Tuan, adakah "pencerahan" boleh digunakan untuk membawa maksud "penjelasan"? Hal ini kerana saya merujuk Kamus Dewan dan mendapati bahawa tiada maksud "penjelasan" untuk perkataan "pencerahan". Tuan tolong berikan keterangan tentang penggunaan "pencerahan" untuk membawa maksud "penjelasan" ini berpandukan Kamus Dewan. Terima kasih. | Perkataan pencerahan berdasarkan Kamus Dewan ialah perubahan ciri fizikal daripada gelap kepada terang, namun pengguna bahasa telah memperluas makna pencerahan kepada unsur abstrak, iaitu mendapatkan penjelasan (daripada tidak tahu kepada tahu). | Makna | 06.12.2014 |
Kebelakangan ini ramai yang menggunakan perkataan 'mohon pencerahan' untuk mendapatkan penjelasan mengenai sesuatu perkara. Adakah penggunaan perkataan 'pencerahan' ini betul? | Menurut Kamus Dewan "pencerahan" bermaksud perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit. "Cerah" pula bermaksud: cerah l | 1. terang (berkenaan (dengan) hari, bulan, lampu,langit, dan lain-lain): hari sudah cerah; 2. jernih (berkenaan (dengan) kaca dan lain-lain); 3. tidak hitam, agak putih (berkenaan (dengan) kulit): kulitnya cerah; 4. berseri, tidak muram (berkenaan (dengan) rupa muka): wajah Cikgu Seman belum cerah betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah cerah; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu cerah sikit; cerah ceria terang lagi bersih (berkenaan (dengan) udara, cuaca, dan lain-lain); cerah kulit tidak hitam (dan tidak putih benar); | Dalam konteks memberi penjelasan , "pencerahan" ini boleh membawa maksud menerangkan kerana salah satu maksud cerah ialah terang. | Lain-lain | 23.09.2014 |
Adakah prasa 'mohon pencerahan' ini tepat penggunaannya? | Menurut Kamus Dewan "pencerahan" bermaksud perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit. "Cerah" pula bermaksud: cerah l | 1. terang (berkenaan (dengan) hari, bulan, lampu,langit, dan lain-lain): hari sudah cerah; 2. jernih (berkenaan (dengan) kaca dan lain-lain); 3. tidak hitam, agak putih (berkenaan (dengan) kulit): kulitnya cerah; 4. berseri, tidak muram (berkenaan (dengan) rupa muka): wajah Cikgu Seman belum cerah betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah cerah; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu cerah sikit; cerah ceria terang lagi bersih (berkenaan (dengan) udara, cuaca, dan lain-lain); cerah kulit tidak hitam (dan tidak putih benar); | Dalam konteks memberi penjelasan , "pencerahan" ini boleh membawa maksud menerangkan kerana salah satu maksud cerah ialah terang. Jadi, frasa itu boleh digunakan. | Lain-lain | 27.10.2014 |
Mohon pencerahan tentang kata pembenda.. "Adik tidur dengan nyenyak dan selesanya." atau "Adik tidur dengan nyenyak dan selesa."? "Adik makan dengan gelojohnya." atau "Adik makan dengan gelojoh."? | Kata pembenda ialah bentuk kata yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama menjadi kata nama. Dalam bahasa Melayu, kata sendi nama perlu diikuti oleh kata nama. Dalam frasa dengan nyenyak dan selesa, perkataan nyenyak dan selesa ialah kata adjektif dan tidak boleh hadir selepas kata sendi nama. Kata pembenda -nya perlu diletakkan pada perkataan nyenyak dan selesa supaya menjadi kata nama, iaitu nyenyaknya, selesanya. Begitu juga dengan perkataan gelojoh yang merupakan kata adjektif. Bagi mematuhi rumus tatabahasa, perkataan ini perlu diletakkan kata pembenda -nya untuk menjadi kata nama gelojohnya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku terbitan DBP seperti yang berikut: (i) Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 653, 1551 dan 2010. (ii) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 104, 296. (iii) Rumus Tatabahasa Bahasa Melayu: Golongan Kata (DBP, 2017), halaman 168. | Tatabahasa | 11.09.2025 |
Mohon pencerahan mengenai susunan yang tepat bagi tajuk majlis sambutan. Antara peringkat atau tahun, manakah yang perlu didahulukan pada penulisan? Contoh: 1) Majlis Sambutan Hari Peladang Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024 atau 2) Majlis Sambutan Hari Peladang 2025 Peringkat Negeri Selangor. Sekian. | Kedua-dua susunan tajuk majlis sambutan boleh digunakan bergantung pada kehendak penganjur. 1) Majlis Sambutan Hari Peladang Peringkat Negeri Selangor 2024 2) Majlis Sambutan Hari Peladang 2025 Peringkat Negeri Selangor | Tatabahasa | 16.08.2025 |
Mohon pencerahan, bagi penggunaan arahan soalan dalam buku latihan murid seperti: Warnakan Tuliskan Suaikan Padankan Tandakan Adakah perlu dibuang "kan" di belakangnya? | Untuk makluman, perkataan seperti "Warnakan", "Tuliskan", "Suaikan", "Padankan" dan "Tandakan" perlu dikekalkan penggunaan "-kan" kerana bertujuan memberikan perintah atau arahan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 448. | Tatabahasa | 24.07.2025 |
Mohon pencerahan padanan yang tepat bagi istilah bagi divert call. Adakah Panggilan Beralih? Contoh Tajuk: TATACARA MENGAKTIFKAN DAN MENYAHAKTIFKAN FUNGSI PANGGILAN BERALIH/ DIVERT CALL TELEFON PEJABAT | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah call divert secara umumnya ialah pengalihan panggilan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 25.06.2025 |
Mohon pencerahan "First Aider" dalam istilah Bahasa Melayu. Sekian, Terima kasih. | Cadangan padanan bagi istilah first aider dalam bahasa Melayu ialah pembantu awal. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 20.09.2024 |
Mohon pencerahan Saya yang menjalankan amanah adalah perlu permulaan perkataan huruf besar | Untuk ungkapan khusus “Saya yang menjalankan amanah”, huruf besar hanya digunakan pada awal kata pada pangkal ayat. Sila rujuk Gaya Dewan Edisi Ketiga (DBP, 1995), halaman 80. | Tatabahasa | 19.11.2024 |
Mohon pencerahan, "jabatan bawah seliaan kementerian" atau "jabatan di bawah seliaan kementerian" atau "jabatan dibawah seliaan kementerian"? Mane satu yg betul? Sekian, terima kasih. | Frasa yang betul ialah "jabatan di bawah seliaan kementerian". Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 265 dan 266. | Tatabahasa | 09.11.2024 |