Mana satu ayat yang betul: 1. Sila akui penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan.... 2. Sila beri perakuan penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan..... 3. Sila beri akuan terima laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan Ingin tahu juga beza akui dan akuan | Ayat kedua merupakan ayat yang lebih tepat untuk digunakan. "Sila beri perakuan penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan." Perakuan menurut Kamus Dewan Edisi Empat ialah proses memperakukan sesuatu; 2. sesuatu yang diperakukan, saranan serta sokongan (untuk dipertimbangkan, diterima, dilaksanakan, dsb): ~-~ Kongres itu telah mendapat perhatian kerajaan; Akuan pula ialah segala sesuatu yang diakui: ~ ini telah dibuat di hadapan majistret Mahkamah Rendah; 2. hantu jamuan (yang menolong pawang); orang ~ orang yang dilindungi oleh hantu jamuan (pawang yang mujarab ubat atau manteranya);
| Tatabahasa | 14.06.2013 |
1. lump sum 2. acceptance 3. st. purchase 4. possession | 1. sekali gus 2. penerimaan 3. jual beli 4. pemilikkan | Lain-lain | 13.02.2009 |
Tuan, saya mohon penjelasan tentang penggunaan tanda garis miring (/) yang betul dan alasan penerimaan penggunaan yang betul. 1. Harganya RM3.00/ela. 2. Harganya RM3.00/ ela. 3. Harganya RM3.00 /ela. 4. Harganya RM3.00 / ela. | Tanda garis miring (/) digunakan seperti yang berikut: (a) Nombor rujukan surat rasmi, contoh: DBP/4-9/23/4/32 K.8 (68) (b) Sebagai pengganti kata dan, atau, dan per ataupun dipakai semasa menulis nombor alamat. Contoh: - Tun/Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan - Harganya RM3.00/ela | Tatabahasa | 16.10.2009 |
Salam dan selamat Sejahtera.Saya ingin membuat semakan mengenai penggunaan bahasa berhubung Piagam Pelanggan JPWPKL iaitu:- (i) membuat pindaan kepada sejumlah lapan (8) perkataan 'dari tarikh' kepada 'daripada tarikh' yang terdapat dalam Pernyataan Piagam Pelanggan No. 2 (1 perkataan); No. 5 ( 2 perkataan); No. 7 (1 perkataan); No. 8 (1 perkataan); No. 9 (1 perkataan); No. 10 (1 perkataan) dan No. 11 (1 perkataan) | Frasa yang betul ialah dari tarikh penerimaan bukannya daripada tarikh penerimaan. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama auat frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lebih lanjut. | Tatabahasa | 03.09.2013 |
1. Mengapa bahasa Melayu tidak dapat digunakan 100% dalam sistem penyampaian, penerimaan dan pengguna di IPTA Malaysia. 2. Mengapa hanya lulus (Kepujian) Bahasa Malaysia diperingkat SPM untuk kemasukan IPTA sahaja sedangkan IPTS tidak diperlukan. | Encik Zulkarnain Soalan saudara ini lebih melibatkan dasar kerajaan. Terdapat sebab tertentu dan telah menjadi peraturan yang telah ditetapkan oleh sesebuah ITPA ATAU IPTS tersebut. | Lain-lain | 23.07.2010 |
Salam, Apakah maksud kredit?dari segi bahasa penggunaan. | Kredit bermaksud 1. wang yg dipinjamkan, jumlah atau kemudahan pinjaman; 2. kemudahan membayar terkemudian drpd penerimaan barang, penangguhan pembayaran (bagi barang yg dibeli); dan 3. butir perakaunan (seperti bayaran dan lain-lain) yang dicatatkan di ruang sebelah kanan buku kira-kira. | Lain-lain | 19.11.2009 |
1)apakah maksud amalan dari segi istilah dan bahasa ? 2)apakah maksud agama dari segi istilah dan bahasa? | Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata amalan ialah sesuatu yg dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan, dsb) sbg suatu kebiasaan; pd ~nya yg sebenarnya berlaku atau terdapat, pd praktiknya, pd kebiasaannya: pd ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah kesatuan sekerja sahaja yg dibenarkan bergerak dlm sesebuah ladang; 2. perbuatan baik, kebajikan. Manakala maksud agama ialah kepercayaan pd Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pd yg Maha Kuasa: ~ Islam, ~ Kristian; orang yg memeluk ~ Islam disebut juga orang Mukmin; ~ langit agama yg bukan ciptaan manusia; 2. kepercayaan pd sesuatu dewa dll (yg dipuja dsb dan dianggap sbg sesuatu yg amat berkuasa); | Istilah | 25.03.2009 |
