surat rasmi kepada penerima adalah perempuan. betul atau salah - membuat surat memanggil TUAN, sedangkan penerima adalah wanita. terima kasih | Jika penerima surat ialah seorang wanita dan merupakan ketua organisasi (belum mendapat gelaran), boleh menggunakan sapaan tuan. Dalam situasi lain, jika penerima telah dikenal pasti seorang wanita maka sapaan yang tepat ialah puan. | Tatabahasa | 15.08.2016 |
APAKAH FORMAT YANG BETUL DALAM PENULISAN SURAT RASMI SEKIRANYA ALAMAT PENERIMA ADALAH BANYAK? SEKIAN, TERIMA KASIH. | Sekiranya surat yang dihantar kepada penerima tuan/puan boleh membuat seperti lampiran dan senaraikan alamat penerima di halaman akhir surat. | Lain-lain | 31.12.2007 |
salam sejahtera, saya ingin mendapatkan kepastian mengenai (Panggilan Hormat Penerima atau Kata Sapaan) dalam penulisan surat rasmi- iaitu penggunaan Tuan/ Puan. Sekiranya jantina penerima surat adalah perempuan, apakah panggilan hormat yang sesuai dan harus untuk digunakan? Sekirannya " Tuan" adalah panggilan hormat yang sesuai adakah menjadi satu kesalahan jika saya menggunakan panggilan hormat "Puan" dalam penulisan surat rasmi yang ditujukan kepada seorang penerima perempuan? | Kata sapaan 'puan' boleh digunakan pada permulaan surat sekiranya pengirim sedia maklum penerima surat ialah seorang wanita. Kata sapaan 'tuan' digunakan atas nama jawatan sekiranya pengirim tidak mengetahui jantina penerima surat. | Lain-lain | 22.03.2019 |
Untuk penulisan surat rasmi, adakah kata panggilan "tuan" boleh digunakan untuk merujuk kepada semua penerima surat, sama ada lelaki atau perempuan? | Jika tidak diketahui penerima surat itu sama ada lelaki atau perempuan, maka hendaklah ditulis dengan tuan, tetapi jika penerima surat itu diketahui seorang perempuan, maka hendaklah ditulis dengan puan. | Tatabahasa | 18.07.2011 |
Assalamualaikum, Tuan, saya ingin mengetahui panggilan yang sesuai untuk digunakan dalam surat penghargaan kepada lelaki dan perempuan. Bolehkah saya menggunakan panggilan 'Tuan' untuk kedua-dua jantina penerima atau saya perlu gunakan 'Tuan' untuk merujuk kepada penerima lelaki dan 'Puan' untuk merujuk kepada penerima perempuan? Sekian, terima kasih. | Sapaan yang betul ialah tuan bagi lelaki dan puan bagi perempuan. Walau bagaimanpun jika penerimanya ramai dan terdiri daripada lelaki dan perempuan, maka hendaklah ditulis tuan/puan. | Tatabahasa | 13.06.2011 |
Asslamualaikum, Saya ingin bertanya tentang amalan DBP untuk gelaran penerima yang ramai dalam surat rasmi. Jika penerima surat itu ada gelaran Dr. dan beberapa penjawat awam yang lain, apakah kata sapaan permulaan surat yang digunakan? 1. YBrs. Dr./Tuan/Puan 2. Tuan/Puan 3. Tuan Yang mana satu menjadi amalan DBP atau yang seharusnya digunakan dala surat rasmi? | Sapaan yang betul untuk doktor (Dr.) ialah tuan, kecuali yang mendapat gelaran istana atau kerajaan. Yang Berusaha lazimnya digunakan untuk menyapa seseorang yang merupakan individu terpenting dalam menjayakan sesuatu program. Yang Berbahagia digunakan untuk individu yang mempunyai gelaran kehormat seperti Tan Sri, Tan Seri, Dato', Datuk, tetapi bukan wakil rakyat. | Lain-lain | 28.02.2020 |
Mohon pencerahan berkenaan dengan penggunaan kata setakat dan sehingga, yang manakah betul? "Bilangan penerima bantuan setakat 30 April 2015" atau "bilangan penerima bantuan sehingga 30 April 2015?" Terima kasih. | Setakat dan sehingga membawa maksud yang sama, iaitu sampai ke had. | Tatabahasa | 13.05.2015 |
Tuan, Adakah perkataan PENERIMA BIAYA sesuai digunakan kepada pelajar yang menerima pembiayaan pendidikan? Sebelum ini pihak kami menggunakan perkataan PEMINJAM bagi pelajar yang menerima pinjaman PTPTN. Walaubagaimanapun perkataan tersebut dicadangkan ditukar kepada PENERIMA BIAYA selaras dengan pertukaran kaedah pinjaman kepada pembiayaan berasaskan syariah (perkataan "pinjaman" juga ditukar kepada "pembiayaan"). Sekian, terima kasih. | Encik Mohamad Nasdi, terima kasih kerana menggunakan khidmat Nasihat DBP. Jika melihat daripada makna yang diberikan oleh kamus DBP, ternyata perkataan pinjaman lebih tepat dibandingkan dengan biaya. Kerana biaya tidak perlu membayar balik sementara pinjaman perlu memulangkan balik apa yang dipinjam. memberi ~ memberi sesuatu utk digunakan buat sementara (dgn janji akan dikembalikan apabila sampai tempohnya): siapa boleh ~ saya pisau raut? 2. = minta ~ meminta menggunakan sesuatu buat sementara (dgn maksud mengembalikannya apabila sampai tempohnya): buku ini baru saya ~ dr perpustakaan; ~ sewa membeli dgn membayar beransur-ansur (dan sebelum selesai bayarannya barang itu dianggap barang sewaan sahaja); syarikat ~-meminjam syarikat yg memberi pinjaman (wang dll); ~ kayu ara prb meminjam barang orang dgn tidak berniat utk memulangkannya; meminjam 1. menggunakan barang (buku, wang dll) orang lain utk sementara waktu, minta pinjam: kedatangannya pd saat itu adalah kerana hendak ~ sedikit wang; 2. mengambil dan menggunakan (perkataan, konsep dll) yg dipetik dsb drpd sesuatu sumber: penasihat UNESCO itu ~ konsep Majlis Penyeliaan ini dr agensi berita Perancis AFP; perihal (perbuatan) membiayakan atau membiayai: ~ gerakan keamanan akan merumitkan kewangan negara; | Makna | 01.04.2009 |
Mohon bertanya. Bolehkah dalam penulisan surat/ emel kita gunakan perkataan Tuan untuk merujuk kepada responden sungguhpun kita tahu penerima tersebut adalah seorang wanita? Adakah menjadi kesalahan dalam urusan rasmi? Saya tahu kita mempunyai pilihan menggunakan 'Tuan/ Puan'. | Jika telah diketahui penerima seorang wanita, maka sapaan yang betul ialah puan. Tuan digunakan, jika tidak diketahui penerima ialah lelaki atau wanita, atau jika dialamatkan atas nama jawatan. | Tatabahasa | 03.07.2015 |
Perbezaan dato` , datuk dan datok | Dato' ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja, manakala Datuk ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Dipertua, seperti Melaka, Sarawak, dan Sabah. | Lain-lain | 24.04.2009 |