Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendapatnya

Peribahasa

Rambut sama hitam,
     hati masing-masing berlainan.

Bermaksud :

Tiap-tiap orang itu berlainan pendapatnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat berikut betul? 1) Ali memberi Juli pendapatnya. 2) Ali memberikan pendapatnya kepada Juli.

Salam sejahtera,

Perkataan memberi dan memberikan merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan memberi hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala memberikan hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Penggunaan memberi dan memberikan  dalam contoh ayat yang diberikan adalah betul.
 

Tatabahasa16.11.2012
Sekiranya melihat kepada dua buah ayat: 1. Ali memberi pendapatnya. 2. Ali memberikan pendapatnya. Ayat yang manakah yang lebih tepat? Bilakah imbuhan 'kan' sepatutnya digunakan?Perkataan 'memberi' dan 'memberikan' merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan 'memberi' hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa seperti memberi budak itu..., manakala 'memberikan' hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa seperti memberikan nasihat.Tatabahasa05.11.2012
Tuan, apakah beda maksud antara "setuju" dengan "bersetuju"? Bukankah "setuju" perbuatan tiada melampau yang sudah bermaksud sependapat dengan seseorang, jadi mengapakah diterbitkan satu perbuatan tiada melampau yang berawalan ber-, iaitu "bersetuju" lagi untuk menyatakan maksud yang sama, iaitu sependapat? Jadi, frasa yang manakah betul, "setuju akan pendapatnya" atau "bersetuju akan pendapatnya"? Saya berpendapat bahawa "setuju" sudah bermaksud searah kerana tuju = arah, di sini maksud "searah" ini dikembangkan kepada sependapat, iaitu searah pada pendapat, maka "setuju kepada pendapatnya" betullah. "Bersetuju" pada saya sedarjat dan semaksud "setuju", iaitu darjat perbuatan tiada melampau dan maksud sependapat, jadi berlebihanlah pada saya terbitan kata "bersetuju" ini. Apakah pendapat tuan? 
Menurut data kami, perkataan setuju bermaksud 1. = setujuan sama arahnya (mak­sud­nya, tujuannya, dan lain-lain): dasar perjuangan kita adalah ~; 2. = bersetuju tidak ber­tentangan (pendapat, fikiran, dan lain-lain, semua­fakat, sependapat: aku ~ dengan kata-katanya; 3. = bersetuju serasi, cocok, sesuai. Oleh itu, perkataan setuju dan bersetuju kedua-dua betul dan boleh digunakan dalam ayat.
Tatabahasa22.12.2016
apakah peibahasa yang menggambarkan maksud setiap manusia bebas membuat pilihan? adakah jawapannya rambut sama hidup, hati lain-lain?Peribahasa "rambut sama hitam, hati masing-masing berlainan" bermaksud tiap-tiap orang itu berlainan pendapatnya. Untuk makluman saudara, kami tidak dapat mencari maksud setiap peribahasa melainkan dengan merujuk setiap satu peribahasa. Sila rujuk buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, karya Abdullah Hussain untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.Tatabahasa25.05.2011
apakah penggunaan perkataan 'antara' sebagai kata sendi nama dan kata arah?

Kata  “antara” dapat  berfungsi sebagai kata sendi nama dan juga berfungsi sebagai kata arah. Sebagai kata sendi nama, “antara” hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak.  Contohnya: Tidak ada perbezaan besar antara pendapatnya dengan pendapat saya.

Penggunaan “antara” sebagai kata arah pula mesti mengikuti sendi “di –“ contohnya: Tambak Johor terletak di antara negeri Johor dengan Singapura.

Tatabahasa10.05.2020
Saya pelajar tahun 6 SK Desa Pandan. Mohon penjelasan bagi penggunaan penjodoh bilangan yang betul bagi soalan dibawah ; Nenek Tumiah mengambil beberapa .................... kayu api untuk membakar ikan keli. A.bilah B.keping C.batang D.puntung Kami yang menjawap D.puntung telah dipersalahkan Guru. Sedangkan menurut ; Diantara erti dan penggunaan penjodoh bilangan 'Puntung' dalam Kamus Dewan Edisi Keempat : 4. penjodoh bilangan utk keratan kayu yg pendek-pendek (kayu api dll): tolong bawakan beberapa ~ kayu api ke atas rumah. Mohon penjelasan tentang isu ini. Kami takut dengan Guru ini kerana sikapnya yang pantang dicabar pendapatnya.Jawapan yang betul ialah D. puntung kerana puntung menjadi penjodoh bilangan untukk keratan kayu yang pendek-pendek seperti kayu api. Jawapan lain yang hamir betul ialah C. batang tetapi batang menjadi penjodoh bilangan bagi benda yang panjang.Tatabahasa15.03.2013
Mohon penjelasan kepada tuan mengenai ayat di bawah: 1. Dia memberitahu saya bahawa dia akan ke Singapura. Mengapakah SAYA menjadi objek sipi dan BAHAWA DIA AKAN KE SINGAPURA sebagai objek tepat. Tatabahasa Dewan tidak menjelaskan perkara tersebut. 2. Bolehkah ayat di bawah disongsangkan bentuknya (dikedepankan pelengkapnya): Dia berpendapat bahawa perkara itu belum boleh diambil tindakan. Jawapan diperlukan segera. Sekian, terima kasih.

