Baru-baru ini Kerajaan telah mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pertanyaan saya adalah sama ada penggunaan perkataan "Pencegahan" atau "Anti" atau " Pembanterasan" yang lebih sesuai digunakan memandangkan ada yang berpandangan perkataan "Pencegahan" tidak menggambarkan elemen penguatkuatkuasaan (kurang keras) berbanding perkataan "Anti" atau "Pembanterasan". Pohon juga pandangan pihak tuan sekiranya terdapat perkataan lain yang lebih bersesuaian. Sekian, terima kasih. | Perkataan cegah bermaksud tegah, halang. Pencegahan bermaksud perihal(perbuatan dsb.)mencegah, penegahan, penolakan, pengawalan(pengawasan). Anti bermaksud tidak suka,, awalan asing yang bermaksud tidak menyetujui, melawan, membantah, menentang. Banteras bermaksud membasmi, menghapuskan, memerangi. Perkataan lain yang membawa maksud yang sama ialah menjauhkan, mengelakkan, menyekat, mengekang. Kami percaya pihak yang memilih perkataan pencegahan untuk menamai Suruhanjaya tersebut telah pun meneliti dan mengkaji semua perkataan yang sedia ada secara terperinci. | Makna | 10.06.2008 |
DEFINASI PENCEGAHAN JENAYAH DAN DEFINASI PERUMAHAN BERTINGKAT | Perbuatan jenayah bermaksud hal yang berkaitan dengan perbuatan menegah daripada berlakunya jenayah, manakala perumahan bertingkat dalam konteks umum merujuk kepada tingkat-tingkat yang terdapat dalam projek perumahan yang dibangunkan. Walau bagaimanapun saudara perlu merujuk kepada pihak perbandaran jika hal ini berkaitan dengan sesuatu projek khusus yang dibangunkan oleh pihak tertentu. | Makna | 26.10.2010 |
Salam tuan di talian, Penggunaan kata sendi nama manakah yang betul dalam ayat di bawah.( daripada atau dari) a. Untuk itu, usaha pencegahan dadah haruslah bermula daripada rumah. ATAU b. Untuk itu, usaha pencegahan dadah haruslah bermula dari rumah. Sekian, terima kasih. | Untuk itu, usaha pencegahan dadah haruslah bermula dari rumah. | Tatabahasa | 15.04.2011 |
kejadian itu mungkin dapat dielakkan setelah langkah mencegah dibuat sejak lebih awal lagi. tuan, jika langkah mencegah dibuat dari awal lagi atau jika langkah pencegahan dibuat dari awal lagi atau lagipun, tuan...sejak awal lagi dan dari awal ladi...apakah perbezaan antara kedua-dua ini? tq | Penggunaan kata yang betul ialah "langkah mencegah" atau "pencegahan" (tidak perlu didahului oleh kata langkah) dan "sejak awal" atau "dari awal" (bukan sejak dari awal kerana antara makna sejak ialah dari). | Tatabahasa | 18.09.2011 |
Pilihan mana yang betul dalam kurungan? 1. Perlawanan bola sepak itu berterusan (hingga ke/hingga) masa tambahan. 2. Kampung itu diselubungi air (oleh sebab/kerana) hujan lebat. 3. (Kempen mencegah jenayah/kempen pencegahan jenayah) itu akan berlangsung selama dua bulan. | 1. Perlawanan bola sepak itu berterusan hingga/ke masa tambahan. 2. Kampung itu diselubungi air oleh sebab/kerana hujan lebat. 3. Kempen mencegah jenayah itu akan berlangsung selama dua bulan. | Tatabahasa | 08.10.2012 |
Tuan/Puan, mohon pandangan mengenai penggunaan "PENYELENGGARAAN" dan PENYENGGARAAN" serta "PERALATAN" dan "PERKAKASAN" dari segi terma ICT. * Penyelenggaraan@Penyenggaraan Peralatan@Perkakasan Komputer * Penyelenggaraan@Penyenggaraan Sistem Aduan * Penyelenggaraan@Penyenggaraan aplikasi Sistem Aduan * Penyelenggaraan@Penyenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance) | Kata penyenggaraan menerima sisipan "el" menjadi penyelenggaraan. Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama. Manakala perkataan perisian ialah terjemahan software dalam bahasa Melayu dan perkakasan terjemahan bagi hardware dalam bahasa Melayu. | Istilah | 22.05.2012 |