Asslamualaikum, Saya ingin bertanya tentang amalan DBP untuk gelaran penerima yang ramai dalam surat rasmi. Jika penerima surat itu ada gelaran Dr. dan beberapa penjawat awam yang lain, apakah kata sapaan permulaan surat yang digunakan? 1. YBrs. Dr./Tuan/Puan 2. Tuan/Puan 3. Tuan Yang mana satu menjadi amalan DBP atau yang seharusnya digunakan dala surat rasmi? | Sapaan yang betul untuk doktor (Dr.) ialah tuan, kecuali yang mendapat gelaran istana atau kerajaan. Yang Berusaha lazimnya digunakan untuk menyapa seseorang yang merupakan individu terpenting dalam menjayakan sesuatu program. Yang Berbahagia digunakan untuk individu yang mempunyai gelaran kehormat seperti Tan Sri, Tan Seri, Dato', Datuk, tetapi bukan wakil rakyat. | Lain-lain | 28.02.2020 |
Harap dapat berikan istilah dalam bahasa Malaysia bagi: 1. investee company; 2. deal origination; 3. business venture; Sekian, terima kasih. | 1. Investee company - syarikat penerima pelaburan 2. deal origination - pengasalan urus janji 3. business venture - usaha niaga | Istilah | 24.03.2009 |
Tuan, Adakah perkataan PENERIMA BIAYA sesuai digunakan kepada pelajar yang menerima pembiayaan pendidikan? Sebelum ini pihak kami menggunakan perkataan PEMINJAM bagi pelajar yang menerima pinjaman PTPTN. Walaubagaimanapun perkataan tersebut dicadangkan ditukar kepada PENERIMA BIAYA selaras dengan pertukaran kaedah pinjaman kepada pembiayaan berasaskan syariah (perkataan "pinjaman" juga ditukar kepada "pembiayaan"). Sekian, terima kasih. | Encik Mohamad Nasdi, terima kasih kerana menggunakan khidmat Nasihat DBP. Jika melihat daripada makna yang diberikan oleh kamus DBP, ternyata perkataan pinjaman lebih tepat dibandingkan dengan biaya. Kerana biaya tidak perlu membayar balik sementara pinjaman perlu memulangkan balik apa yang dipinjam. memberi ~ memberi sesuatu utk digunakan buat sementara (dgn janji akan dikembalikan apabila sampai tempohnya): siapa boleh ~ saya pisau raut? 2. = minta ~ meminta menggunakan sesuatu buat sementara (dgn maksud mengembalikannya apabila sampai tempohnya): buku ini baru saya ~ dr perpustakaan; ~ sewa membeli dgn membayar beransur-ansur (dan sebelum selesai bayarannya barang itu dianggap barang sewaan sahaja); syarikat ~-meminjam syarikat yg memberi pinjaman (wang dll); ~ kayu ara prb meminjam barang orang dgn tidak berniat utk memulangkannya; meminjam 1. menggunakan barang (buku, wang dll) orang lain utk sementara waktu, minta pinjam: kedatangannya pd saat itu adalah kerana hendak ~ sedikit wang; 2. mengambil dan menggunakan (perkataan, konsep dll) yg dipetik dsb drpd sesuatu sumber: penasihat UNESCO itu ~ konsep Majlis Penyeliaan ini dr agensi berita Perancis AFP; perihal (perbuatan) membiayakan atau membiayai: ~ gerakan keamanan akan merumitkan kewangan negara; | Makna | 01.04.2009 |
Assalamualaikum, Mohon pencerahan berkaitan panduan penulisan surat rasmi Panggilan Hormat Penerima atau Kata Sapaan: Surat yang ditujukan kepada agensi kerajaan hendaklah dimulakan dengan ‘Tuan’ seperti yang ditunjukkan pada Contoh 1, manakala surat kepada orang awam hendaklah dimulakan dengan ‘Tuan’ atau ‘Puan’. Surat yang khusus kepada Ketua Agensi yang mempunyai gelaran kebesaran hendaklah mendahulukan kata hormat dan gelaran kebesarannya seperti ‘YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’. Begitu juga bagi surat kepada orang awam yang mempunyai gelaran kebesaran. Contoh 2 menunjukkan contoh panggilan hormat penerima atau kata sapaan dengan gelaran kebesaran. Di sini timbul kekeliruan, sekiranya Gelaran Ketua Agensi itu seperti ‘Datuk Bandar’, adakah panggilan hormat penerima atau kata sapaan dengan gelaran kebesaran atau dimulakan dengan ‘Tuan’ sebagaimana Contoh 3. Sekian, terima kasih. | Untuk contoh 1, sapaan yang digunakan jika merujuk kepada Encik Noor Azman bin Abdul Rahman, ialah Tuan. Untuk contoh 2, sapaan yang digunakan tidak ada kesalahan. Akan tetapi, ejaan perlu dibetulan iaitu, YBhg. Datuk Seri. Manakala untuk contoh 3, pada kebiasaannya, pihak DBP akan menyertakan nama Datuk Bandar tersebut dalam penulisan surat rasmi. Kemudian daripada nama tersebut barulah sapaan dapat ditentukan. Jika Datuk, akan digunakan YBhg di permulaan nama, jika sebalik sapaan yang digunakan ialah Tuan. 1"> | Lain-lain | 27.10.2016 |
