Untuk ruangan kepada dan juga salinan kepada adakah perlu diletakkan nombor turutan jika penerimanya lehib daripada seorang? contoh: Kepada: 1. Pengarah 2. Timbalan Pengarah (perlu diletakkan nombor turutan?) | Jika salinan kepada surat lebih daripada seorang, masukkan nombor bagi setiap penerimanya. | Lain-lain | 17.11.2015 |
Benarkah gantu nama 'TUAN' diguna pakai dalam surat rasmi tidak kira sama ada penerimanya lelaki atau perempuan? | Kata ganti nama "tuan" digunakan memandangkan penulis surat tidak mengetahui penerima surat tersebut lelaki atau perempuan. | Lain-lain | 08.03.2007 |
assalamualaikum w.b.t Mohon kepastian bagi tujuan gelaran untuk surat rasmi; adakah gelar pada permulaan surat tersebut digunapakai bagi merujuk kepada penama yang dialamatkan i.e Pengarah Jabatan (Dato') atau kepada pegawai yang bertanggungjawab (Encik/Puan)? | Pada kelazimannya sapaan dalam surat berdasarkan penerimanya. Contohnya, penerima YBhg. Dato' Ali bin Ahmad, Pengarah Tanah dan Galian …, maka sapaan dalam surat hendaklah mengikut gelarannya, manakala sekiranya surat dialamatkan kepada Pejabat Tanah dan Galian, … 25990 Kuantan, Pahang. (u.p.: Encik Jasni bin Abas), maka sapaan surat hendaklah berdasarkan penerimanya, iaitu Encik Jasni bin Abas. Dalam contoh yang kedua, hanya untuk perhatian yang diberikan nama. | Tatabahasa | 14.04.2021 |
saya telah beberapa kali mencari perkataan KESANTUNAN BAHASA dalam carian kata.apakah yang dimaksudkan dengan KESANTUNAN BAHASA? | Kesantunan bahasa bermaksud penggunaan bahasa Melayu yang santun, bersopan dan halus serta sesuai dengan peringkat sasaran penerimanya. Kesantunan ini dilihat dari segi pemilihan kata (diksi) yang menunjukkan aspek berbudi bahasa dan pengetahuan yang tinggi dalam bidang bahasa, sapaan yang tepat kepada sasaran, nada suara yang lembut sesuai dengan situasi, menunjukkan rasa hormat kepada orang lain dan aspek-aspek lain yang memperlihatkan nilai-nilai yang baik. Aspek kesantunan termasuk dalam penulisan dan pertuturan. | Makna | 09.01.2008 |
saya tidak tahu bagaimana hendak menghasilkan satu "resume" untuk saya sambung belajar ke IPTA dan mendapatkan tajaan biasiswa dari syarikat korporat sebagai contoh petronas dan MISC. saya juga memerlukan contoh "resume" seperti ini.... segera..... tolong. | Format menyediakan resume ada berbagai-bagai dan formatnya bergantung kepada tujuan dan siapakah penerimanya. Pada umumnya, format resume adalah seperti berikut : i. Nama ii. Pengalaman : persatuan, kerjaya, karya, luar negara iii. Pendidikan iv. Bahasa v. Kegiatan vi. Alamat vii. Profil : anugerah, sumbangan. | Lain-lain | 17.03.2008 |
Salam, Adakah panggilan sapaan yang sesuai bagi pegawai yang memiliki ijazah doktor falsafah ialah Yang Berbahagia? Contohnya, Yang Berbahagia Dr. Ahmad bin Salleh atau cukup sekadar Dr. Ahmad bin Salleh? | Sapaan yang lazim digunakan ialah tuan, walau bagaimanpun terdapat penggunaan sapaan YBhg. Dr. dalam amalan seharian lebih-lebih lagi jika penerimanya seorang yang berjawatan seperti Ketua Pengarah. | Lain-lain | 18.09.2011 |
Saya ingin mengetahui perbezaan penggunaan cik dan puan. Sekiranya seorang wanita itu telah bercerai atau kematian suami, adakah panggilan bertukar menjadi cik atau masih kekal sebagai puan. | Panggilan yang rasmi ialah "puan" termasuklah bagi wanita yang belum berkahwin. Walau bagaimanapun di luar urusan rasmi kita boleh menyapa dengan gelaran yang disukai oleh penerimanya sama ada puan atau cik. | Lain-lain | 13.06.2011 |
Assalamualaikum. Tuan Sulaiman Kaiat. 1. Saya ingin bertanyaan berhubung penggunaan gelaran puan atau cik bagi wanita yang telah kematian suami atau yang telah diceraikan? 2. Apakah perbezaan maksud bagi wanita yang disebut janda dan balu? Terima kasih di atas maklumbalas tuan Hisham Bin Othman @ Mohd. 28.04.2019 | Panggilan yang rasmi ialah "puan" termasuklah bagi wanita yang belum berkahwin. Walau bagaimanapun di luar urusan rasmi kita boleh menyapa dengan gelaran yang disukai oleh penerimanya sama ada puan atau cik. Janda ialah gelaran kepada perempuan yang pernah berkahwin dan sudah bercerai. Manakala "balu" ialah gelaran bagi perempuan yg suaminya sudah meninggal.
| Makna | 28.04.2019 |
Assalamualaikum, Tuan, saya ingin mengetahui panggilan yang sesuai untuk digunakan dalam surat penghargaan kepada lelaki dan perempuan. Bolehkah saya menggunakan panggilan 'Tuan' untuk kedua-dua jantina penerima atau saya perlu gunakan 'Tuan' untuk merujuk kepada penerima lelaki dan 'Puan' untuk merujuk kepada penerima perempuan? Sekian, terima kasih. | Sapaan yang betul ialah tuan bagi lelaki dan puan bagi perempuan. Walau bagaimanpun jika penerimanya ramai dan terdiri daripada lelaki dan perempuan, maka hendaklah ditulis tuan/puan. | Tatabahasa | 13.06.2011 |
Contoh: YBhg Tan Sri Mohd Sidek Hassan kini mendapat anugerah Datuk Seri Utama. Jadi bagaimana cara memberi penghormatan kepada beliau sekarang? YBhg Tan Sri, atau YABhg Tan Sri, atau YBhg Datuk Seri Utama Tan Sri, dah, tak tau lagi?? Tolong bantu, T.Kasih. Hassan | Lazimnya kita menggunakan gelaran yang tertinggi, dalam hal ini ialah YBhg Tan Sri. Walau bagaimanapun saudara perlu merujuk pejabat Ketua Setiausaha Negara kerana kita perlu mengambil kira kesukaan penerimanya sendiri sama ada hendak menggunakan gelaran YBhg Tan Sri atau gelaran YBhg Tan Sri Utama. | Lain-lain | 03.02.2011 |