Salam ceria... Sila rujuk kepada ayat berikut: Individual holds incremental mindset makes more inferences compared to individual with entity mindset. Saya menghadapi masalah untuk mengenalpasti terjemahan (1) incremental mindset (2) entity mindset Adakah sesuai kalau saya menggunakan penetapan minda perkembangan dan penetapan minda entiti/tetap? Please advise me. Terima kasih. | 1) Dalam data kami tiada padanan khusus bagi istilah "incremental mindset". Walau bagaimanapun, terdapat perkataan incremental yang diterjemahkan kepada tambahan, meningkat dan tokokan manakala mindset diterjemahkan kepada penetapan minda. Oleh itu, kami memcadangkan "incremental mindset" diterjemahkan kepada "penepatan minda tambahan". (2) Dalam data kami, tiada padanan khusus bagi istilah "entity mindset" . Walau bagaimanapun, perkataan "mindset" diterjemahkan kepada penetapan minda manakala "entity" diterjemahkan sebagai enititi. Oleh itu kami mencadangkan "entity mindset" sebagai penetapan minda entiti.
| Istilah | 24.10.2013 |
Soalan...kenapa sistem pemenggalan waktu tidak sekata cthnya: 12-1.59 tengah hari dan 12-12.59 tengah malam? Sepatutnya diselaraskan kepada 12-12.59 untuk tengah hari dan 12-12.59 untuk tengah malam supaya sistem ini tidak mengelirukan. Terima kasih. | Penetapan ini telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Istilah Semasa pada suatu ketika dahulu dengan mengambil kira pelbagai aspek. Sehingga kini tidak ada usaha untuk meminda penetapan yang telah dibuat. Pihak media juga telah menerima pakai pemenggalan waktu yang dibuat dan kita berharap perkara ini dapat diuar-uarkan kepada orang ramai bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. | Tatabahasa | 23.08.2015 |
Saya ingin kepastian berkaitan penggalan waktu bagi tengah hari 12.00-1.59 ; manakala tengah malam pula 12.00- 12.59 . Mengapakah julat waktu tidak sama ? Apakah alasan pihak tuan? Sepatutnya waktu tengah hari 12.00 hingga 12.59. Ini pandangan saya sahaja | Penetapan ini telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Istilah Semasa pada suatu ketika dahulu dengan mengambil kira pelbagai aspek. Sehingga kini tidak ada usaha untuk meminda penetapan yang telah dibuat. Pihak media juga telah menerima pakai pemenggalan waktu ini dan kita berharap perkara ini dapat diuar-uarkan kepada orang ramai bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. | Tatabahasa | 23.08.2015 |
Saya ingin kepastian berkaitan penggalan waktu yang bagi tengah hari 12.00-1.59 ; manakala tengah malam pula 12.00- 12.59 . Mengapakah julat waktu tidak sama ? Apakah pihak tuan? Sepatutnya t tengah hari 12.00 hingga 12.59. Ini pandangan saya sahaja | Penetapan ini telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Istilah Semasa pada suatu ketika dahulu dengan mengambil kira pelbagai aspek. Sehingga kini tidak ada usaha untuk meminda penetapan yang telah dibuat. Pihak media juga telah menerima pakai pemenggalan waktu ini dan kita berharap perkara ini dapat diuar-uarkan kepada orang ramai bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. | Tatabahasa | 23.08.2015 |
Penggunaan italic bagi perkataan Inggeris: 1. Perkataan inggeris yang menerangkan maksud perkataan melayu. Cth: ...bagi tujuan membiasakan (familiarization) 2. Perkataan inggeris dalam kurungan tapi bukan menerangkan maksud perkataan melayu yang digunakan. Cth: Penetapan matriks/peranan Ketua Jabatan bagi pengesyoran dan kelulusan (User Registration Form - Part 3: Acknowledgement) Adakah kedua-dua perkataan Inggeris dalam kurungan tidak perlu italic or perlu italic? | Merujuk buku Gaya Dewan halaman 83, terdapat beberapa keadaan yang membolehkan penggunaan italik. Antaranya, judul karya seni dan penerbitan, nama sains, karya undang-undang atau ayat dalam bahasa asing, singkatan judul katalog karya yang diterbitkan, kenyataan sambungan bahan penulisan, nama khas objek khusus dan arahan pentas atau drama. Penggunaan italik hanya digunakan apabila perkataan tersebut tiada terjemahkan dalam bahasa Melayu. Penggunaan bahasa asing yang mesti diitalikkan ialah jika dalam satu baris ayat itu terdapat percampuran penggunaan bahasa antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan bahasa lain. Dalam keadaan tertentu juga jika ada bahasa Melayunya maka hendaklah kita menggunakan bahasa Melayunya dan jangan pula diitalikkan perkataan bahasa asingnya tanpa terlebih dahulu berusaha mencari padanannya dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.08.2021 |