Saya telah menghantar dua buah manuskrip kepada DBP dalam Jun 2008, untuk jabatan Purnama. Saya ingin tahu perkembangan terkini manuskrip itu. Judulnya ialah: a) Memori Silam 1 b) Memori Silam 3 Terima kasih | Manuskrip saudara telahpun diterima dan telah didaftarkan dalam senarai penerimaan manuskrip dbp. Kedua-dua manuskrip tersebut sedang menunggu giliran untuk dihantar kepada penilai. Setelah dinilai oleh penilai luar, jika manuskrip tersebut disarankan untuk diperbaiki, akan kami hantar kepada penulis semula untuk dibaiki, dan jika dicadangkan untuk diterbitkan, kami bawa ke Jawatankuasa Editorial DBP untuk kelulusan penerbitan. Pihak kami memohon maaf atas kelewatan ini kerana di PURNAMA hanya terdapat 3 orang editor yang mengendalikan semua projek penerbitan di samping kerja-kerja lain. | Lain-lain | 04.05.2009 |
Assalamualaikum & Salam Sejahtera, NURUL FAREHAH JAAMAD 900521045508 Judul Manuskrip : Novel : 1.DUNIA AZIM. Buku Cerita Kanak-kanak : 2.PERSAHABATAN ANTARA SANG GAJAH, SANG KANCIL DAN SANG SEMUT. 3.KURA-KURA YANG RAJIN. 4.MARI DNEGAR CERITA KAKAK NURUL. Saya yang bernama di atas ingin bertanya, adakah pihak DBP menerima manuskrip saya? Saya inginkan jawapan yang jelas daripada pihak DBP. Bulan kelmarin pihak DBP ada menelefon saya menyatakan bahawa manuskrip saya akan di nilai dan diberi jawapan pada minggu hadapan. Tetapi tiada sebarang jawapan. Juga akan menghantar surat penerimaan manuskrip kepada saya tetapi tiada. Saya cuma ingin tahu sama ada manuskrip saya di terima atau tidak. Sekiranya tidak, saya mahu cuba memperbaiki manuskrip itu. Bolehkah pihak DBP memberikan saya jawapan yang pasti kepada saya? Boleh hubungi saya di 017-6665803 atau 06-2680260 | Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Saya telah menghubungi Puan Azihani di Bahagian Penerbitan Buku Kanak-kanak dan Remaja. Beliau memaklumkan bahawa manuskrip bertajuk Dunia Azim dan Persahabatan Antara Sang Gajah, Sang Kancil dan Sang Semut tidak sesuai untuk diterbitkan dan telah dipulangkan kepada saudari melalui pos. Sementara dua buah manuskrip lagi malangnya tidak ditemui semasa proses perpindahan ke tingkat 19. Namun, pihak beliau masih berusaha untuk mencarinya. Kami memohon jutaan kemaafan atas kejadian ini dan mencadangkan supaya saudari menghantarkan salinan manusikrip tersebut sekali lagi. Mohon maaf sekali lagi. | Lain-lain | 28.09.2010 |
saya nak tahu makna dan penggunaan perkataan berikut: 1.Paradoks 2.Resis 3.Dangkal 4.Wahana 5.Manifestasi 6.Wadah 7.Sirna 8.Mencanai 9.Juntai 10.Ugama | 1. Paradoks - sesuatu yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum: tampak kepada kita suatu paradoks yang mencolok. 2. Resis - perkataan ini tidak ada dalam sumber rujukan kami. 3. Dangkal - tidak faham benar, tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam (tentang sesuatu), atau cetek: saya tidak berani mengatakan yang dia dangkal dalam hal tersebut. 4. Wahana - saluran atau perantaraan yang memungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai): bahasa baku sajalah yang layak menjadi bahasa ilmu utk wahana pemikiran dan untuk pengembangan budaya bangsa. 5. Manifestasi - perbuatan (ucapan dan sebagainya) yang memperlihatkan (menjadikan nyata) sesuatu; watak yg secara lebih giat memanifestasikan rasa kekecewaan 6.Wadah - alat, atau saluran (untuk melakukan atau menyampaikan sesuatu): pihak penganjur berharap seminar sedemikian akan menjadi wadah untuk para pendidik bahasa dan sastera Melayu bertukar-tukar pendapat 7. sirna - hilang, lenyap, musnah 8. Mencanai - membentuk, mengacu, menyesuaikan, menyelaraskan: undang-undang baru ini telah dibuat untuk membolehkan kerajaan mencanai surat khabar supaya bersesuaian dgn demokrasi terpimpin 9. Juntai - bergantung bergerak-gerak atau berayun-ayun: kakinya juntai ke bawah 10. Agama - 1. kepercayaan pd Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pd yg Maha Kuasa: agama Islam 2. kepercayaan pada sesuatu dewa dan lain-lain. Sila rujuk Kamus Dewan untuk mendapatkan makna-makna lain bagi setiap entri tersebut. | Makna | 02.08.2009 |