Sukar mendapat senaskah penerbitan Dewan Bahasa dan Dewan Sastera di pasaran di negeri Pulau Pinang. Melalui saluran manakah saya boleh dapat penerbitan-penerbitan tersebut ? | Di Pulau Pinang , buku dan majalah DBP dapat diperoleh di Bukit Mertajam( DBP Wilayah Utara), , Seberang Prai(, Seberang jaya, dan Minden( USM). | Lain-lain | 16.04.2010 |
Apakah syarat-syarat am atau khas bagi seseorang individu ingin menerbit atau menulis sesebuah buku? | Terima kasih atas soalan yang dikemukakan. A. Sdr. perlu memahami apa itu penerbitan. Penerbitan terbahagi kepada penerbitan buku, Majalah, Kamus dan lain-lain. Kemudian apabila mengetahui selok belok penerbitan baharulah sdr. menubuhkan syarikat penerbit. Mendapatkan maklumat jumlah modal yang perlu kerana syarikat yang ditubuhkan perlukan a) modal pusingan b) kakitangan c) pejabat dan d) overhed (talian telefon, api, air ,sewa, promosi dan pengangkutan). Membuat perancangan penerbitan seperti membuat perolehan manuskrip (mencari penulis yang boleh menulis skrip) menentukan bidang buku yang hendak diterbitkan dan buku peringkat apa yang hendak diterbitkan sama ada peringkat kanak-kanak, remaja atau dewasa. Juga peringkat pengajian tinggi (Buku Ilmiah) atau buku fiksyen seperti novel dan cerpen atau buku rujukan seperti ensiklopedia. Untuk mendapatkan ilmu penerbitan perlu dicari dan banyak berbincang dengan rakan penerbit. B. Antara syarat-syarat penting untuk memulakan karier menjadi seorang penulis yang berjaya ialah: 1. Perlu mempunyai minat yang mendalam dan azam yang kental untuk menjadi seorang penulis. 2. Rajin membaca pelbagai bahan bacaan seperti buku, akhbar dan majalah. Juga membaca karya-karya bermutu (novel, drama, cerpen, puisi, rencana dan esei/kritikan) oleh penulis terkenal dan memenangi pelbagai hadiah/peraduan. 3. Mengikuti bengkel penulisan (novel, drama, cerpen, puisi, rencana, dll) yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. 4. Menjadi anggota persatuan penulis. Melaluinya sdr. boleh mengikuti pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di samping dapat bertukar-tukar idea dan pendapat dengan penulis pelbagai kaum dan peringkat umur. 5. Rajin berkarya/bereksperimen tanpa mengenal putus asa. 6. Menghantar karya ke pelbagai penerbitan untuk tujuan penerbitan di samping menguji kemampuan sebagai seorang penulis. Selamat menjadi seorang penulis dan selamat berjaya! | Lain-lain | 19.10.2010 |
Saya ingin menayakan mengenai penerbitan buku 1. Semua yang perlu di ketahui untuk menerbitkan sebuah buku 2. Berapakah jumlah buku yang telah malaysia terbitkan pada 2010 (syarikat penerbitan) 3. dan undang-undang penerbitan di malaysia | (1)Proses penerbitan buku berbeza-beza sedikit mengikut penerbit dan jenis buku yang diterbitkan. Pada umumnya, proses penerbitan bermula dengan cadangan penulisan/manuskrip daripada penulis, pelantikan penulis, penilaian manuskrip, kelulusan penerbitan, penyuntingan, penyediaan reka bentuk dan ilustrasi, pembacaan pruf, penyediaan pruf akhir, dan percetakan. (2) Anda boleh menghubungi Perpustakaan Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat. (3) Anda boleh mendapatkan maklumat tentang undang-undang penerbitan di Malaysia dengan membaca sebarang buku tentang Undang-undang Hak Cipta di Malaysia. | Lain-lain | 23.11.2010 |
Dengan penerbitan risalah itu, diharap akan dapat membantu pembaca yang menghadapi masalah memahami teks asal. A Penerbitan dengan B Terbitnya dengan C Dengan terbitnya D Dengan penerbitan tuan, jawaban dalam buku ialah C, amatlah keliru antara C dengan D, haraplah tuan dapat menolong saya. TQ | Frasa dengan terbitnya risalah itu betul kerana terbit bermaksud siap dicetak, manakala penerbitan bermaksud perihal menerbitkan. Namun frasa penerbitan risalah itu (buang dengan) juga dalah betul. Rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 27.01.2012 |
