Bagaimana hendak menerbitkan sebuah majalah sekolah?Harap dapat memberi tunjuk ajar.Terima kasih | Majalah sekolah telah banyak yang diterbitkan. Kaedah penerbitannya sama dengan kaedah penerbitan bahan berkala; penulisan, penyuntingan, atur huruf, dan percetakan. | Lain-lain | 18.05.2008 |
pertanyaan saya berkaitan dengan bagaimana saya nak terbitkan sajak yang telah saya hasilkan | Salam tuan, Sajak yang dihasilkan, bolehlah dihantar kepada editor majalah DBP untuk dinilai dan dipertimbangkan penerbitannya dalam majalah terbitan DBP. Sajak tersebut bolehlah die-melkan kepada: Puan Yusaida binti Yusof <yusaida@dbp.gov.my>. | Sastera | 15.10.2019 |
sila nyatakan bagaimana untuk saya mendapatkan bibliogafi penulis berkaitan dengan penggunaan khidmat pesanan ringkas | Soalan saudara tidak jelas, jika buku Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Bahasa Melayu, terbitan tidak ada penulis individu, buku tersebut diusahakan penerbitannya oleh Bahagian Penyelidikan Bahasa, DBP. | Lain-lain | 23.06.2010 |
Assalamualaikum... info...buku terbit sendiri ( Buku Kerja Pelajar Sekolah ) 1. Kerja sama DBP dengan penulis? 2. Adakah bantuan/dana penggerak? Sekian.TQ. | Untuk makluman, DBP tidak menerbitkan buku terbit sendiri. Bagi penerbitan buku kerja pelajar sekolah atau buku sokongan pendidikan, penerbitannya akan diuruskan oleh Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja. Proses penerbitan dilakukan mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan. Dimaklumkan juga tiada dana galakan diberi kepada penulis. | Lain-lain | 02.04.2020 |
Salam Sejahtera, saya ingin bertanyakan soalan berkaitan penerbitan.Adakah pihak DBP menerbitkan kompilasi Cerpen dan Puisi yang di terbitkan oleh Utusan Malaysia? Cerpen dan Puisi tersebut di siarkan pada setiap hujung minggu di dalam Minguan Malaysia.Sekiaranya ada, berapa tahun sekali penerbitannya? Sekian,terima kasih SUHANA ISHAK | Assalamualaikum. Untuk makluman, DBP ada menerbitkan kumpulan cerpen dan kumpulan puisi. Walau bagaimanapun, sekiranya karya tersebut pernah diterbitkan oleh penerbit lain sebelum ini, penulis hendaklah mendapatkan keizinan daripada penerbit yang berkenaan sebelum penulis menghantar manuskrip tersebut kepada DBP untuk diterbitkan. | Lain-lain | 18.04.2013 |
assalamualaikum dan salam 1malaysia. saya ingin bertanya, Apakah yang harus saya lakukan sekiranya saya mahu karya saya seperti novel di terbitkan dan dibukukan serta di edarkan di kedai. bagaimanakah cara yang sepatutnya saya lakukan? sekian, terima kasih. | Salam. Sekiranya sdr sudah menyiapkan manuskrip novel, hantar sahaja kepada penerbit yang sdr pilih, untuk dipertimbangkan penerbitannya. Jika manuskrip sdr diperakui untuk diterbitkan, tugas penerbit itu untuk mengedarkan buku tersebut di kedai. Jika sdr ingin menghantar manuskrip sdr ke DBP untuk dipertimbangkan penerbitannya, perkara utama yang perlu dilakukan ialah manuskrip perlu ditaip langkau dua baris, menggunakan perisian Microsoft Word, dipecahkan mengikut bab dan fail, setiap fail tidak melebihi 30 halaman, penaipan kemas, dan dijilid. Manuskrip novel hendaklah antara 300-500 halaman. Manuskrip yang lengkap, hendaklah disertakan dengan disket/CD/surat iringan dan dihantar menggunakan sampul yang selamat melalui pos atau hantar tangan ke alamat: Ketua Editor, Bahagian Penerbitan Sastera, Tingkat 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Manuskrip sdr akan dinilai terlebih dahulu sebelum diberi jawapan sama ada sesuai diterbitkan atau tidak. Terima kasih. | Lain-lain | 13.01.2010 |
Salam. Apakah perkembangan terkini Kamus Besar Bahasa Melayu Dewan? | Salam sejahtera tuan budiman, Kamus Besar Bahasa Melayu Dewan Berkenaan dengan perkembangan terkini Kamus Besar Bahasa Melayu Dewan, Bahagian Perkamusan DBP sedang giat menjalankan usaha-usaha untuk memastikan penerbitannya pada tahun ini juga. Kami tidak dapat memberi penjelasan lebih lanjut atas faktor keselamatan. Insya-Allah pihak DBP akan membuat pengumuman rasmi setelah terbit nanti. Sekian terima kasih. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi "Hairani binti Mohd Khalid" <irani@dbp.gov.my>Perancang Bahasa S48 Bahagian Perkamusan | Lain-lain | 30.01.2020 |
Saya agak terkeliru dengan perkataan 'gusar' kerana selama ini setahu saya ia berkaitan dengan perkara-perkara yang memberikan gambaran risau, susah hati, dan sebagainya. Tetapi semasa saya merujuk kamus dewan, maksud gusar adalah berang, marah. Boleh encik komen. | Saudara, Di dalam Kamus Besar yang sedang diusahakan penerbitannya oleh DBP, perkataan risau, susah hati dan sebagainya telah dimasukkan sebagai makna bagi perkataan gusar selain makna berang dan marah. | Makna | 04.03.2010 |
salam.. saya berminat untuk menghantar karya seperti sajak kpd pihak DBP..bagaimana caranya??saya saje nak meluangkan masa terluang saya dgn menghantarnya...itu saje.terima kasih | Waalaikumsalam. Terima kasih kerana berminat untuk menghantar karya kepada DBP dan kami amat mengalu-alukannya. Sajak boleh dihantar kepada editor yang berikut untuk dipertimbangkan penerbitannya. 1. Dewan Masyarakat - Mohd Shukri Mohd Arif -shukri_m@dbp.gov.my 2.Dewan Budaya -Aninah - aninah@dbp.gov.my 3. Dewan Sastera- Rozninah abd.Azib -rozninah@dbp.gov.my 6.Tunas Cipta -Ruslan Abd Raffar -arruslan@dbp.gov.my 7. Dewan Bahasa -Zaidi Ismail -zaidi_i@dbp.gov.my 8. Pelita Bahasa -Armin Azhari saleh -armin@dbp.gov.my 9. Dewan Siswa - abd.Ghani abu- ghanig@dbp.gov.my 10.Dewan pelajar -Haziah che Hussin -haziah@dbp.gov.my | Lain-lain | 04.12.2010 |
kami menulis buku....dan kami mahu DBP menerbitkan buku kami.....maka bagaimana caranya? ....apakah syarat-syaratnya? .....bagaimana prosedurnya? | Setiap buku yang diterbitkan oleh DBP perlu melalui proses penilaian terlebih dahulu. Hanya yang sesuai, akur dengan dasar penerbitan DBP dan diluluskan oleh DBP akan diterbitkan. Bahan yang telah siap ditulis bolehlah dihantar kepada Pengarah Penerbitan DBP untuk dipertimbangkan penerbitannya. | Lain-lain | 11.10.2008 |