Merujuk kepada maklum balas pihak tuan bertarikh 4 Oktober 2017, bersama-sama ini disertakan cadangan dalam Bahasa Melayu bagi istilah Bahasa Inggeris yang berikut untuk perhatian tuan selanjutnya. i) suppressor variable : pemboleh ubah penekan (dalam konteks statistik, pemboleh ubah ini berfungsi untuk menekan (suppress) varians yang tidak berkaitan dalam pemboleh ubah tidak bersandar. Hasilnya, suatu perhubungan sifar atau menghampiri sifar dapat dilihat antara pemboleh ubah penekan dengan pemboleh ubah bersandar. Selain itu, pemboleh ubah penekan turut mempunyai hubungan linear dengan satu atau lebih pemboleh ubah tidak bersandar. Pemboleh ubah penekan ini turut tergolong dalam kelompok pemboleh ubah tidak bersandar dalam model regresi linear pelbagai. ii) reciprocal suppression : tekanan timbal-balik iii) inconsistent mediation : pengantaraan tidak konsisten iv) bias-corrected confidence interval : selang keyakinan pesongan-dibetulkan v) negative suppression: tekanan negatif Adalah diharapkan agar pihak tuan dapat membantu dalam terjemahan istilah tersebut. Bantuan dan kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. | Disampaikan maklumat yang dilampirkan untuk makluman dan perhatian tuan selanjutnya. Terima kasih. | Istilah | 06.10.2017 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1.Beam Presses 2.Blanking Presses 3.C-frame Presses 4.Clamping Presses 5.Clicker Presses 6.Coining Presses Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1.Beam Presses - Penekan Alur 2.Blanking Presses - Penekan Tebuk 3.C-frame Presses - Penekan Kerangka C 4.Clamping Presses – Penekan Kapit 5.Clicker Presses –Penekan Potong Terap 6.Coining Presses – Penekan Tera | Istilah | 05.04.2016 |
Bagaimana mahu membezakan kata pembenda dengan kata penekan? | Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama misalnya lajunya, sakitnya, lantangnya, datangnya. Contoh ayat: Datangnya secara mendadak. Kata Penekan ialah kata yang memberikan penegasan kepada perkataan yang tergabung dengannya. Contohnya: -nya dalam Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis. | Tatabahasa | 14.02.2014 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan yang sesuai bagi istilah-istilah berikut: 1. Multi Post Presses 2. Off Center Loading Presses 3. Pad Forming Presses 4. Spotting Tryout Presses 5. Straight Side Gib Guided Presses 6. Tank Head Forming Presses Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Multi-post presses - Penekan multitiang 2. Off Center Loading Presses - Penekan muatan luar pusat 3. Pad forming presses - Penekan pembentukan pad 4. Spotting tryout presses - Penekan percubaan pembentukan acuan 5. Straight side gib guided presses - Penekan berpandu sandal sisi lurus 6. Tank head forming presses - Penekan pembentukan kepala tangki | Istilah | 11.04.2016 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Diespotting presses 2. Draw presses 3. Electroforming presses 4. Fixed Frame Straightening Presses 5. Flying Cut Off Presses 6. Four Post Guided Platen Presses Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Diespotting Presses – Penekan Penumpuan Acuan 2. Draw Presses – Penekan Tarik 3. Electroforming Presses – Penekan Pengelektrobentukan 4. Fixed Frame Straightening Presses - Penekan Pelurusan Kerangka Tetap 5. Flying Cut Off Presses – Penekan Potongan Tepat 6. Four Post Guided Platen Presses – Penekan Platen Berpandu Empat Tiang | Istilah | 05.04.2016 |
Salam, adakah frasa "di dalamnya" gramatis merujuk kepada pengertian kata penekan dan kata pembeda. | Frasa "di dalamnya" boleh digunakan dan perlu disesuaikan dengan konteks ayat, contohnya: Saya memeriksa botol tersebut dan mendapati "di dalamnya" mengandungi cecair berwarna merah. | Tatabahasa | 20.12.2021 |
Salam tuan,adakah penggunaan -nya di bawah ialah ayat yang gramatis? 1. Semuanya …… ringgit. Ayat tersebut biasa saya dengar apabila beli sesuatu. Saya telah semak Tatabahasa Dewan -nya ialah kata pembenda ataupun kata penekan. Saya rasa “semuanya” di sini memberikan penekanan kepada harga sahaja,bukan kata pembenda / kata ganti nama diri ketiga. Adakah anggapan saya betul dan ayat ini gramatis? 2. Suaminya di mana? Ayat tersebut telah saya dengar semasa tonton video. Seorang wanita berkata sedemikian dengan marah apabila ditanya ada suami ke tidak. Dia seorang yang belum ada jodoh. Saya rasa “suaminya” di sini,cuma memberikan penekanan kepada realiti bahawa dia tidak ada suami,bukan kata pembenda / kata ganti nama diri ketiga. Adakah anggapan saya betul dan ayat ini gramatis? | 1 “Semuanya … ringgit.” Kata ganti nama orang ketiga –nya boleh juga berfungsi sebagai penekan dan pembenda. Dalam ayat di atas, kata ganti nama –nya berfungsi sebagai penekan. 2. 2. “Suaminya di mana?” Dalam ayat di atas, -nya berfungsi sebagai kata ganti nama orang ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 103 dan 296. | Tatabahasa | 23.04.2024 |
Selamat Sejahtera, 1. Saya mempunyai kemusykilan untuk mengetahui golongan kata 'nya' yang bergabung dengan perkataan 'misalnya' dan 'contohnya'. Adakah 'nya' dalam perkataan tersebut dikategorikan sebagai kata pascakata yang berfungsi sebagai penekan atau pembenda? 2. Boleh jelaskan juga apakah sebenarnya golongan kata untuk perkataan 'misal', 'contoh' dan 'barangkali. | -nya merupakan kata ganti diri orang ketiga. Hanya digunakan pada manusia dan Kata ganti nama Nya yang merujuk kepada Allah hendaklah dieja dengan tanda sempang dan huruf besar seperti di sisi-Nya dan kehendak-Nya. Selain bertindak sebagai kata ganti nama diri orang ketiga 'nya' juga bertindak sebagai kata pembenda/penekan. "Misal" dan "contoh" terdiri daripada kata nama, manakala "barangkali" terdiri daripada kata tugas. | Istilah | 01.08.2013 |
bila masakah ganti nama "nya" dapat merujuk selain manusia? | Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda/penekan selain berfungsi sebagai kata ganti nama diri ketiga. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 295 untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 02.12.2010 |
Adakah penggunaan nya boleh digunakan pada kata kerja? Apakah fungsi imbuhan nya? | Salam sejahtera, Fungis 'nya' ialah sebagai kata pembeda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga. | Tatabahasa | 11.06.2020 |