| Salam. Pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia...Pertanyaan saya pati itu perlu dieja dalam huruf kecil atau besar dalam persuratan? | Salam, PATI perlu dieja dengan huruf besar kerana ia merupakan salah satu daripada akronim, iaitu kependekan yg terbentuk drpd gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu perkataan. Contohnya seperti RISDA, MARA dan banyak. | Ejaan | 02.07.2015 |
| Salam. Pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia...Pertanyaan saya pati itu perlu dieja dalam huruf kecil atau besar dalam persuratan? | Salam, PATI perlu dieja dengan huruf besar kerana ia merupakan salah satu daripada akronim, iaitu kependekan yg terbentuk drpd gabungĀan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu perkataan. Contohnya seperti RISDA, MARA dan banyak. | Istilah | 01.07.2015 |
| 1)apakah maksud pendatang tanpa izin mengikut kamus dewan? 2)apakah statistik terkini tentang pendatang tanpa izin? 3)apakah punca pendatand tanpa izin ini hadir ke malaysia dan bagaimanakah cara mereka masuk ke dalam negara kita? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pendatang tanpa izin ialah orang asing yang memasuki sesebuah negara lain dengan tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan negara tersebut. Untuk mendapatkan maklumat tentang statistik, punca dan bagaimana cara mereka masuk ke negara kita, saudara perlulah membuat kajian dan penyelidikan di mana-mana perpustakaan/pusat sumber kerana skop perkhidmatan KNDBP tidak merangkumi pertanyaan sedemikian. Saudara juga digalakkan membuat kajian di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk tujuan tersebut. | Makna | 22.07.2009 |
| apakah faktor kedatangan pendatang asing, kepentingan, keburykan, dan langkah-langkah mengatasinya? | Sila rujuk aritkel dibawah : 1. Bekerjasama menangani masalah pendatang oleh Megat Hishamuddin Megat Syamil Dewan Masyarakat 01/06/1998. 2. Buruk baiknya pendatang asing oleh A. Samad Ismail Dewan Budaya 01/12/1996. 3. Menangani masalah pendatang tanpa izin oleh Lee Lam Thye Dewan Budaya 01/05/1998. 4. Menangani pendatang asing oleh Sundharan a/l Sivathasan Dewan Siswa 01/06/1998. 5. Pekerja asing dan pendatang haram Hassan Ahmad Dewan Budaya 01/08/1996. 6. Pendatang tanpa izin mengancam kestabilan negara oleh Zin Mahmud Dewan Siswa 01/03/1997. 7. Pendatang tanpa izin: sudah mula bertapak? oleh Junipah Wandi Dewan Masyarakat 01/09/1994. | Lain-lain | 20.10.2007 |