43PM Assalamualaikum dan salam sejahtera... nak bertanya sikit Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) atau Majlis Penandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) yang mana lagi sesuai Menandatangani or Penandatanganan | Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU). | Tatabahasa | 22.08.2016 |