Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.wa.ran] | ڤناورن

Definisi : perihal menawar(kan): kedua-dua ~ dan penerimaan ini mestilah diucapkan dlm satu perjumpaan; sebarang bencana alam atau kegagalan tanaman akan menye-babkan ~ beras dunia semakin ber­kurangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.wa.ran] | ڤناورن

Definisi : perbuatan menawar (menawari, menawarkan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.wa.ran] | ڤناورن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) menawar, menawari atau menawarkan: permintaan dan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.na.wa.ran] | ڤناورن

Definisi : perihal, perbuatan dsb menawar atau menawarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penawaran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Supply Utilization AccountAkaun Penggunaan PenawaranLain-lain06.04.2007
Supply claim managementpengurusan rantaian penawaranLain-lain26.03.2007
Salam. Saya ingin bertanya mengenai perincian yang harus ada dalam lesen penerbitan atau penerimaan dan penawaran manuskrip untuk tujuan terbitan antara penulis dengan penerbit. Kadar royalti yang umum untuk penerbitan novel remaja. Terima kasih.

Salam,

Antara perkara penting yang perlu ada dalam lesen penerbitan adalah kadar royalti, kaedah pembayaran royalti, jenis hak yang diberi oleh penulis kepada penerbit, kuasa/hak penerbit dan penulis, tarikh/tempoh karya perlu diterbitkan dan juga tempoh perjanjian. Kadar royalti pula adalah berbeza mengikut penerbit. Agggarannya antara 7-15%.

Lain-lain17.11.2009
Mohon jasa baik tuan... Saya ingin mengetahui cara yang betul menulis nombor untuk penulisan akademik. bila masa yang betul untuk gunakan nombor dan perkataan contoh: Bilik yang ditawarkan boleh didapati dengan sewaan sekitar RM 90 untuk bilik kelamin dan RM 70 untuk bilik bujang dikira berpadanan dengan kemudahan yang disediakan di dalam bilik. Matlamat penawaran bilik penginapan ialah lebih bersifat kebajikan berbanding kepada keuntungan. contoh 2: Organisasi masjid terdiri daripada pegawai masjid dan ahli jawatankuasa. Pegawai masjid terdiri daripada tiga orang imam, tiga orang bilal dan dua orang siak. Sebahagian daripada pegawai masjid dibiayai oleh pihak kerajaan dan sebahagian lagi dibiayai oleh masjid. Manakala ahli jawatankuasa yang dilantik adalah seramai 15 orang dengan pengkhususan biro-biro tertentu yang telah diputuskan melalui mesyuarat. pohon penjelasan. terima kasih1. Dalam penulisan nombor satu hingga sembilan dieja dengan perkataan, manakala nombor 10 hingga seterusnya ditulis dengan angka. Walau bagaimanapun dalam menulis nilai ringgit, cara yang betul ialah RM5, RM10 dan RM100.
2. Organisasi masjid terdiri daripada pegawai masjid dan ahli jawatankuasa. Pegawai masjid terdiri daripada tiga orang imam, tiga orang bilal dan dua orang siak. Sebahagian daripada pegawai masjid dibiayai oleh pihak kerajaan dan sebahagian lagi dibiayai oleh masjid. Manakala ahli jawatankuasa yang dilantik seramai 15 orang dengan pengkhususan biro-biro tertentu yang telah diputuskan melalui mesyuarat.
Tatabahasa23.01.2013
Assalamualaikum. Saya Hafez dari Bandar Baru Bangi. Saya nak tanya makna perkataan kleptokrat / kleptokrasi? Terima kasih.Salam sejahtera, Kleptokrasi terdiri daripada perkataan ‘klepto’ iaitu pencuri dan ‘cracy’ yang bermaksud pemerintahan. Terma kleptokrasi mula digunakan oleh sarjana sosiologi iaitu S. Andreski dalam beberapa tulisannya seperti The African Predicament: A Study in the Pathology of Modernisation. Andreski (Ellis 2008:451) merujuk kleptokrasi sebagai “a system of government [that] consists precisely of the practice of selling what the law forbids to sell”. Takrifan Andreski tersebut, secara literalnya kleptokrasi difahami sebagai satu sistem kerajaan yang mengandungi amalan ‘menjual apa sahaja yang dilarang oleh undangundang’. Hal ini bermaksud bahawa fungsi organ-organ kekuasaan dalam kerajaan ditentukan oleh mekanisma permintaan dan penawaran atau supply and demand dan bukannya undang-undang dan peraturan. Dalam erti kata lain, kleptokrasi adalah berdasarkan sistem pasaran. Kekuasaan yang dimiliki oleh kerajaan ditukar dengan sogokan dan wang demi memperoleh keuntungan dan kekayaan peribadi pemerintah. Fungsi kerajaan telah bertukar daripada memberi perkhidmatan kepada rakyat kepada menjalankan perniagaan demi kepentingan peribadi pemerintah. Hal ini mengakibatkan sumbersumber awam dilarikan oleh individu yang dinamakan kleptokrat melalui amalan rasuah untuk kepentingan peribadi. (Petikan di ambil daripada artikel prosiding Kerajaan Kleptokratik Pasca Reformasi dan Impaknya terhadap Pendemokrasian di Malaysia dan Indonesia oleh Mohd Izzuddin Nazaruddin & Mohamad Agus Yusoff (2017). E-Proceeding of the 6th International Conference on Social Sciences Research 2017)Lain-lain25.05.2018
definisi nilai kemanusiaan

Saudara Shashaerika,

Makna nilai ialah taksiran harga: berapa ~ gelang ini? 2. harga sesuatu dibandingkan dgn harga yg lain: berapa ~ paun Sterling pd masa ini? 3. kadar, nisbah: buah limau mempunyai ~ vitamin C yg tinggi; 4. darjat, kualiti, mutu, taraf: Tuhfatul-Nafis ialah sebuah buku Melayu yg tinggi ~nya; 5. sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dll): kemajuan yg kita kejar dan perjuangkan bukanlah kemajuan dlm kebendaan tetapi kemajuan dlm ~ pergaulan dan kemasyarakatan; 6. Id markah; ~ kalori (Kim) kuantiti haba yg dibebaskan apabila seunit jisim bahan api dibakar; ~ pasaran (Eko) nilai semasa sesuatu sekuriti atau aset yg ditentukan oleh penawaran dan permintaan; ~ pH (Kim) nilai yg mewakili keasidan atau kealkalian sesuatu larutan akueus; ~ tara (Eko) harga tawaran asal bagi sesuatu sekuriti atau saham.

 Makna kemanusiaan ialah perihal manusia, sifat-sifat manusia: tetapi sekarang ia pandai berhujah tentang manusia dan ~, tentang dunia dan keduniaan.

Oleh yang demikian,  frasa nilai kemanusiaan  bermaksud kualiti/mutu atau taraf yang berkaitan dengan manusia/perihal atau sifat manusia.  

 

 

 

Makna10.02.2010

Kembali ke atas