APAKAH DEFINISI RETORIK PENDEDAHAN, PENGGUNAAN KONSEP, TEKNIK-TEKNIK BERKAITAN PENDEDAHAN, TEORI PENDEDAHAN, BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGANALISIS RETORIK PENDEDAHAN DENGAN TAJUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN, SERTA CARA UNTUK MENGAPLIKASIKAN TEKNIK PENDEDAHAN DENGAN KESIHATAN DAN KECANTIKAN? | Pendedahan bermaksud memaparkan, menampakkan atau memperlihatkan; kegiatan atau proses yang menjadikan seseorang mengetahui atau memahami sesuatu yang dahulunya asing kepadanya. Sila rujuk buku-buku yang berkaitan bidang yang dicadangkan dalam soalan. | Makna | 12.08.2008 |
Salam sejahtera, Saya ingin membuat sedikit pertanyaan. 1) Pendedahan kepada/pada/terhadap bahan kimia tertentu boleh menyebabkan kerengsaan kulit. 2) Ujian pendedahan kepada/pada/terhadap bahan kimia tertentu pada/terhadap/kepada tikus menunjukkan kesan buruk. Saya harap pihak khidmat nasihat dapat menyediakan penerangan sekali dan penggunaan ayat yang betul. Terima kasih. | 1) Pendedahan terhadap bahan kimia tertentu boleh menyebabkan kerengsaan kulit. 2) Ujian pendedahan terhadap bahan kimia tertentu pada/terhadap/kepada tikus menunjukkan kesan buruk. Kata sendi nama "terhadap" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu sama ada manusia, haiwan atau benda. | Tatabahasa | 30.05.2016 |
Ahmad Saufe Mar 2nd, 2:20pm Salam pentadbir, Saya ingin mendapatkan pandangan pihak dbp. Antara istilah bm di bawah, yang mana satu paling tepat penggunaannya. 1. Helaian Pendedahan Produk @ 2.Helaian Penzahiran Produk Istilah dalam bahasa inggeris : product disclosure sheet Mohon penjernihan. | Dalam kebanyakan bidang perkataan disclosure diterjemahkan kepada pendedahan. Jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya, frasa tersebut boleh diterjemahkan kepada "helaian pendedahan produk". | Penyemakan dan penterjemahan | 02.03.2015 |
langkah-langkah mengatasi masalah penggunaan bahasa rojak | Menggalakkan penggunaan bahasa baku dengan lebih giat melalui lebih banyak pendedahan dan penyebaran maklumat tentang perkara ini. Ini boleh dilaksanakan melaui kegiatan kebahasaan kepada masyarakat awam dan swasta. | Lain-lain | 27.10.2006 |
adakah selepas perkataan serangkai seperti bagaimanapun dan walau bagaimanapun di awal ayat perlu diletakkan koma (,) selepasnya? contoh ayat: bagaimanapun, pendedahan ini tidak boleh ditentukan kuantitinya atau dipastikan nilainya pada masa ini. | Tidak perlu meletakkan tanda koma (,) selepas perkataan bagaimapanpun/walau bagaimanapun. Saudara boleh merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, Bab 6 Tanda Baca untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 27.01.2010 |
Makanan pedas didapati berupaya menjadi agen yang merangsang selera makan dengan menggalakkan peredaran air liur dan jus gastrik. apakah jenis ayat ini? pendedahan atau penghujahan | Jenis ayat ini ialah ayat penyata yang mendedahkan sesuatu fakta. | Lain-lain | 15.01.2015 |
Simpulan Bahasa "Tekak Biawak" kerap digunakan oleh generasi terdahulu. Rujukan secara rambang mendapati ia digunakan secara meluas malangnya ramai yang tidak memahaminya kerana kurang pendedahan. Adakah DBP berhasrat untuk mendaftarkan Simpulan Bahasa ini agar ia tidak hilang ditelan zaman? | Tidak ada maklumat tentang frasa "tekak biawak" dalam sumber rujukan kami. Melalui carian di internet juga tidak menemukan bukti yang jelas tentang penggunaan frasa berkenaan, kecuali dalam komunikasi tidak rasmi. | Tatabahasa | 10.08.2016 |
Slam tuan, saya keliru penggunaan perkataan jawi lama dan baru yang mana satu boleh digunakan untuk ejaan semasa.Saya mencadangkan pihak tuan dapat menganjurkan kursus bagi memberi pendedahan sebenar berkenaan ejaan jawi yang betul. | Kerajaan telah memperkenalkan j-Qaf (Jawi-Quran-Arab-Fardu Ain) kepada sekolah-sekolah rendah di seluruh negara semenjak beberapa tahun yang lalu. Untuk sukatan pelajaran Jawi semuanya menggunakan sistem ejaan Jawi terkini. Banyak rujukan berkenaan ejaan Jawi terkini mudah didapati dipasaran. Saudara boleh mendapatkan rujukan tersebut di pasaran. Kursus-kursus Jawi juga telah banyak dianjurkan di luar sana sama ada anjuran DBP atau pihak luar cuma sasaran peserta mungkin telah dikhususkan. | Lain-lain | 09.06.2009 |
Banyak perkara yang saya patut tahu lagi tentang no.pengkelasan..Bagaimana saya nak tahu no.pengkelasan dengan tepat?Saya berkhidmat hampir 7 tahun di Pusat Sumber.Tapi saya belum pernah diberi pendedahan atau kursus pengelolaan Pusat Sumber.Saya buat kerja berdasarkan pengalaman saya sebagai pengawas pss masa di sekolah dahulu. | Terima kasih atas soalan anda. Saudara boleh merujuk laman sesawang Perpustakaan Negara Malaysia yang ada menawarkan kursus dan bengkel mengenai pengkelasan. Saudara juga boleh merujuk senarai buku dibawah : Pengkatalogan dan Pengkelasan Bahan-bahan Pustaka oleh Siti Hasnah Simanjuntak (ITM, 1984) Pengkelasan dan Pengkatalogan oleh Zainori Abd Rahman (Pekan Ilmu, 2006) Senarai ringkas sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey untuk perpustakaan-perpustakaan sekolah di Malaysia (DBP, 1986). | Lain-lain | 07.01.2011 |
Tuan /Puan, Untuk makluman pihak tuan/puan,KWSP dalam proses untuk menggunapakai Piawaian Perakaunan Baru MFRS 9. Mohon komen / maklumbalas ke atas istilah-istilah (yang telah diterjemah ke dalam Bahasa Melayu) yang akan digunakan oleh KWSP bagi Pendedahan ke atas Penyata Kewangan KWSP bermula tahun 2018 seperti di Lampiran yang disertakan | Untuk makluman tuan, kebanyakan istilah/terjemahan yang dilampirkan tiada dalam kamus, istilah atau sumber rujukan kami yang lain. Kami perlu merujuk pihak yang lebih arif dan berwibawa untuk mendapatkan maklumat berkenaan. | Lain-lain | 21.11.2017 |