Saya hendak menghantar suatu surat kepada Majlis Peguam untuk mendapatkan tandatangan dari pihak mereka sebagai bukti penerimaan. Dalam surat tersebut, saya menulis "Sila akui penerimaan dengan menandatangani salinan surat ini." Adakah ayat itu betul, terutamanya frasa "sila akui penerimaan"? Terima kasih. | Ayat "Sila akui penerimaan dengan menandatangani salinan surat ini" betul. | Lain-lain | 24.01.2019 |
Mohon pengesahan ayat yang betul mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka sama ada; (i) Cadangan Penerimaan Pemakaian Pekeliling; atau (ii) Cadangan Penerimaan Pakai Pekeliling | Menurut data kami, ayat yang betul ialah cadangan penerimaan pemakaian pekeliling. | Lain-lain | 27.03.2018 |
bagaimana penerimaan remaja tentang hukum hudud? | Saudara, Jawapan bagi pertanyaan seperti ini memerlukan kajian dan penyelidakan di perpustakaan atau pusat sumber di tempat saudara. | Lain-lain | 18.08.2010 |
Mana satu ayat yang betul: 1. Sila akui penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan.... 2. Sila beri perakuan penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan..... 3. Sila beri akuan terima laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan Ingin tahu juga beza akui dan akuan | Ayat kedua merupakan ayat yang lebih tepat untuk digunakan. "Sila beri perakuan penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan." Perakuan menurut Kamus Dewan Edisi Empat ialah proses memperakukan sesuatu; 2. sesuatu yang diperakukan, saranan serta sokongan (untuk dipertimbangkan, diterima, dilaksanakan, dsb): ~-~ Kongres itu telah mendapat perhatian kerajaan; Akuan pula ialah segala sesuatu yang diakui: ~ ini telah dibuat di hadapan majistret Mahkamah Rendah; 2. hantu jamuan (yang menolong pawang); orang ~ orang yang dilindungi oleh hantu jamuan (pawang yang mujarab ubat atau manteranya);
| Tatabahasa | 14.06.2013 |
Salam sejahtera, Bolehkah "Contract of Mere Receipt and Transmission of Orders" diterjemahkan sebagai "Kontrak Penerimaan dan Pemindahan Pesanan Semata-mata"? Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Penggunaan ayat dalam bidang perbankan. Sumber: https://www.emissions-euets.com/internal-electricity-market-glossary/758-execution-of-orders-on-behalf-of-clients-mifid-definitions Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | Kami mencadangkan Kontrak penerimaan dan pemindahan/penghantaran pesanan sahaja bagi Contract of Mere Receipt and Transmission of Orders. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.01.2018 |
Apakah nama khas bagi tempat penerimaan hadiah Johan, naib johan dan tempat ketiga bagi pemenang yang menerima pingat emas, perak dan gangsa dalam Kejohanan Olahraga / Sukan Tahunan Sekolah? | platform pemenang , rostrum pemenang. | Lain-lain | 13.05.2011 |
askum tuan, saya ingin bertanya tentang frasa penerimaan dan penggunaan saya akan membuat kajian berkaitan teknologi. boleh atau tidak saya gunakan frasa terima guna untuk maksud terima dan guna? ada satu jurnal yang menggunakan frasa penerimagunaan untuk memberi maksud terima dan guna. bagaimana pendapat tuan? tk | Wasalam. Perkataan “penerimagunaan” dalam bahasa Melayu adalah untuk padanan perkataan “adoption” dalam bahasa Inggeris. Jika dalam konteks kajian yang dilakukan ada membawa maksud “adoption”, maka perkataan “penerimagunaan” boleh digunakan. Namun, penggunaannya perlu berdasarkan bidang ilmu, misalnya i. proses adopsi (adoption process); fasa adopsi (adoption phase) – bidang perubatan ii. penerimagunaan (adoption) – bidang ekonomi, penilaian harta tanah, kependudukan. iii. pengambilan anak angkat (adoption of child) – bidang sosiologi Sekian. Terima kasih. | Istilah | 13.11.2017 |
saya sedang membuat kajian tentang ' individual innovativeness" terhadap penerimaan inovasi teknologi dalam bidang pendidikan. saya ingin mendapat kepastian maksud perkataan innovativeness terima kasih | Puan Noraini terima kasih kerana menghubungi KNBDBP individual innovativeness - boleh diterjemahkan sebagai daya pembaharuan individu terima kasih. | Makna | 20.11.2009 |
apakah yang dimaksudkan dengan sambutan? | Sambutan bermakna penerimaan (ketibaan tetamu dll), cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 21.10.2008 |
Assalamualaikum adakah betul penggunaan perkataan 'kebolehinsuransan'? | Salam sejahtera, Kebolehinsuransan bermaksud penerimaan oleh insurer ke atas permohonan untuk mendapatkan perlindungan insurans. Sekian, terima kasih. | Istilah | 22.04.2020 |