Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : penjelasan (yg tidak perlu diragui), penentuan, penerangan (yg nyata): berilah ~ kpd aku sama ada engkau hendak pindah dr sini atau tidak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perbuatan atau hal menegaskan; penjelasan; penen­tuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tegas (adjektif)
1. Bersinonim dengan jelas: terang, nyata, ketara, lantang,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan tepat: tentu, pasti, nyata, getas,
Berantonim dengan ragu-ragu

Kata Terbitan : menegaskan, ketegasan, penegasan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nyah engkau dari sini …! Ayat ini menggunakan elipsis sebelum tanda seru untuk menunjukkan penegasan, kepanjangan atau gema. Adakah DBP menerima gaya ini?Penggunaan tanda baca yang betul ialah "Nyah engkau dari sini!". Penggunaan elipsis lazimnya digunakan dalam ayat penyata bagi menyebut sebahagian sahaja daripada petikan, manakala ayat seru lazimnya tidak panjang (tidak perlu tanda elipsis) dan senafas.Lain-lain13.01.2013
Sila jelaskan perbezaan antara frasa "cuma kerana" dan "hanya kerana" serta penggunaan kedua-duanya. Sila beri contoh ayat. Terima kasihPenggunaan 'hanya kerana' atau 'cuma kerana' menunjukkan ada  unsur  penekanan atau penegasan. Dari segi makna, 'kerana' bermaksud sebab; cuma bermaksud hanya, melainkan, semata-mata; dan hanya bermaksud tidak lebih daripada, cuma, sahaja. Contoh ayat : Ahmad berasa kecil hati terhadap Zaidah hanya kerana gurauannya tadi. Dalam contoh ini, 'hanya' boleh digugurkan supaya lebih baku tetapi bagi maksud memberi penegasan, khususnya dalam ungkapan lisan, boleh digunakan.Makna21.03.2008
Umum kita difahamkan bahawa Kata Pemeri 'adalah' digunakan di hadapan FS dan/atau FA. Jurubahasa ada juga menasihati dan melarang penggunaan 'adalah' di hadapan FK, walaupun tidak ada apa-apa penegasan rasmi dibuat di dalam buku teks tentang peraturan dan pertalian 'adalah' dengan FK. Harap beri pandangan DBP tentang penggunaan 'adalah' dalam ayat di bawah ini, dan huraikan sama ada 'ialah' boleh/ tidak boleh diganti dalam ayat di bawah serta beri sebab-sebab dari segi hukum tatabahasa: "Matlamat menyertai HK Filmart 2011 adalah mewujudkan dan industri media melain merancang strategi pasaran luar ...." (BH 15Sep11)

Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja dan frasa kata kerja. (Rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 264) Kata pemeri "adalah" tidak perlu hadir dalam ayat tersebut dan ayat tersebut perlu dilengkapkan kerana kata kerja "mewujudkan" tidak diikuti dengan objek untuk melengkapkan ayat.

Tatabahasa15.09.2011
Senyampang saya ada di sini. atau Senyampangnya saya ada di sini. kedua2 ayat tersebut betul atau salah?Kedua-duanya betul. Penggunaan "nya" boleh digunakan untuk bermaksud penegasan.Tatabahasa30.07.2009
Tuan, Kata sendi seperti demi untuk, dan kata hubung jika sekiranya memang tidak boleh digunakan serentak. Soalan saya bolehkah kita menggunakan kata sendirti 'hingga ke' atau 'hingga kepada' secara serentak untuk tujuan penegasan? Adakah ayat-ayat yang berikut gramatis? Ali masih belum bertaubat hingga ke hari ini. Nasib malangnya berlanjutkan hingga kepada anak isterinya. Sekian, terima kasih. Chan Soon AunPengguna kata sendi nama "hingga ke" berbentuk lewah dan tidak boleh hadir secara berturutan. Sila gunakan salah satu sahaja.  Sila ruku buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 267 dan 284 untuk keterangan lanjut.Tatabahasa08.07.2010
saya maha siswa YIU ingin bertanya,apa nama ganti nama tak tentu serta contohKata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau untuk penegasan. Contohnya:

apa-apa:   Bawalah apa-apa yang ada.

mana-mana: Ambillah mana-mana yang anda suka.

siapa-siapa (sesiapa); Siapa-siapa pun boleh bersuara.

 

Lain-lain30.07.2010
bagi ayat dia berjalan terhoyong-hayang ke kiri dan kanan, perlu ke kata sendi ke sebelum perkataan kanan, maksudnya dia berjalan terhoyong-hayang ke kiri dan ke kanan,

Puan Jamisah

Dalam ayat ini kata sedi ke memang perlu ada bagi tujuan penegasan.

Tatabahasa24.03.2010
Mana yang betul? 1. Bahan yang manakah paling banyak menyerap air? 2. Bahan manakah yang paling banyak menyerapa air? Apakah perbezaan kedua-dua ayat di atas?Kedua-dua ayat tersebut betul penggunaannya dan boleh diterima pakai. Penggunaan perkataan "yang" dalam ayat pertama merupakan penegasan sahaja.Tatabahasa29.07.2009
Yang manakah antara ayat di bawah yang lebih tepat dari segi penggunaannya? Ayat 1: Ah Chong telah meninggal dunia semalam, 27 Oktober 2010 dan akan dikebumikan pada keesokan hari iaitu 29 Oktober 2010. Ayat 2: Ah Chong telah meninggal dunia semalam, 27 Oktober 2010 dan akan dikebumikan pada hari esok iaitu 29 Oktober 2010. Terima kasih.Kedua-duanya tepat betul, penggunaannya bergantung pada penegasan.Tatabahasa28.10.2010
1. a) Masuk adalah percuma b) Masuk percuma c) Hukuman yang menanti adalah maut d) Hukuman yang menanti ialah maut Yang manakah ayat yang betul. 2. Di sesetengah jalan raya ada dibuat lorong khas untuk motosikal dan basikal. Perkataan yang digunakan ialah "lorong sikal". Adakah betul penggunaannya. 3. Tolong berikan ayat contoh penggunaan 'ia'

1. a) Masuk adalah percuma b) Masuk percuma - kedua-dua ungkapan ini betul, perkataan adalah dalam ungkapan pertama menunjukkan unsur penegasan dalam ungkapan tersebut. 

Hukuman yang menanti ialah maut - ayat ini yang betul.

2. Istilah laluan sikal (bukan lorong sikal) ada digunakan sebagai padanan bikeway dalam bidang Kejuruteraan Automatif.

3. Ia - kata ganti nama diri ketiga; atau dia: contoh ayat,  ia bercita-cita hendak menjadi doktor.

Tatabahasa28.05.2010
12

Kembali ke atas