Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ne.ru.san] | ڤنروسن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) mene­ruskan, pelanjutan, kelanjutan: masih ada kekecualian tertentu yg mengizinkan ~ penggunaan bahasa Inggeris; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ne.ru.san] | ڤنروسن

Definisi : perbuatan atau hal meneruskan; penyambungan; pe­lanjutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terus
1. Bersinonim dengan langsung
( lantas, tidak singgah, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan singgah

2. Bersinonim dengan bergerak
( berjalan)
(kata kerja:)
Berantonim dengan berhenti

3. Bersinonim dengan tembus
( lantas, langsung, lolos, jurus, )
(adjektif:)

4. Bersinonim dengan segera
( lalu, langsung, lantas, justeru, )
(adverba:)

5. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak sudah-sudah, berlarutan, berpanjangan, berlanjutan, bersinambungan, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan terhenti-henti

Kata Terbitan : seterusnya, berterus terang, berterusan, terus-menerus, menerusi, meneruskan, terusan, penerusan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
cabaran sastera dalam penerusan warisan

Untuk makluman saudari, sila rujuk majalah terbitan DBP khuhsusnya Majalah Dewan Sastera. Untuk membuat rujukan majalah Dewan Sastera, saudari boleh  datang ke Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) di Aras 3, Menara DBP. Sekian, terima kasih.

Lain-lain30.01.2009
Apakah perkataan yang betul dan apakah perbezaan perkataan tersebut ? 1) Perlanjutan dan Pelanjutan 2) Perlantikan dan Pelantikan Terima kasih.Dalam Pelajar Edisi Kedua, pelanjutan bermaksud perbuatan atau hal melanjutkan; penerusan manakala perlanjutan bermaksud perihal berterusan (ber­panjangan).



Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan. Tiada perkataan berlantik jika menggunakan ber= lantik yang akan menerbitkan perlantikan.Perkataan perlantikan tidak ada dalam bahasa Melayu, yang ada ialah pelantikan.
Makna30.11.2013

Kembali ke atas