sama ada ayat-ayat di bawah betul? 1. Membelakangkan kaum lain apabila melibatkan perkara yang besar. 2. Satu gagasan bagi (untul/demi) memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. 3. Pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan. 4. amalan saling kunjung-mengunjungi merupakan suatu amalan yang ,ulia dan telah lama sebati dalam hidup masyarakat Malaysia. Saban tahun pihak kerajaan thelah mengambil insentif untuk mengadakan rumah terbuka sempena perayaan besar di Malaysia. 5. Preses pembesaran kanak-kanak merupakan masa penerokaan sesuatu yang baru melalui aktiviti bermain yang telah menjadi sifat semula jadi mereka. pada peringkat umur hingga tiga tahun, jangan membeli barang kecil kerana pada usia ini gemar memasukkan ke dalam mulut mereka. | Ayat yang betul ialah: 1. Membelakangkan kaum lain apabila melibatkan perkara yang besar. 2. Satu gagasan demi perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. 3. Pelengkap kepada pendekatan yang sedia ada demi perpaduan dan kestabilan negara. - untuk ayat kedua dan ketiga rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 276 dan 277. 4. Amalan saling berkunjung (atau kunjung-mengunjungi) adalah amalan yang mulia dan telah lama sebati dalam hidup masyarakat Malaysia. Saban tahun pihak kerajaan mengambil insentif untuk mengadakan rumah terbuka sempena perayaan besar di Malaysia. 5. Proses pembesaran kanak-kanak merupakan masa penerokaan sesuatu yang baru melalui aktiviti bermain yang telah menjadi sifat semula jadi mereka. Pada peringkat umur hingga tiga tahun, jangan membeli barangan kecil kerana pada usia ini kanak-kanak gemar memasukkan sesuatu ke dalam mulut mereka. | Tatabahasa | 17.02.2011 |
apakah tatabahasa struktural? | Terdapat dua pengertian utama: Pada satu segi istilah ini bermaksud “ pendekatan analisis bahasa yang memberikan perhatian yang eksplisit kepada kepada pelbagai unsur bahasa sebagai struktur dan system “ ( Harimurti 1982 ). Dari segi yang lain pula istilah struktural dikatkan dengan pendekatan-pendekatan yang berkembang pesat di Eropah dan Amerika Syarikat., masing- masing dikenali dengan ciri-cir tersendiri. Dua aliran yang terkemuka ialah aliran Prague di Eropah dan aliran Deskritif di Amerika. Tatabahasa struktur Tatabahasa sturtur juga disebut tb. Formal, tetapi pengertian tb formal itu di masa yang terakhir-akhir ini telah dipecahkan kepada dua iaitu tb formal struktur dan tb formal tranformasi generatif mengimbangi bentuk dan makna. | Tatabahasa | 27.07.2006 |
Pendekatan motivasi dalam meningkatkan kehidupan beragama Islam dalam kalangan remaja Islam di maktab Zon Tengah perlu dikaji. Soalan saya, perkataan Zon Tengah wajar ditulis dengan huruf besar? Arau memadai dengan menulis zon tengah? | Ditulis dengan hurf kecil, kecuali penggunaan perkataan tersebut merujuk kepada nama khas seperti Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur.