PENETAPAN MASA YANG BETUL MENGIKUT SISTEM 12 JAM? | Adakah soalan tuan berkaitan dengan penggalan waktu? Sekiranya ya, penggalan waktu yang betul adalah seperti yang berikut: 12.00 - 1.59 tengah hari 2.00 - 6.59 petang 7.00 - 11.59 malam 12.00 - 12.59 tengah malam 1.00 - 11.59 pagi | Lain-lain | 01.09.2022 |
maksud kawalan belanjawan | Saudara, Perkataan kawalan bermaksud 1. yg dikawal; hukuman ~ hukuman yg menyekat kebebasan pergerakan seseorang; 2. usaha atau tindakan mengawal (menjaga, mengawasi): ~ keselamatan akan dilakukan di sepanjang pantai itu; ~ harga penetapan paras harga maksimum oleh kerajaan terhadap barang atau perkhidmatan asas tertentu, terutamanya semasa inflasi atau darurat; ~ kredit (Eko) kawalan yg dikenakan terhadap sistem perbankan bagi mengawal jumlah pinjaman, khususnya dlm pemberian pinjaman dan overdraf; ~ mutu pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawaian mutu yg ditetapkan; Perkataan belanjawan bermaksud 1. perhitungan banyaknya wang yg akan diterima (sbg pendapatan) dan dibelanjakan, butiran ringkas anggaran pendapatan, dan perbelanjaan: menteri kewangan bertanggungjawab menyediakan ~ negara setiap tahun; 2. peruntukan wang utk sesuatu keperluan atau utk sesuatu jangka waktu: perdebatan mengenai perincian ~ kementerian pendidikan diteruskan hari ini. Oleh itu kawalan belanjawan bermaksud kawalan terhadap belanjawan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 18.12.2009 |
Soalan...kenapa sistem pemenggalan waktu tidak sekata cthnya: 12-1.59 tengah hari dan 12-12.59 tengah malam? Sepatutnya diselaraskan supaya sistem ini tidak mengelirukan.terima kasih. | Pemenggalan waktu: i. Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59 ii. Petang - dari pukul 2.00 hingga 6.59 iii. Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59 iv. Tengah malam - dari pukul 12.00 hingga 12.59 v. Pagi - dari pukul 1.00 hingga 11.59 Untuk makluman tuan, pemenggalan waktu ini telah mantap. Penetapan ini telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Istilah Semasa pada suatu ketika dahulu dengan mengambil kira pelbagai aspek. Hal ini berkemungkinan tidak sama seratus peratus dengan bahasa Inggeris kerana tidak ada pemenggalan waktu yang jelas dalam rujukan utama bahasa Inggeris. | Tatabahasa | 23.08.2015 |
Salam sesjahtera. 1) Apakah cadangan terjemahan ini "BIODIESEL PRODUCTION FROM GREASE TRAP WASTE AND ITS PURIFICATION USING ACTIVATED BIOCHAR DERIVED FROM WOODCHIPS BIOMASS" 2) Apakah padanan yang sesuai untuk "as purifier in biodiesel production"? 3) Betulkah terjemahan ini " different residence time" -> jangka masa yang berbeza DAN "activated biochar" -> bioarang diaktifkan? Terima kasih | Kami mencadangkan padanan seperti berikut: 1) "Biodiesel production from grease trap waste and its purification using activated biochar derived from woodchips biomass": "Penghasilan biodiesel daripada penapis bahan gris dan penulenannya menggunakan bioarang teraktif hasil biojisim serpai kayu" atau "Pengeluaran biodiesel daripada alat perangkap gris dan pembersihan biodiesel karbon arang teraktif hasil biojisim serpih kayu". 2) "Purifier in biodiesel production": "Pembersih pengeluaran biodiesel" atau "penulen penghasilan biodiesel". 3) "Different residence time": "Waktu penetapan berbeza" atau "tempoh masa berbeza". 4) "Activated biochar": "Bioarang teraktif". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 22.08.2021 |
Cikgu Zuraidah 16:03 Assalamualaikum. Saya nak tahu tentang status beberaoa peribahasa yang dikatakan salah. Contoh...harapkan pagar, pagar makan padi....dikatakan pegar Melepaskan batuk di tangga....dikatakan batok Mata keranjang...dikatakan ke ranjang Mohpn DBP buat penetapan agar guru2 & pelajar tidak terkeliru & menimbulkan masalah dlm peperiksaan. T.kasih. | Pendapat baharu tentang peribahasa yang banyak dibincangkan dalam ruang maya belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada, iaitu (1) harapkan pagar, pagar makan padi; (2) melepaskan batuk di tangga; (3) mata keranjang | Lain-lain | 06.04.2017 |