Ke hadapan Tuan/Puan, Selamat sejahtera. Saya dengan ikhlasnya ingin meminta panduan untuk penerbitan sajak di bawah penerbitan dewan bahasa dan pustaka. Sesungguhnya, koleksi sajak ini menghampiri satu dekad lamanya dan gaya-gaya yang terkandung di dalam penulisan sajak-sajak hasilan ini amat sayang jika dibiar tersimpan dalam laci. Saya berharap mendapat peluang dan panduan untuk proses penerbitan ini. Sekian,terima kasih. Yang benar, John Chong | Saudara boleh menghantar sajak-sajak saudara itu kepada Ketua Editor Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk dinilai. Sekiranya sesuai, sajak saudara akan disiarkan dalam majalah-majalah terbitan DBP. | Lain-lain | 22.05.2011 |
Salam... Bagaimanakan proses/tatacara dalam menerbitkan buku ilmiahmelalaui DBP..Apakah syarat-syarat yang dikhendaki? | Proses penerbitan buku ilmiah sama seperti proses penerbitan buku judul am. Tuan boleh menghantar manuskrip yang lengkap kepada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk diusahakan oleh Bahagian Penerbitan yang sesuai. Syarat manuskrip lengkap ialah ia mengandungi: (i) bahan awalan (ii) bahan teks (iii) bahan akhiran Untuk mengetahui lebih lanjut akan maklumat yang perlu ada dalam setiap bahan itu, tuan boleh merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP. Setiap halaman manuskrip perlu diberikan nombor secara berturutan. Setiap manuskrip yang dihantar ke DBP akan melalui beberapa peringkat penilaian dan hanya jika didapati sesuai baru boleh diterbitkan oleh DBP. | Lain-lain | 26.05.2009 |
Dengan penerbitan risalah itu, diharap akan dapat membantu pembaca yang menghadapi masalah memahami teks asal. A Penerbitan dengan B Terbitnya dengan C Dengan terbitnya D Dengan penerbitan tuan, jawaban dalam buku ialah C, amatlah keliru antara C dengan D, haraplah tuan dapat menolong saya. TQ | Sila hubungi kami semula dan jelaskan soalan saudara. Nyatakan dengan jelas perkataan manakah yang digariskan (dalam soalan) dan asingkan setiap pilihan jawapan. | Tatabahasa | 22.01.2012 |
Ruangan manakah yang saya boleh salurkan bakat saya mencipta sajak atau pantun dalam web ini? | Saudara boleh menghantar karya saudara kepada Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. Saudara juga boleh menghantar karya saudara kepada Ketua Bahagian Majalah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 09.05.2013 |
Apakah kaedah penerbitan yang digunakan oleh DBP dari segi bidang penerbitan, kos bayaran penulisan? Ada skala tertentu dalam menentukan bayaran berkenaan? | DBP menerbitkan manuskrip yang dirancang dan yang tidak dirancang berpaksikan Dasar Penerbitan DBP. Manuskrip ini boleh diterbitkan secara konvensional (bercetak) dan elektronik bergantung pada kesesuaian. Bagi manuskrip yang dirancang, penulis akan diberi insentif penulisan sebanyak RM1,000.00 setelah manuskrip itu siap ditulis dan diluluskan untuk diterbitkan oleh DBP. | Lain-lain | 25.11.2008 |
saya nak tahu tentang cara menulis rujukan yang terkini. | DBP seperti penerbit lain mempunyai gaya penerbitan tersendiri. Gaya penerbitan DBP adalah mengikut Gaya Dewan. Cara menulis rujukan berdasarkan Gaya Dewan adalah mengikut Kaedah Penulis-Tarikh seperti yang berikut: (a) Nama penulis, editor atau penyusun diikuti tanda koma. (b) Tahun terbit diikuti dengan tanda noktah. (c) Judul ditulis dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah. (d) Tempat terbit diikuti dengan tanda titik bertindih. (e) Nama penerbit diikuti dengan tanda noktah. Contoh: Farid M. Onn, 1980. Aspects of Malay Phonology and Morphology. A Generative Approach. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Saudara boleh merujuk Gaya Dewan terbitan DBP. | Lain-lain | 13.11.2009 |