Fatin Nabihah 9 February at 17:02 Assalamualaikum. Tumpang tanya admin, di mana boleh dapatkan borang pencalonan tokoh Sasterawan Negara? Harap dapat membantu. Terima kasih. | Waalaimkumussalam... Borang pencalonan tokoh Sasterawan Negara masih belum dibuka lagi. Sebarang hebahan tentang maklumat ini akan disiarkan dalam laman web DBP kelak. Sekian terima kasih | Lain-lain | 09.02.2017 |
Pertanyaan : Penggunaan bahasa seperti dijemput dan dipelawa ada perbezaankah maksudnya? cth: untuk surat rasmi kerajaan: Sehubungan dengan itu, tuan/npuan adalah dijemput untuk mengemukakan pencalonan atau pun Sehubungan dengan itu tuan/puan adalah dipelawa untuk mengemukakan pencalonan. Yang manakah sesuai untuk digunapakai dalam surat rasmi? terima kasih | Maksud: 1. Jemput: menyambut, mengalu-alu (kedatangan seseorang) 2. Pelawa: mengajak, mempersilakan, ajakan undangan Oleh itu, jawapan yang tepat ialah "Sehubungan dengan itu tuan/puan adalah dipelawa untuk mengemukakan pencalonan. | Istilah | 19.06.2014 |
Fathul Khair Mohd Dahlan Assalamualaikum. Tuan, mengapa borang pencalonan Asean Young Writers Award tidak boleh dicapai di laman sesawang DBP? | Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan anugerah ini, tuan boleh menghubungi Sekretariat Tetap S.E.A. Write Award (Malaysia), Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Aras 25 Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau melalui talian03-21479123 atau melalui e-mel: seawriteawards@dbp.gov.my | Lain-lain | 03.07.2014 |
contoh surat penghargaan dan terima kasih di atas pencalonan | Maklumat yang tuan perlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Untuk makluman tuan surat-menyurat tertakluk pada peraturan yang ditetapkan oleh jabatan masing-masing dengan berpandukan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43. Untuk melihat penggunaan bahasa dalam surat rasmi, tuan boleh merujuk buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi dan Bahasa dalam Komunikasi yang ditulis oleh Asmah Hj. Omar. | Lain-lain | 19.12.2012 |
Mohon pengesahan DBP ayat di bawah yang mana lebih sesuai digunakan di dalam Minit Mesyuarat? (i) bersetuju mengesyorkan calon XXX untuk diangkat sebagai xxx tertakluk kepada perkenan DYMM Tuanku Canselor USIM; atau; (ii) bersetuju mengesyorkan pencalonan XXX sebagai XXX untuk diangkat bagi perkenan DYMM Tuanku Canselor USIM. | Dari segi tatabahasa ayat yang betul ialah "(i) Mesyuarat bersetuju mengesyorkan pencalonan XXX untuk diangkat sebagai xxx dan tertakluk kepada perkenan DYMM Tuanku Canselor USIM. | Tatabahasa | 27.03.2018 |
saya ingin pastikan tajuk surat yang paling tepat samada menggunakan " Perlanjutan tempoh sebagai Ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Warga emas bagi tempoh 1 Mac 2013 - 28 Feb 2015" atau " Pencalonan semula sebagai Ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Warga emas 1 Mac 2013 - 28 Feb 2015" | Frasa yang tepat ialah Pelanjutan Tempoh Sebagai Ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas bagi Tempoh 1 Mac 2013- 23 Februari 2015. | Tatabahasa | 08.01.2013 |
MeLissa CN Jul 3rd, 7:45pm salam..boleh saya tahu bagaimana cara untuk menghantar cerpen saya untuk menyertai peraduan penulisan cerpen penulis muda asia tenggara 2014..perlukah saya mengeposkannya atau saya boleh menghantar e-mel? | Salam, Puan boleh melayari laman web DBP untuk keterangan lanjut. Semua penyertaan hendaklah dialamatkan kepada: Sekretariat Tetap ASEAN Young Writers Award (Malaysia) Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Aras 25 Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Tel.: 03-21479123 Faks: 03-21479610 E-mel: seawriteawards@dbp.gov.my (Borang penyertaan boleh diperoleh dengan melayari laman web: www.dbp.gov.my) Tarikh tutup pencalonan : 21 Julai 2014 | Lain-lain | 03.07.2014 |