| 1.penjodoh bilangan bagi isi cempedak yang digoreng .ulas atau ketul 2. perbezaan bermastautin dan bermukim 3. bolehkan perkataan gusar membawa maksud bimbang , risau atau takut | 1. Kedua-duanya boleh digunakan: ulas atau ketul. Yang paling tepat: ulas. 2. bermastautin- bukan penduduk asal/tetap yang tinggal di sesuatu tempat/kawasan. bermukim- penduduk asal yang tinggal di kawasannya. 3. Gusar bermaksud: berang, marah dan tidak membawa maksud bimbang, risau atau takut. | Lain-lain | 09.09.2009 |
| Selamat sejahtera Saya ingin mertanya. ejaan untuk masyarata Orang Asli di tulis dengan huruf besar atau huruf kecil - orang asli. | Untuk makluman, orang asli bermaksud penduduk asal sesebuah negeri. Sehubungan dengan itu, perlu ditulis menggunakan huruf kecil, kecuali jika diletakkan di permulaan ayat atau selepas titik, perkataan "O" perlu ditulis dengan huruf besar. Jika merujuk kepada kepada sesuatu kaum, tetap juga perlu ditulis dengan huruf kecil. Contoh, orang asli Negrito. | Ejaan | 26.07.2019 |
| Assalamualaikum. Mohon pencerahan. Bagaimanakah mahu mengenal pasti perkataan "orang asli" ditulis menggunakan huruf besar di pangkal kata atau sebaliknya. Contohnya, "Orang Asli", "orang Asli" atau "orang asli". Sekiranya, perkataan "Orang Asli Negrito", adakah semua huruf pada pangkal kata perlu menggunakan huruf besar? Terima kasih. | Untuk makluman, orang asli bermaksud penduduk asal sesebuah negeri. Sehubungan dengan itu, perlu ditulis menggunakan huruf kecil, kecuali jika diletakkan di permulaan ayat atau selepas titik, perkataan "O" perlu ditulis dengan huruf besar. Jika merujuk kepada kepada sesuatu kaum, tetap juga perlu ditulis dengan huruf kecil. Contoh, orang asli Negrito. | Ejaan | 17.11.2016 |
| Bolehkah kami menyemak maksud dan definisi bumiputera? Adakah seseorang yang berbangsa Cina memeluk agama islam dan berkahwin dengan seorang Melayu dikira sebagai bumiputera? | 1. Sila rujuk takrifan Bumiputera dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) memberikan takrif umum bagi bumiputera iaitu penduduk asal sesebuah negara, iaitu bukannya yang datang atau dibawa masuk dari negara lain, misalnya orang Melayu, orang Asli, orang Iban, orang Kadazan, orang Dayak dan sebagainya yang terdapat di Malaysia. 2. Tidak. Seseorang yang berbangsa Cina walaupun memeluk agama Islam dan berkahwin dengan seorang Melayu tetap berbangsa Cina, bukan Bumiputera. | Makna | 25.08.2023 |
| Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Semua penduduk kampung tidak tahu akan asal usul pemuda itu. 2. Kedengaran bunyi daun-daun kering bergesel dengan jalan apabila angin bertiup. 3. Tayar kereta menjadi haus kerana bergeser dengan permukaan jalan. 4. Dia masih berhutang kepada / pada bank. 5. Mereka berharap bangunan yang bersejarah itu dapat dipelihara secara berkekalan. Terima kasih. | 1. Semua penduduk kampung tidak mengetahui asal usul pemuda itu. 2. Kedengaran bunyi daun-daun kering bergesel dengan jalan apabila angin bertiup. 3. Tayar kereta menjadi haus kerana bergeser dengan permukaan jalan. 4. Dia masih berhutang dengan bank. 5. Mereka berharap bangunan yang bersejarah itu dapat dipelihara secara berkekalan. | Tatabahasa | 15.01.2013 |
| Assalamualaikum Wr.Wb. Saya ingin mengetahui mengenai sistem dan cara Sebutan Baku Johor-Riau, seperti yang dituturkan oleh penduduk Melayu di kawasan Nusantara ini. Terima kasih. Wassalam. | Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung. Ia merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. | Lain-lain | 27.09.2006 |
| Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat berikut, tolong jelaskan mengapa: 1. Para penduduk Taman Harmoni sangat berpuas hati dengan program Hari Keluarga yang diadakan itu. 2. Ibu saya berpuas hati dengan baju yang dijahit oleh pekerja di Raihan Butik. 3. Usah conteng dinding. 4. Cikgu Raihan perhatikan murid-murid bersenam di padang. 5. Murid-murid dikehendaki supaya menghantar kertas soalan. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1. Penduduk Taman Harmoni sangat berpuas hati dengan program Hari Keluarga yang diadakan itu. 2. Ibu saya berpuas hati dengan baju yang dijahit oleh pekerja di Butik Raihan. 3. Jangan conteng dinding. 4. Cikgu Raihan memerhatikan murid-murid bersenam di padang. 5. Murid-murid dikehendaki menghantar kertas soalan. Sila bandingkan ayat asal dan ayat baharu dan tuan akan dapat mengesan kesalahan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 09.09.2015 |
| Apakah perbezaan dan persamaan di antara sebutan bahasa melayu baku dengan bahasa melayu Johor-Riau ? | Bahasa Melayu baku digunakan dalam situasi formal manakala bahasa Melayu Johor Riau merujuk pada sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung. Sebutan ini merupakan sebutan asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. | Lain-lain | 22.05.2010 |
| Jelaskan perbezaan sebutan pada bahasa baku dengan sebutan Johor-Riau. Terima kasih. | Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung, merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 18.06.2010 |
| Apakah perbezaan yang paling jelas antara sebutan baku dengan sebutan Johor-Riau ? (dari segi fonologi) | Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung, merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 20.06.2010 |