Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencapaian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MANA SATU YANG BETUL. TAHAP PENCAPAIAN CALON KESELURUHAN ATAU TAHAP PENCAPAIAN KESELURUHAN CALON?TAHAP PENCAPAIAN KESELURUHAN CALONTatabahasa13.03.2013
Status pencapaian adalah seperti di Jadual 1 atau Status pencapaian ialah seperti di jadual 1.Ayat yang betul ialah "Status pencapaian adalah seperti dalam Jadual 1."Tatabahasa15.08.2013
Yang mana satu betul? Pencapaian FRIM pada 2011 adalah lebih baik berbanding tahun 2010, ATAU Pencapaian FRIM pada 2011 adalah lebih baik berbanding dengan tahun 2010.Pencapaian FRIM pada 2011 adalah lebih baik berbanding dengan tahun 2010.Tatabahasa12.07.2012
Merujuk Kamus, Hit adalah disukai ramai. Manakah yang betul: "Anugerah Pencapaian Hit Tertinggi" atau "Anugerah Pencapaian Hits Terkini" (ada "s"). Mohon penjelasan segera. Terima kasih. Hanisah

Puan Hanisah terima kasih kerana menghubungi KNBDBP,

Jika puan merujuk kamus, ada huruf bp yang digunakan, ini bermaksud perkataan tersebut ialah bahasa percakapan, jadi dalam urusan rasmi kita tidak boleh menggunakan perkataan tersebut. Cadangan kami puan boleh tukarkan perkataan tersebut kepada lagu popular sekiranya ia melibatkan lagu atau terunggul. Jadi puan boleh gunakan Anugerah Pencapaian popular atau pencapaian terunggul. Tetapi sekiranya puan masih mahu menggunakan perkataan Hit ia mestilah ditambah huruf s dan perkataan tersebut hendaklah diicondongkankan.Terima kasih.

Istilah10.06.2009
Sejauh manakah pencapaian Dewan Bahasa dan Pustaka dalam perancangan taraf Bahasa Melayu? Apakah aktiviti yang menjurus kepada peningkatan taraf bahasa Melayu yang dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dari terbentuknya DBP sehingga masa sekarang. Terima kasih..Perancangan taraf bahasa Melayu yg dilaksanakan oleh DBP memang banyak dan berterusan. Untuk menjawab soalan ini sdr perlu membaca atau mendapatkan bahan mengenainya di Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Sdr bolehlah mendapatkan buku Citra yg membincangkan kemajuan yg telah dicapai oleh DBP dan perancangan berterusan yang selanjutnya. Terima kasih.Lain-lain19.03.2009
apakah maksud pencapaian yang bagus?Sila jelaskan dalam konteks apa ayat ini digunakan. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, pencapaian bermakna apa yg telah dicapai (dihasilkan atau diperoleh), prestasi. Bagus pula ialah berkeadaan atau bersifat baik lagi memuaskan hati, sangat baik.Makna19.09.2008
Kamala berasa ...... kerana keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah akan diumumkan pada minggu hadapan. Jawapan: gusar atau celaruAyat yang betul ialah, Kamala berasa celaru kerana keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah akan diumumkan pada minggu hadapan. - celaru bermaksud kacau-bilau (fikiran).Tatabahasa03.05.2010
1. Senarai anugerah dan pencapaian Datuk A.Samad Said dalam bidang kewartawanan. 2. Biodata penuh Datuk A. Samad Said. 3. Sejarah permulaan Datuk A.Samad Said dalam bidang kewartawanan.Senarai anugerah, biodata, pencapaian dan sejarah permulaan  Datuk A. Samad Said dalam bidang kewartawanan/penulisan  boleh dirujuk di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain05.03.2008
pada pandangan pihak DBP, apakah maksud tersurat dan maksud tersirat slogan 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan? perlukan jawapan segera..terima kasih.Slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri kita.  Sila rujuk laman web rasmi YAB Perdana Menteri atau Jabatan Penerangan Malaysia untuk memperoleh maklumat yang berkaitan. Lain-lain13.02.2011
Ingin mendapat maksud dengan lebih mendalam perkatanberikut: 1. Sikap pelajar 2. Iklim sekolah 3. Peranan guru 4. Pencapaian 5. Rakan sebaya1. Sikap pelajar ialah perbuatan atau pandangan pelajar yang berdasarkan sesuatu pendapat. 2. Iklim sekolah bermaksud suasana atau keadaan sekolah. 3. Peranan guru ialah bahagian atau fungsi yang dipegang oleh guru. 4. Pencapaian ialah apa yang telah dicapai (dihasilkan atau diperoleh) atau prestasi. 5. Rakan sebaya ialah rakan yang sama umur.Makna29.08.2007
123456

Kembali ke atas