| Pencak silat ___________ salah satu seni mempertahankan diri. Penggunaan kata pemeri manakah yang sesuai dalam konteks ayat di atas, ialah atau adalah? Apakah alasannya? | Jawapan yang tepat ialah: Pencak silat ialah salah satu seni mempertahankan diri. | Tatabahasa | 03.03.2016 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah padanan terjemahan Bahasa Melayu yang sesuai bagi istilah mattress yang digunakan dalam pencak silat? | Mattress yang digunakan dalam pencak silat merujuk kepada foam mat. Padanan bahasa Melayu bagi istilah foam mat ialah alas busa. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.
| Istilah | 28.02.2023 |
| Beza tepok dan tepuk serta penggunaannya dalam ayat | Perbezaan kata tepok dan tepuk ialah maknanya. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) atau Pusat Rujukan Persuratan Melayu https://prpm.dbp.gov.my/ untuk memperoleh makna dan contoh penggunaan kata ini. Misalnya bagi kata tepuk (ada homonim) dalam KDP: tepuk1 kata nama 1. perbuatan menamparkan kedua-dua tapak tangan supaya berbunyi: Contoh: Maka dilangsungkanlah adat perkahwinan itu di tengah khalayak yang ramai dengan tepuk dan tempik sorak serta nyanyi-nyanyian. 2. bunyi yang terjadi kerana menamparkan kedua-dua tapak tangan: Contoh: a) Suara itu diiringi pula oleh ketawa dan tepuk budak-budak yang ramai di situ. b) Memecahlah di tengah-tengah kesunyian itu tepuk orang amat riuhnya. 3. tamparan yang tidak kuat dengan tapak tangan: Contoh: Amalan tepuk bantal sambil berniat untuk bangun awal pagi menjadi rutin neneknya. 4. tangkisan untuk menghindarkan serangan yang cuba mencederakan pesilat dalam seni pencak silat. kata kerja transitif 5. lihat menepuk. | Makna | 12.01.2025 |