Apakah gelaran jawatan yang sebetulnya digunakan samada Timbalan Ketua Pustakawan atau Penolong Ketua Pustakawan, Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar? Kenapa wujudnya perbezaan penggunaan nama jawatan tersebut bagi sesetengah universiti? | Dalam Kamus Dewan penolong ditakrifkan sebagai orang yang menolong, atau dalam bahasa Inggeris assistant, manakala timbalan ditakrifkan sebagai penolong kepada dalam bahasa Inggeris deputy. Berdasarkan takrifan tersebut hampir sama sahaja makna kedua-dua perkataan itu tetapi lazimnya timbalan digunakan untuk jawatan/portfolio yang besar seperti Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Pesuruhjaya dan Timbalan Pengarah. | Makna | 20.01.2011 |
Apakah nama yg betul utk menamakan kekananan jawatan spt ini? : Penolong Pendaftar Kanan atau Penolong Kanan Pendaftar. Terima kasih. | Nama yang betul untuk kekananan jawatan seperti contoh yang disertakan ialah Penolong Pendaftar Kanan. | Istilah | 08.04.2009 |
Apakah perbezaan antara Institusi dan Agensi? Yang mana yang perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Pendaftar? | Institusi ialah badan yang melaksanakan tugas yang bersifat am seperti institusi pengajian tinggi. Agensi ialah badan yang menjalankan urusan tertentu seperti agensi kerajaan. Sila sahkan maklumat yang tuan perlukan, adakah tuan maksudkan Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Pertubuhan? Jika begitu, syarikat dan pertubuhan yang perludidaftarkan dengan kedua-dua pendaftar tersebut. | Tatabahasa | 09.10.2014 |
Tuan, soalan ini tentang Penggandaan Kata majmuk. `Penolong pendaftar`digandakan menjadi `penolong- penolong pendaftar`. Adakah `Penolong Kanan`( jawatan kedua penting selepas pengetua/guru besar di sekolah` harus digandakan menjadi `penolong-penolong kanan`.? | Frasa penolong kanan apabila digandakan menjadi penolong-penolong kanan. Dalam proses penggandaan kata majmuk kata pertama sahaja digandakan. Contoh lain ialah guru-guru besar, ketua-ketua jabatan, dsb. | Tatabahasa | 19.04.2009 |
Definisi Bagi Perkataan/jawatan Berikut: 1. Naib Canselor 2. Timbalan Naib Canselor 3. Pendaftar Universiti 4. Bendahari 5. Pustakawan 6. Dekan 7. Pengarah 8. Timbalan Pengarah dan Timbalan Dekan 9. Ketua Jabatan dan Ketua Nic | 1. Naib Canselor = Ketua eksekutif atau ketua pentadbir sesebuah universiti. 2.Timbalan Naib Canselor = Penolong Ketua eksekutif atau penolong ketua pentadbir sesebuah universiti. 3.Pendaftar Universiti = pegawai yg bertanggungjawab tentang pendaftaran pelajar di universiti. 4.Bendahari = pengurus wang kesatuan/pertubuhan dan sebagainya. 5.Pustakawan = orang yg mempunyai pengetahuan yg dalam tentang perpustakaan dan terlibat dlm pengurusan perpustakaan 6.Dekan = ketua sesuatu fakulti di universiti. 7.Pengarah = orang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek/jabatan/syarikat/perbadanan dan sebagainya 8.Timbalan Pengarah = penolong kepada seseorang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dsb 9.Timbalan Dekan = penolong ketua sesuatu fakulti di universiti. 10.Ketua Jabatan = orang yang mengetuai bahagian drpd pentadbiran kerajaan dll yg mengurus tugas-tugas tertentu dan 11.Ketua Nic = tidak ada dalam Kamus Dewan | Makna | 22.06.2008 |
Bolehkah nama "Restoran Heritage Penang" di papan iklan premis perniagaan? | Nama "Restoran Heritage Penang" boleh digunakan sekiranya nama tersebut telah berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Syarikat. | Lain-lain | 04.07.2013 |
jika saya mahu membuat papan iklan di premis saya, adakan perkataan atau ayat berikut sesuai - B ONE Apparels | Perkataan 'B ONE Apparels' ialah nama kedai, jika telah didaftarkan dengan Pendaftar Syarikat nama itu boleh digunakan. Sebaliknya jika belum didaftarkan, saudara hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang menggambarkan citra kebangsaan. Nama kedai diletakkan di bahagian tengah dan teksnya lebih kecil daripada keterangan aktiviti. Sila kenal pasti keterangan aktiviti syarikat tuan/puan, contoh BUTIK atau lain-lain yang berkaitan. Suka juga kami memaklumkan, DBP tidak mengesahkan nama syarikat, apa yang perlu ada di bahagian atas ialah keterangan aktiviti syarikat. Sila hantar visual iklan tuan/puan ke domain http://dbpsahbahasa.my/ | Lain-lain | 01.08.2017 |
Bersama-sama ini disertakan maklumat Fakulti dalam Bahasa Melayu seperti yang diminta oleh pihak YBhg. Prof. Untuk makluman YBhg. Prof., pihak Fakulti sedang mengemaskini maklumat /brosur di dalam Bahasa Inggeris dan akan dihantar ke Pejabat Pendaftar dalam masa terdekat. | Sila jelaskan soalan saudara/ saudari. | Lain-lain | 10.03.2010 |
Tuan, Saya merujuk percakapan telefon antara saya dan Pn Rohayu, DBP. Saya ingin mendapatkan pengesahan bagi nama rasmi bangunan tambahan Mahkamah Shah Alam. Untuk pengetahuan tuan, nama bangunan utama "Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul AzizShah" Kemuskilan kami adalah untuk menamakan bangunan tambahan ini. Nama cadangan kami "Bangunan Tambahan Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah." Namun Dato Ketua Pendaftar Mah Persekutuan mengarahkan saya merujuk DBP untuk pengesahan. Tindakan awal didahului dengan ribuan terima kasih | Cadangan DBP ialah Bangunan Tambahan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. | Lain-lain | 04.04.2011 |
Maaf, saya masih keliru dengan penjelasan mengenai perbezaan antara Institusi dengan Agensi. Sebagai contoh, pertubuhan A adalah NGO yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Pertubuhan. A mempunyai jawatankuasa M yang menguruskan hal ehwal remaja, dan P yang menguruskan bantuan kepada rakyat di negara-negara susah. M tidak berdaftar tetapi P berdaftar di bawah Suruhanjaya Pertubuhan. Adakah kedua-dua M dan P agensi atau institusi atau bagaimana? Terima kasih. | Dari aspek bahasa kami telah memberikan maklumat tentang maksud institusi dan agensi. Permasalahan tuan lebih menjurus kepada hal teknikal, maka lebih baik tuan kemukakan hal ini kepada pihak pendaftar, iaitu pihak yang berwenang dalam hal pendaftaran. | Tatabahasa | 13.10.2014 |