Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ne.ta.pan] | ڤنتڤن

Definisi : 1. perihal menetapkan, pemas­tian, penentuan: ~ bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan; 2. perihal menetapkan (harga, keadaan, dsb); 3. pelantikan (jawatan dll), pengangkatan; 4. pelaksanaan (kewajib­an dll), penunaian (janji dll); 5. keputusan (pendapat dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ne.ta.pan] | ڤنتڤن

Definisi : perbuatan atau hal menetapkan; penentuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tetap
1. Bersinonim dengan kekal
( abadi, baqa, selama-lamanya, lestari, tidak berkesudahan, )
(adjektif:)
Berantonim dengan sementara

2. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( terus-menerus, sentiasa, selalu, tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak berkesudahan, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan terhenti-henti

3. Bersinonim dengan pasti
( tentu, tegas, mesti, wajib, tidak boleh tidak, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : menetap, menetapi, menetapkan, ketetapan, penetapan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam ceria... Sila rujuk kepada ayat berikut: Individual holds incremental mindset makes more inferences compared to individual with entity mindset. Saya menghadapi masalah untuk mengenalpasti terjemahan (1) incremental mindset (2) entity mindset Adakah sesuai kalau saya menggunakan penetapan minda perkembangan dan penetapan minda entiti/tetap? Please advise me. Terima kasih.1) Dalam data kami tiada padanan khusus bagi istilah "incremental mindset".
Walau bagaimanapun, terdapat perkataan incremental yang diterjemahkan kepada tambahan, meningkat dan tokokan manakala mindset diterjemahkan kepada penetapan minda. Oleh itu, kami memcadangkan "incremental mindset" diterjemahkan kepada "penepatan minda tambahan".


(2) Dalam data kami, tiada padanan khusus bagi istilah "entity mindset" .
Walau bagaimanapun, perkataan "mindset" diterjemahkan kepada penetapan minda
manakala "entity" diterjemahkan sebagai enititi. Oleh itu kami mencadangkan
"entity mindset" sebagai penetapan minda entiti.
Istilah24.10.2013
Bagi memaklumkan kepada pelanggan mengenai penetapan kadar harga bayaran pasport yang dikenakan, apakah maksud yang tepat atau sepatutnya. 'Kadar bayaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) bagi warga emas iaitu orang dewasa yang berumur 60 tahun ke atas dan kanak-kanak dibawah umur 12 tahun'. Apakah memadai dengan ayat tersebut yang membawa maksud, bagi orang dewasa yang mencapai umur 60 tahun dikira pada hari jadinya atau selepas sehari tarikh lahirnya dan begitu juga pada kanak-kanak yang belum mencapai umur 12 tahun pada hari tarikh lahirnya ? Apakah kategori tersebut termasuk yang telah mencapai umur pada hari jadi seseorang itu ? Mohon bantuan dan nasihat pihak Tuan dalam kadar segera, terima kasih.

Salam sejahtera,

'Kadar bayaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) bagi warga emas iaitu orang dewasa yang berumur 60 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun'. Ayat ini memadai untuk menunjukkan maksud bagi orang dewasa yang mencapai umur 60 tahun dikira pada hari jadinya atau selepas sehari tarikh lahirnya dan begitu juga pada kanak-kanak yang belum mencapai umur 12 tahun.

Lain-lain03.01.2013
tuan, Penggunaan berdasarkan atau berasaskan contoh ayat: Rayuan penetapan gaji permulaan berdasarkan atau berasaskan pengalaman.

Encik Abdul Aziz,

Ayat yang betul ialah berdasarkan pengalaman.

Tatabahasa10.06.2010
Istilah Bahasa Melayu untuk ‘Growth Mindset’Antara cadangan ialah penumbuhan penetapan mindaIstilah29.04.2020
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "setting" / "settings"? Adakah "tetapan" atau "penetapan" yang lebih sesuai digunakan? Contoh ayat: Profile Settings Mohon jawapan dari pihak DBP. Terima kasih.Salam, untuk makluman tuan padanan istilah bahasa Melayu untuk setting dalam bidang teknologi maklumat ialah pengesetan.Istilah20.08.2014
Apa istilah Bahasa Malaysia untuk "mindset"? Contohnya, mindset individu menentukan sejauh mana kerja itu dilaksanakan.Padanan bahasa Melayu bagi "mindset" ialah penetapan minda.Istilah22.10.2013
saya ingin tahu makna perjatan isbatSetakat ini, makna perjatan tidak terakam di dalam mana-mana kamus, walau bagaimana pun isbat bermaksud ketetapan, penetapan, pengukuhan, sah (tentu).Makna02.03.2007
Soalan...kenapa sistem pemenggalan waktu tidak sekata cthnya: 12-1.59 tengah hari dan 12-12.59 tengah malam? Sepatutnya diselaraskan kepada 12-12.59 untuk tengah hari dan 12-12.59 untuk tengah malam supaya sistem ini tidak mengelirukan. Terima kasih.Penetapan ini telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Istilah Semasa pada suatu ketika dahulu dengan mengambil kira pelbagai aspek. Sehingga kini tidak ada usaha untuk meminda penetapan yang telah dibuat. Pihak media juga telah menerima pakai pemenggalan waktu yang dibuat dan kita berharap perkara ini dapat diuar-uarkan kepada orang ramai bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.Tatabahasa23.08.2015
Saya ingin kepastian berkaitan penggalan waktu bagi tengah hari 12.00-1.59 ; manakala tengah malam pula 12.00- 12.59 . Mengapakah julat waktu tidak sama ? Apakah alasan pihak tuan? Sepatutnya waktu tengah hari 12.00 hingga 12.59. Ini pandangan saya sahajaPenetapan ini telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Istilah Semasa pada suatu ketika dahulu dengan mengambil kira pelbagai aspek. Sehingga kini tidak ada usaha untuk meminda penetapan yang telah dibuat. Pihak media juga telah menerima pakai pemenggalan waktu ini dan kita berharap perkara ini dapat diuar-uarkan kepada orang ramai bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.Tatabahasa23.08.2015
Saya ingin kepastian berkaitan penggalan waktu yang bagi tengah hari 12.00-1.59 ; manakala tengah malam pula 12.00- 12.59 . Mengapakah julat waktu tidak sama ? Apakah pihak tuan? Sepatutnya t tengah hari 12.00 hingga 12.59. Ini pandangan saya sahajaPenetapan ini telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Istilah Semasa pada suatu ketika dahulu dengan mengambil kira pelbagai aspek. Sehingga kini tidak ada usaha untuk meminda penetapan yang telah dibuat. Pihak media juga telah menerima pakai pemenggalan waktu ini dan kita berharap perkara ini dapat diuar-uarkan kepada orang ramai bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.Tatabahasa23.08.2015
123

Kembali ke atas