Jika menjual komputer, mesin pencetak, aksesori pencetak, aksesori komputer, laptop, smartphone, tablet dan lain2 yang berkaitan dengan peralatan it adakah sesuai jika hanya menggunakan istilah "peralatan komputer dan elektronik" di dalam SSM. | Ayat "peralatan komputer dan elektronik" boleh merujuk barang berkenaan. | Tatabahasa | 17.09.2017 |
Salam tuan di talian, 1. Apakah terjemahan yang berikut sesuai untuk istilah komputer di bawah? a. ink jet printer - pencetak jet dakwat b. laser jet printer - pencetak laser Sekian, terima kasih. | a. ink jet printer - pencetak jet dakwat b. laser jet printer - pencetak jet laser | Ejaan | 20.09.2012 |
Salam, Adakah dibenarkan dalan tatabahasa Melayu untuk kita menggunakan "hyphenated words" spt "printer-friendly" > "pencetak-ramah pengguna" dsb. TK | Tanda sempang lazimnya digunakan dalam kata ganda seperti rama-rama dan rumah-rumah. Istilah yang kami cadangkan bagi printer friendly ialah pencetak mesra pengguna (tidak perlu tanda sempang). | Ejaan | 27.12.2011 |
Dari segi penggunaan bilangan atau nombor dalam surat atau minit mesyuarat, manakah yang sewajarnya? Contoh A : Kerajaan memutuskan supaya setiap Agensi membeli lima (5) unit mesin pencetak. Contoh B : Kerajaan memutuskan supaya setiap Agensi membeli 5 unit mesin pencetak Manakah menjadi kewajaran sekiranya menggunakan numbor atau nombor kemudian kurungan dalam surat atau minit mesyuarat ? Manakah penggunaan yang lebih tepat dan sesuai sama ada contoh A atau Contoh B? Terdapat juga pendapat supaya nombor dan kurungan digunakan bagi nombor bilangan yang kurang dari 10 manakala sekiranya nombor lebih dari sepuluh hendaklah menggunakan nombor sahaja. Contoh X <10 : Jabatan membeli lima (5) unit mesin. Contoh X>10 : Jabatan membeli 25 unit mesin Pohon Penjelasan tuan. | Dalam penulisan nombor, angka satu hingga sembilan dieja dan angka 10 dan seterusnya ditulis dalam bentuk nombor. Oleh itu, contoh A yang tuan berikan lebih dekat dengan rumus penulisan nombor. | Ejaan | 24.03.2017 |
Selamat sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Bypass tray" yang terdapat pada pencetak (printer)? a) Dulang pintas b) Dulang pintasan c) Bekas pintasan d) Lain-lain (sila berikan cadangan yang lebih sesuai). Mohon bantuan DBP dalam memberikan jawapan yang sesuai. Terima kasih. | Untuk makluman puan, tiada padanan khusus dalam bahasa Melayu bagi istilah bypass tray dalam data rujukan kami. Walau bagaimanapun, penggunaan istilah dulang pintas boleh digunakan bagi padanan tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.03.2015 |
Salam 1 Malaysia 1. Ali jatuh sakit kerana dia bermain bola (pada hari hujan/semasa hujan). 2. Aiman menghantar emel kepada kawannya (dengan/menggunakan/dengan melayari/melalui) 3. Saya menggunakan mesin pencetak untuk mencetak gambar yang ditangkap (oleh/dengan/menggunakan) kamera digital. 4. Susanti memakai sari yang (dihadiahkan/dihadiahi) oleh ibunya. 5. Adakah "oleh" perlu diikuti dengan objek hidup? 6. Saya berenang (di dalam/di) air Terima kasih. | 1. Ali jatuh sakit kerana dia bermain bola semasa hujan. 2. Aiman menghantar e-mel kepada kawannya melalui ... 3. Saya menggunakan mesin pencetak untuk mencetak gambar yang ditangkap dengan/menggunakan kamera digital. 4. Susanti memakai sari yang dihadiahkan oleh ibunya. 5. Kata sendi nama oleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa beberapa maksud. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 283. 6. Saya berenang di dalam air. | Tatabahasa | 02.10.2012 |
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "perforator"? Adakah "penebuk" sesuai digunakan? Perkataan ini digunakan dalam manual pencetak(printer). Mohon pendapat DBP. Terima kasih. | Ya, setakat ini istilah yang paling sesuai untuk "perforator" dalam kebanyakan bidang ialah penebuk . "Perforator" dalam bidang geografi sahaja yang menggunakan istilah "penindik". Terima kasih. | Istilah | 26.09.2017 |
Salam sejahtera, Manakah terjemahan yang sesuai digunakan bagi "Stacker"? a) Penindan b) Petak c) Lain-lain (sila nyatakan pendapat anda) Contoh ayat: High Capacity Stacker Maksud: Dulang output mesin pencetak yang boleh menyimpan kertas berkapasiti tinggi. Kertas output boleh dikeluarkan menggunakan kart di dalam "stacker". Mohon bantuan tuan/puan. Terima kasih. | Sila rujuk bentuk peralatan yang sebenar. Stacker boleh diterjemahkan kepada penindan jika bentuk peralatan tersebut bertindan, jika sebaliknya stacker boleh diterjemahkan kepada petak. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.06.2015 |
1. ________________ pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sekitar pekerjaan. A. kesesakan B.keramaian C. kepadatan C. kebanjiran 2. 1. Muka adik hitam terkena dakwat pencetak komputer. ii. "Buku rujukan itu tidak ada muka surat dua puluh lima ,"kata Azli. iii. kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh pada hari muka. iv. Leman bercermin di muka tingkap biliknya sebelum pergi sekolah. Mana ayat yang betul. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil __________ A. buah fikiran B. buah kalam. Perkataan seerti bagi dangkal A. cetek B. dalam C. susut D. surut 1. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu, A. terlucut B. tercabut c. terbuka D. terputus | 1. Kebanjiran pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sektor pekerjaan. 2. Ayat IV betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut 3. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil buah fikiran .... 4. Dangkal sama maksudnya dengan cetek. 5. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu tercabut. | Tatabahasa | 01.05.2012 |
Salam/ Selamat Pagi, Saya mempunyai pertanyaan berkenaan ayat yang perlu digunakan untuk menggambarkan ruang/ sudut. Untuk makluman, pejabat saya sedang dalam proses mendapatkan Persijilan Amalan 5S. Sehubungan itu, terdapat satu ruang/ sudut yang digunakan untuk proses percetakan (tempat di mana pencetak diletakkan). Soalannya, Apakah nama ruang/ sudut yang betul dan sesuai dengan keadaan tersebut? 1. Sudut Percetakan; 2. Sudut Pencetakan; atau 3. Sudut Cetak. Sila beri tunjuk ajar. Terima kasih. (Nor Hazila binti Haron) | Penggunaan yang betul ialah: 1. Sudut Pencetakan - percetakan ialah tempat/syarikat yang mencetak buku, manakala pencetakan ialah kerja-kerja (proses, urusan) mencetak. Sudut Pencetakan bermaksud tempat proses mencetak buku dan sebagainya dilakukan. | Tatabahasa | 04.01.2012 |