| Soalan no.1 Tuan, selepas titik bertindih, adakah maklumat selepas itu mesti dimulakan dengan huruf besar? Contoh: Calon seharusnya dapat: (a) Mentakrifkan hadith marfu‘, mawquf, dan maqtu‘; (b) Mengemukakan pendapat ulama tentang hukum beramal dengan hadith marfu‘, mawquf, dan maqtu‘. Soalan no.2 Bagaimana dengan tanda baca pada setiap poin. Perlu diletak tanda noktah atau koma bertitik? | Penggunaan huruf besar pada setiap permulaan ayat (i), (ii) dan (iii) yang menggunakan tanda titik bertindih (:) adalah untuk menunjukkan keterangan yang boleh berdiri sendiri. Jika saudara menggunakan tanda koma bertitik (;) perlulah menggunakan huruf kecil pada setiap permulaan ayat (i), (ii) dan (iii) kerana ayat tersebut merupakan satu kesatuan. Ringkasnya, penggunaan huruf besar atau huruf kecil pada permulaaan ayat yang menggunakan (i), (ii) dan (iii) bergantung pada penggunaan tanda titik bertindih (:) ataupun tanda koma bertitik (;). Jika saudara menggunakan tanda titik bertindih (:), maka permulaan ayat perlu menggunakan huruf besar. Jika menggunakan tanda koma bertitik (;) perlu menggunakan huruf kecil pada permulaaan ayat. | Tatabahasa | 28.02.2013 |
| Sehubungan dengan itu, ulama Islam telah berselisih pendapat mengenai hukum menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa lain. Beberapa ulama seperti Muhammad Rashid Ridha, Muhammad Said al-Bani dan Muhammad Sulaiman berpandangan bahawa hukum menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa lain adalah diharamkan. Soalan: Adakah penggunaan 'ke' tepat? atau cukup dengan 'dalam' sahaja? | Penggunaan kata sendi yang tepat ialah dalam. xxx menterjemahkan al-Quran dalam bahasa lain. | Lain-lain | 01.12.2020 |
| Dalam konsep qazaf, ada beberapa pendapat bercanggah dalam memberi makna qazaf tersebut. Versi pertama, qazaf bermaksud menuduh perempuan suci berzina (berdasarkan buku teks pendidikan islam kssm tingkatan 5). Versi kedua, menuduh perempuan solehah/baik berzina(melalui enjin carian Google). Adakah kedua-dua versi ini membawa kepada makna yang sama? | Khidmat Nasihat DBP tidak dapat menentukan takrif yang paling tepat antara kedua-dua sumber yang diberikan. Walau bagaimanapun, berdasarkan himpunan fatwa yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, qazaf dari segi istilah ialah tuduhan berzina pada tempat celaan dan mengaibkan (Mukhtar al-Sihah), dan sebahagian ulama lagi mendefinisikan qazaf sebagai menuduh seseorang melakukan zina, liwat atau menafikan nasab.
| Tatabahasa | 16.04.2022 |
| Salam sejahtera. Walaupun jarang dilihat dan dianggap sedikit kaku, bolehkah kaum bukan Melayu (termasuk bukan Islam) memberikan salam dengan "Assalamualaikum" dan juga mengujar "Alhamdulillah", dan sebagainya? | Menurut Kamus Dewan, memberi salam bermaksud mengucapkan kata hormat (spt assalamualaikum dsb). Tiada halangan untuk mereka yang bukan beragama Islam untuk mengucapkan perkataan seperti Assalamualaikum dan Alhamdulillah. Walau bagaimanapun, bagi orang Islam pula mereka boleh menjawab salam tersebut jika salam yang diucapkan itu tidak memberi makna yang salah. Berlaku sedikit perselisihan pendapat antara ulama’ dalam menentukan lafaz yang sepatutnya diucapkan ketika menjawab salam mereka. Tuan boleh merujuk permasalahan ini di laman web https://muftiwp.gov.my/ Terima kasih.
| Lain-lain | 15.10.2020 |
| Ayat yang mana betul? 1. Petani (menabur/menaburkan) benih di sawah. 2. Petani (menabur / menaburkan) baja di sawah. 2. Ibu (menabur /menaburkan) beras hancur di atas tanah. | Tuan, Berdasarkan soalan, maksud menabur: 1. menghamburkan supaya ber-selerak, menyebar (benih dll): ~ benih padi; 2. (kelihatan) dgn banyaknya, bertaburan: di pinggang perak berlapis, di dada bintang ~; 3. Pr mulai terbit buahnya (padi): padi teman sudah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat). Maksud menaburkan: 1. menjadikan bertabur (berselerak), menghamburkan merata-rata, menyebarkan (benih dll): Najela ~ beberapa kuntum bunga melur; Datuk Ujang ~ benih lagi; 2. sl membuang (menggugurkan, menyebarkan) banyak-banyak: segala ulama dan hukama ~ mas dan perak dan permata dan ratna mutu manikam kpd kaki Raja Iskandar; 3. ki menyebarkan (pendapat dll), memberikan: kesedihan tidak dapat diatasi dgn nasihat yg sudah berkali-kali ditaburkan; mereka ~ fitnah dgn tujuan utk memecahbelahkan pemimpin dan umat Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat). Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/. Sekian, terima kasih. | Makna | 06.07.2017 |