1. Dia memberitahu saya bahawa dia akan ke Singapura. - pada asalnya saya tidak hadir dalam ayat ini, ayat asal berbunyi (Dia memberitahu bahawa dia akan ke Singapura - objek: bahawa dia akan ke Singapura), apabila ada penambahan perkataan saya - perkataan tersebut menjadi objek sipi.

2. Boleh disongsangkan menjadi "Bahawa perkara itu belum boleh diambil tindakan, pendapatnya".

Untuk keterangan lanjut sila rujuk pakar-pakar bahasa.

Tatabahasa19.01.2010
1.Bagi kependekan perkataan, harus diletakkan noktah. Bagaimana pula dengan 'Mohd', perlukah diletakkan tanda noktah? (Mohd.) 2. Boleh terangkan tentang kata sendi' kepada' dan 'pada'. Saya selalu keliru dengan penggunaannya. Contoh ayat: Pak cik akan bergantung pada peta ini bagi mencari rumah ibu. / Semuanya bergantung pada kemahiran awak membentangkan hasil kerja.

Puan,

  1. Sebenarnya tiada ringkasan untuk nama seperti Mohamad. Ia bergantung kepada pendaftaran nama seseorang itu pada kad pengenalan atau surat beranak.
  2. Kepada:  kata yg menunjukkan tempat atau arah yg dituju:Dia mengirim surat ~ orang tuanya yg tinggal di Ipoh. Pada:  kata nama arah yg menunjukkan tempat atau diri seseorang: Buku itu masih ada ~ saya.   Kata sendi nama yg digunakan utk menunjukkan waktu atau utk menunjukkan kata nama abstrak dlm pembentukan frasa atau ayat: ~ masa ini; ~ pendapatnya, perkara itu mudah saja. dlm ~ itu sementara itu; dlm hal itu.  Kata sendi nama utk menunjukkan tempat yg terhad: Terdapat tahi lalat ~ pipinya.
Istilah22.08.2011
Apakah maksud perbezaan antara perkataan 'baru' dan 'baharu'? Sila berikan fungsi kata sendi nama 'ke' dan 'pada' mengapakah kata sendi nama 'pada' tidak boleh digunakan kepada ayat berikut: Sila datang ke perkahwinan kakak saya.Kata baharu atau baru digunakan dalam konteks rumah baharu, kasut baharu, tahun baharu dsb. Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, hal. 131 bermaksud belum ada sebelumnya,belum lama wujud.Padanan bahasa Inggerisnya ialah new. Kata baru digunakan dalam konteks baru datang, baru kelihatan, baru sedar, baru-baru ini dsb. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just. Manakala sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan tempat, arah atau masa dan ditulis terpisah contoh ke dalam sungai, ke tepi. Pada pula kata nama arah yg menunjukkan tempat atau diri seseorang: Buku itu masih ada ~ saya. 2 kata sendi nama yg digunakan utk menunjukkan waktu atau utk menunjukkan kata nama abstrak dlm pembentukan frasa atau ayat: ~ masa ini; ~ pendapatnya, perkara itu mudah saja. dlm ~ itu sementara itu; dlm hal itu. 3 kata sendi nama utk menunjukkan tempat yg terhad: Terdapat tahi lalat ~ pipinya.Tatabahasa01.02.2010
Selamat malam, bolehkah saya tanya sama ada ayat di bawah betul? Ayat: Antara kebolehan saya ialah melukis. i) Setahu saya selepas kata pemeri "ialah" mesti diikuti dengan kata nama dan bukan kata kerja. Jadi, sama ada ayat di atas ini masih dianggap betul? ii) Boleh tanya sama ada terdapat hukum tatabahasa yang menyatakan bahawa permulaan dengan perkataan "Antara" belakang mesti ikut dengan perkataan "ialah" dan bukan "adalah"? iii) Bolehkah tolong membetulkan sekiranya ayat di atas salah? Terima kasih.

1. Benar, kata pemeri *ialah* mesti diikuti kata nama atau frasa nama. Jadi, ayat tersebut salah. Ayat itu bermaksud penutur mempunyai beberapa kebolehan. Jika demikian, kata pemeri itu hendaklah digantikan dengan perkataan *termasuklah*, baru ayat itu menjelaskan makna.

 

*Antara kebolehan saya termasuklah melukis.*

 

2. Tiada peraturan tatabahasa sedemikian. Penggunaan kata sendi nama *antara* dijelaskan pada halaman 285 Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Penggunaan *antara* yang betul terdapat dalam empat contoh yang berikut:

1. ...antara pendapatnya dengan pendapat saya;

2. ...antara adik-beradik;

3. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi;

4. ...antara kedua-dua buah negara.

 

3. Tidak sesuai memasukkan kata pemeri *ialah* atau *adalah*. Kata pemeri *adalah* tidak boleh diikuti kata kerja *melukis*.

Tatabahasa23.07.2019
12

Kembali ke atas