| Lain-lain | 28.02.2018 |
Salam Tuan / Puan Saya ingin bertanya, adakah istilah "pendekatan berdaya saing asas" atau "pendekatan asas yang berdaya saing" dapat digunakan untuk diterjamahkan daripada " there are two basic competitive approach" Terima kasih di atas panduan dan oertolongan yang pihak tuan berikan. | Pada pandangan kami, frasa yang lebih tepat ialah "pendekatan asas yang berdaya saing". | Tatabahasa | 20.07.2015 |
Apakah yang dimaksudkan degan pendekatan proses dalam penulisan karangan | Tidak ada maklumat tentang pendekatan proses dalam pangkalan data kami. Pertanyaan berkaitan mata pelajaran di sekolah, lebih baik merujuk terus kepada guru di sekolah, kecuali soalan berkaitan tatabahasa. | Lain-lain | 07.09.2015 |
Saya sedang mengkaji tentang pendekatan pengajaran dari barat iaitu Dalcroze Eurhythmics. Bolehkah saya tukar nama pendekatan tersebut dalam Bahasa Melayu sebagai Euritmik Dalcroze? | Dalcroze Eurhythmics diberikan padanan Euritmik Dalcroze atau Dalcroze Method (Kaedah Dalcroze). Dalam bidang kesenian, euritmik ialah sistem latihan muzik untuk memahami ritma melalui gerak anggota yang dibangunkan oleh Émile Jaques-Dalcroze. | Istilah | 23.10.2018 |
Assalamualaikum, Apakah penggunaan yang tepat bagi frasa berikut? 1. Pendekatan Non Kontrastif ATAU 2. Pendekatan Non-kontrastif Sekian, terima kasih. | Istilah dan ejaan yang diterima pakai ialah tidak kontrastif, non- dalam bahasa Melayu ialah tanpa atau tidak. | Ejaan | 18.04.2014 |
maksud evolusi pengurusan dan maksud pendekatan saintifik | Evolusi pengurusan bermakna perubahan atau perkembangan yang berlaku dalam kaedah mengurus. Manakala pendekatan saintifik ialah kaedah/cara/langkah-langkah yang dijalankan menurut kaedah/prinsip sains. | Makna | 08.10.2006 |
As salam, Saya ingin bertanya tentang penggunaan istilah bahasa Inggeris multimodality .... apakah istilah yang tepat dalam bahasa Melayu? Adakah multimodal? multimodaliti? atau kepelbagaian modal? 2) Apakah perbezaan antara teori dan pendekatan? Terdapat pengkaji yang menggunakan teori dalam tajuk mereka dan ada yang menggunakan pendekatan. Mohon pencerahan dari pihak tuan/puan. Terima kasih. | Istilah yang betul dan tepat dalam bahasa Melayu bagi padanan perkataan multimodality ialah multimodal dan kepelbagaian modal, kedua-duanya boleh digunakan. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, teori bermaksud pendapat (bersifat pandangan yg tidak dapat dibuktikan dgn kukuhnya) yg dikemukakan utk menerangkan sesuatu perkara dll ; 2. prinsip-prinsip am atau asas-asas kasar yg menjadi dasar pembentukan (perkembangan) sesuatu pengetahuan: Manakala pendekatan pula bermaksud perihal (perbuatan dsb) mendekati atau mendekatkan;2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): Oleh itu, berdasarkan maksud yang diberikan dalam kamus, penggunaan perkataan teori lebih kepada untuk menerangkan atau menjelaskan pendapat atau prinsip yang menjadi dasar sesuatu pengetahuan, manakala perkataan pendekatan pula untuk menerangkan kaedah atau langkah-langkah untuk melaksanakan tugas. Kedua-dua perkataan ini mempunyai maksud yang berbeza dan seharusnya kedua-dua perkataan ini digunakan dalam membuat kertas kajian dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pemilihan hanya salah satu perkataan ini juga bergantung pada format di universiti. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.10.2018 |
"Muzium hiper terhubung: Pendekatan Baharu, Masyarakat Baharu (Hyperconnected museums: New Approaches, new publics) terjemahan bahasa melayu betul atau tidak | Belum ada padanan bahasa Melayu untuk hyperconnected. Kami mencadangkan padanan bahasa Melayunya ialah hiperhubung, aktif hubung atau mudah hubung. Cadangan terjemahan ialah Muzium Hiperhubung atau Muzium Aktif Hubung atau Muzium Mudah Hubung: Pendekatan Baharu, Masyarakat Baharu untuk Hyperconnected museums: New Approaches, new publics. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.02.2018 |