perbezaan guru dengan pendidik | Pendidik dan guru membawa maksud yang sama iaitu Guru bermaksud orang yang mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh manakala Pendidik bermaksud orang yang mendidik atau guru. | Lain-lain | 29.12.2007 |
manakah yang betul dan manakah yang salah: - 'para pendidik' - 'para-para pendidik' - 'para nabi' - 'para-para nabi' - 'para anbiyak' - 'para-para anbiyak'? sila nyatakan sebabnya sekali. sekian terima kasih. | Yang betul: para pendidik,para nabi,para anbiyak. Kata para merupakan kata penunjuk jamak dan tidak perlu diulang penggunaannya. | Tatabahasa | 13.05.2008 |
Apakah maksud dengan martabat dalam konteks seorang pendidik? Bagaimana seorang dapat meningkatkan martabat diri? Ada sumber rujukan yang berkenaan dengan soalan-soalan yang dikemukakan itu? Terima kasih | Martabat (pendidik) : kedudukan pada mata masyarakat/pelajar Untuk rujukan sila layari: www.geocities.com/pendidikmy/berita/isu38.html www.pendidikbahasa.com/ umarjabbar.files.wordpress.com/2009/01/guru-sebagai-pendidik-profesional.ppt atau sila rujuk buku berikut: Mengangkat Citra Dan Martabat Guru. Adicita Karya Nusa, 1999 | Lain-lain | 06.02.2009 |
Sebagai pendidik, saya sedang membuat satu program tentang kata kerja BM, bolehkah saya tahu tentang sekiranya saya ingin mengajar kata kerja, patut saya guna imbuhan bagi sesuatu kata kerja? Contohnya: - baca atau membaca? - ambil atau mengambil? my target audience is children of age of 3-9 | Dalam bahasa Melayu ada empat golongan kata termasuklah kata kerja. Apabila menyenaraikan kata kerja tidak perlu digunakan imbuhan, tetapi apabila menerangkan perbuatan berdasarkan konteks penggunaannya perlulah digunakan imbuhan. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 05.06.2012 |
pengertian pendidik,pengajaran dan pembelajaran | Pendidik ialah orang yg mendidik, guru. Pengajaran pula ialah perihal mengajar, segala sesuatu yg berkaitan dgn mengajar (spt cara atau sistem mengajar) atau segala sesuatu (cara, perbuatan, dll) yg diajarkan, ajaran. Pengajaran juga bermakna peringatan, pedoman. Pembelajaran ialah proses (kegiatan) belajar. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan. Harap maklum. | Makna | 26.07.2008 |
Difinisi: 1. Kualiti 2. Pendidik 3. Pendidikan 4. Dedikasi 5. Sahsiah. | Kualiti ialah darjah kecemerlangan biasanya yg tinggi, mutu. Pendidik bermakna orang yg mendidik, guru. Pendidikan ialah perihal mendidik. Dedikasi bermakna pengabdian diri, masa. Sahsiah keperibadian, peribadi. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 20.09.2008 |
Assalamualaikum tuan/puan. Saya ingin menggunakan tajuk berikut sebagai tajuk tesis Phd saya dan mohon bantuan semakan pihak tuan. PELESTARIAN PATRIOTISME SISWA GURU PENDIDIK INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA TERHADAP PELAJAR SEKOLAH RENDAH | Frasa SISWA, GURU DAN PENDIDIK merujuk pada tiga individu yang berbeza? Apakah yang tuan maksudkan dengan SISWA GURU PENDIDIK? Di samping itu, apakah yang dimaksudkan dengan PELESTARIAN? Mengikut Kamus Dewan, pelestarian ialah perlindungan daripada kemusnahan. Maka daripada tajuk yang diberikan, apakah maksud perlindungan/ pengekalan patriotisme pendidik IPG terhadap pelajar sekolah? Tajuk anda sangat mengelirukan. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.02.2017 |
Salam, Adakah wujud perkataan "siswa pendidik"? Bolehkah ianya digunakan dalam konteks pelajar di Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia? | Perkataan "siswa pendidik" tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada pelajar di Institut Pendidikan Guru atau mana-mana institusi pendidikan. | Lain-lain | 09.07.2020 |
assalamualaikum tuan. saya ingin menggunakan tajuk berikut untuk penulisan tesis phd saya. Mohon pihak tuan untuk khidmat nasihat. Tajuk; PELESTARIAN PATRIOTISME DI SEKOLAH RENDAH OLEH SISWA PENDIDIK SEJARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA | Penggunaan tajuk yang betul ialah PELESTARIAN PATRIOTISME DI SEKOLAH RENDAH OLEH SISWA PENDIDIK MATA PELAJARAN SEJARAH, INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA. | Tatabahasa | 02.04.2017 |
mua'ddib | Muaddib: pengajar, pengasuh, pendidik. | Makna | 01.09.2009 |