| Apakah ejaan yang betul bagi perkataan di bawah ini mengikut tatabahasa terkini? 1. Laksa Penang atau laksa penang atau laksa Penang? 2. Nasi Goreng Kampung atau nasi goreng kampung atau nasi goreng Kampung? 3. Teh Ais atau teh ais? 4. Mi Hailam atau mi hailam? 5. Nasi Arab atau nasi arab atau nasi Arab? Bolehkah tuan jelaskan garis panduan terkini untuk menulis nama makanan yang melibatkan nama tempat atau kaum? Terima kasih. | Untuk nama menu yang melibatkan nama tempat atau kaum, penggunaan huruf besar tidak diperlukan kecuali dijadikan tajuk buku atau artikel. Oleh itu, nama makanan atau menu hendaklah ditulis dengan huruf kecil: 1. laksa penang 2. nasi goreng kampung 3. teh ais 4. mi hailam 5. nasi arab | Lain-lain | 17.09.2025 |
| Restoran Heritage Penang | Restoran Heritage Penang. Sila perincikan soalan anda. | Lain-lain | 04.07.2013 |
| Adakah frasa dibawah menepati Tatabahasa Bahasa Melayu? 1. Rasa Sebenar Penang 2. Rasa Autentik Penang Terima Kasih | Kami mencadangkan padanan fasa berikut: 1. Cita Rasa Pulau Pinang Sebenar. 2. Cita Rasa Pulau Pinang Asli. | Tatabahasa | 22.04.2024 |
| Assalamualaikum, Apakah maksud yang sesuai dan sedap didengar dalam bahasa melayu bagi slogan dibawah 1. TRULY PENANG TASTE 2. PENANG AUTHENTIC FLAVOUR Terima Kasih. | Untuk makluman tuan, pihak DBP tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan. Walau bagaimanapun, pihak kami boleh membantu tuan menyemak frasa tersebut yang telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 22.04.2024 |
| Adakah Penang boleh diguna untuk tujuan rasmi dalam teks bahasa Inggeris? | Jawapan yang betul ialah Pulau Pinang. | Lain-lain | 26.09.2022 |
| Adakah 'Penang' diterima sebagai nama rasmi untuk Pulau Pinang? Jika ya bermaksud ia boleh digunakan dalam teks bahasa melayu, benar? | Penggunaan nama rasmi yang betul ialah Pulau Pinang. | Ejaan | 26.05.2021 |
| Ayat Penang 2030 dalam surat rasmi perlu jarak atau dekat? Penang2030 atau Penang 2030 | Frasa yang betul ialah Pulau Pinang 2030 dan perlu dijarakkan. | Lain-lain | 14.11.2025 |
| Bolehkah nama "Restoran Heritage Penang" di papan iklan premis perniagaan? | Nama "Restoran Heritage Penang" boleh digunakan sekiranya nama tersebut telah berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Syarikat. | Lain-lain | 04.07.2013 |
| Hi Sir / Madam We are Automation Company for System Integration. I am setting a branch in Spg Ampat Penang. Our head quarters is located in Shah Alam. So, I am applying a sign board to be place in Penang branch office as well. For this purposes, i need to obtain the approval from DBP. Attached herewith is the design for shah alam office. We will copy the same design just changing the address to Spg Ampat address. Hope that you can approve our design. Thank You Poon | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.my | Lain-lain | 17.01.2018 |
| Saya tidak faham kata nama khas boleh diubah seperti Amerika Syarikat (America), Penang (Pulau Pinang), Johore Johor), Klang Valley (Kuala Lumpur), Perancis (France)... perkara ini diterima pakai dalam penulisan umum. | Apa yang berlaku bukanlah perubahan pada nama khas yang tersebut tetapi penggunaan dalam dua bahasa yang berbeza seperti United States of Amerika dalam bahasa Melayu ialah Amerika Syarikat, Penang dalam bahasa Melayu ialah Pulau Pinang dan Klang Valley dalam bahasa Melayu ialah Lembah Klang. | Ejaan | 14.02.2012 |