Assalamualaikum... Pertanyaan saya masih berkisar tentang surat kiriman rasmi yang enjadi pegangan atau amalan DBP. 1. Benarkah amalan meletakkan tanda baca pada alamat penerima dan alamat pengirim selepas tandatangan merupakan amalan lama dalam penulisan surat rasmi. Sekarang dikatakan tanda baca tidak perlu diketakkan pada setiap ayat alamat penerima dan pengirim. Amalan DBP bagaimana? 2. Tanda tiga titit (...) diletakkan jika ada lampiran. Adakah ini juga menjadi amalan DBP sebab ada pandangan mengatakan tanda tersebut sebagai penulisan gaya yang lama. Mohon penjelasan DBP. Terima kasih | Salam, 1. Pertanyaan tuan kurang jelas. Akan tetapi, untuk makluman, tanda baca, iaitu tanda koma dan noktah masih digunakan dalam penulisan alamat. Tanda koma digunakan untuk mengasingkan antara no. rumah, no. jalan, nama jalan, daerah dan sebagainya. Manakala, titik diletakkan selepas negeri atau negara. 2. Berkenaan dengan tanda (...) bagi merujuk kepada lampiran yang disertakan, pihak DBP masih menggunakan amalan yang sama. | Tatabahasa | 20.11.2015 |
Kami memerlukan maklum balas tuan untuk borangn Resit Resmi bagi sejumlah wang diterima bagi bayaran tertentu, butiran yang mana lebih menepati bahasa : 1. DITERIMA DARI atau DITERIMA DARIPADA 2. Orang yang mengeluarkan resit rasmi bagi bayaran yang diterima : PENERIMA atau DISEDIAKAN OLEH atau DITERIMA OLEH | Jawapan yang betul ialah DITERIMA DARIPADA, manakala jawapan kedua ialah PENERIMA dan DITERIMA OLEH | Lain-lain | 03.06.2021 |
Saya sedang menyiapkan disertasi bagi program DBA dalam bahasa Malaysia. Sukacita jika dapat dinasihatkan istilah yang sesuai bagi: 1) investee company; 2) deal origination; 3) business venture; 4) asymmetry(ic) information; 5) venture capital firm. Sekian, terima kasih. | Cadangan kami: 1. syarikat penerima pelaburan 2. pengasalan urus janji 3. usaha niaga 4. maklumat asimetri 5. firma modal urus niaga. | Istilah | 24.03.2009 |
Salam, saya sedang menonton anugerah maulidur rasul di tv1, soalan saya.. 1) Pengacara Majlis menyebut " mantan Prof Madya di UM" adakah ini bermaksud jawatan Prof Madya akan luput setelah bersara? 2) Dinyatakan juga gelaran salah seorang calon penerima anugerah "Engku Tan Sri Dato' Seri" mengapa gelaran Engku dihadapan Tan Sri. Adakah jika seseorang itu memiliki gelaran begitu semua gelaran tersebut perlu dinyatakan di dalam surat menyurat..? Sekian terima kasih, diharap kemusykilan ini terjawab. | 1. Profesor Madya atau Profesor adalah jawatan dalam perkhidmatan. Oleh itu, sebutan 'mantan Profesor Madaya' adalah betul untuk seseorang yang telah bersara daripada perkhidmatan atau telah meninggalkan jawatan tersebut. 2. Susunan yang betul mengikut protokol ialah: gelaran (yang tertinggi) - jawatan - nama, contohnya Tan Sri Profesor Dr. Tengku Awang Tengku Salleh. Walau Bagaimanapun penerima gelaran dibenarkan untuk memilih yang disukainya sama ada mendahulukan gelaran, jawatan atau namanya, begitulah seperti nama "Engku Tan Sri Dato' Seri". | Tatabahasa | 15.02.2011 |
Assalamualaikum, Mohon pencerahan berkaitan panduan penulisan surat rasmi bagi Panggilan Hormat Penerima atau Kata Sapaan: | Untuk contoh 1, sapaan yang digunakan jika merujuk kepada Encik Noor Azman bin Abdul Rahman, ialah Tuan. Untuk contoh 2, sapaan yang digunakan tidak ada kesalahan. Akan tetapi, ejaan perlu dibetulan iaitu, YBhg. Datuk Seri. Manakala untuk contoh 3, pada kebiasaannya, pihak DBP akan menyertakan nama Datuk Bandar tersebut dalam penulisan surat rasmi. Kemudian daripada nama tersebut barulah sapaan dapat ditentukan. Jika Datuk, akan digunakan YBhg di permulaan nama, jika sebalik sapaan yang digunakan ialah Tuan. | Lain-lain | 27.10.2016 |
1. Adakah penggunaan kata "Saudara/i" atau "Mahasiswa/i" atau "Mahasiswa/wi" boleh digunakan untuk menunjukkan kepada kedua-dua jantina? 2. Adakah penggunaan kata "tuan" dalam surat dapat ditujukan kepada perempuan? sebagai contoh: "... sehubungan itu, pihak tuan telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam..." | 1. Perkataan “mahasiswa” boleh digunakan untuk merujuk kepada pelajar perempuan dan lelaki kerana bermaksud pelajar di universiti. Perkataan “mahasiswi” pula hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada pelajar perempuan. Manakala perkataan “saudara” merupakan kata ganti diri kedua yang digunakan kepada orang lelaki dan “saudari” merujuk kepada orang perempuan. 1"> 2. Dalam penulisan surat rasmi, “tuan” merujuk kepada penerima lelaki dan “puan” merujuk kepada penerima perempuan. Walau bagaimanapun, kata ganti nama "tuan" boleh digunakan sekiranya penulis surat tidak mengetahui jantina penerima surat tersebut.1"> | Tatabahasa | 29.10.2019 |