Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : nelayan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nelayan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Memohon Penjelasan Penggunaan Perkataan Saya sedang menyunting manuskrip untuk buku berkaitan agama untuk diterbitkan. Untuk mewujudkan keselarasan dan bagi mengelakkan kesilapan penggunaan perkataan, saya memohon kerjasama tuan untuk memberikan panduan. Dilampirkan senarai soalan yang memerlukan penjelasan. 1. Penggunaan kata ganti `beliau’ dan `dia’. Kebanyakan buku agama selama ini cenderung menggunakan kata ganti `dia’ untuk merujuk kepada nama seperti Sayidina Abbas, Siti Khatijah dll. Soalan: Saya berpendapat penggunaan Kata Ganti `beliau’ lebih sesuai. Apa pandangan tuan? 2. Saya hanya akan menggunakan kata ganti `dia’ untuk merujuk kepada orang biasa seperti `penangkap ikan’, `pekebun’ dsbnya atau individu yang bersifat negatif seperti `pencuri’, `tawanan perang’ atau `penjenayah’ dan nama-nama lain seperti `Abu Jahal’, `Abu Lahab’, `Firaun’ dsbnya yang bersifat negatif Soalan: Apa pandangan dan ulasan pihak tuan. 3. Penggunaan ejaan bagi perkatan yang bersumberkan bahasa Arab untuk gelaran pada nama. Contohnya Sayidina Umar Al-Khatab, Yusuf As-Syami, Saad Abi Waqas, dsbnya. Soalan: apakah perkataan `Al, As, Abi dan Ibnu’ dieja begini atau huruf kecil seperti: Umar al-Khatab, Yusuf as-Syami, Saad abi Waqas, Zaid ibnu Syakur.1. Peliau ialah kata ganti diri ketiga untuk orang tua atau orang yang dihormati. Dalam konteks ayat tersebut kata yang beliau lebih sesuai digunakan atau dikekalkan gelaran saidina dan saidatina.

2. Kata ganti nama dia lebih umum dan boleh digunakan untuk selain daripada "beliau".  

3. Kata gelaran yang tuan maksudkan itu dieja dengan huruf kecil, seperti Saidina Umar al-Khatab dan Saad ibni Abi Waqas.
Tatabahasa24.06.2016

Kembali ke atas