pengajar | Pengajar ialah orang yang mengajar (seperti guru, pensyarah, penceramah,dll). | Makna | 28.05.2008 |
Salam Tuan. Saya ingin mendapat pandangan DBP mengenai kemungkinan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) menggunakan istilah "jurufasilatih" untuk merujuk kepada tenaga pengajar kami. Ia mengandungi maksud seseorang yang mempunyai sifat/skil kepakaran, pemudahcara dan jurulatih kerana tenaga pengajar INTAN perlu memiliki ketiga-tiga komponen tersebut. Mohon nasihat tuan. | Untuk makluman istilah pemudah cara atau fasilitator telah diterima pakai sebagai padanan untuk facilitator dan telah mantap penggunaannya. DBP juga tidak menggalakkan pemenggalan dan percantuman beberapa perkataan untuk membentuk satu istilah yang baru. | Istilah | 14.01.2011 |
mua'ddib | Muaddib: pengajar, pengasuh, pendidik. | Makna | 01.09.2009 |
APAKAH SUMBANGAN DAN KEPENTINGAN ILMU PSIKOLINGUISTIK KEPADA PENGAJAR BAHASA DAN PELAJAR BAHASA? | Terima kasih atas soalan saudara, sila rujuk bahan ini : 1. Aplikasi psikolinguistik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa | Zulkifley Hamid | PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. | 2006 |
| Lain-lain | 12.04.2008 |
Apakah terjemahan yang betul bagi driving instructor? Adakah ia 'Guru Memandu'? Terima Kasih. | Untuk makluman, tidak ada istilah khusus dalam pangkalan data kami untuk driving instructor. Walau bagaimanapun, istilah untuk instructor ialah jurulatih atau pengajar. Oleh itu, padanan istilah bahasa Melayu yang kami cadangkan ialah jurulatih memandu atau pengajar memandu. | Istilah | 20.07.2011 |
Saya sedang membuat kajian berkaitan penilaian kurikulum. Saya menggunakan 'participants-oriented approach'. 'Participants' dalam konteks kajian saya ialah mereka yang terlibat secara langsung dalam perlaksanaan kurikulum iaitu pengajar, pelajar dan pentadbir. Pertanyaan saya ialah bolehkan saya terjemahkan 'participants' kepada 'partisipan'. Sekiranya ia diterjemahkan 'participants' kepasa 'peserta' ia akan membawa maksud yang lain. Peserta bermaksud mereka yang mengikut kursus atau program. Sekiranya saya menggunakan perkataan peserta, konteks kajian saya telah berubah. Mohon pandangan tuan. Terima kasih. | Istilah "partisipan" tidak terdapat dalam bahasa Melayu dan tidak boleh digunakan. Pada pandangan kami, istilah yang sesuai dalam konteks ini ialah responden. Dalam Kamus Dewan edisi keempat, "responden" bermaksud orang yang memberikan maklumat (menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dan sebagainya) dalam sesuatu kegiatan kaji selidik. | Istilah | 13.02.2013 |
perbezaan guru dengan pendidik | Pendidik dan guru membawa maksud yang sama iaitu Guru bermaksud orang yang mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh manakala Pendidik bermaksud orang yang mendidik atau guru. | Lain-lain | 29.12.2007 |
1. Bolehkah istilah 'Master Trainer' digunakan secara terus sebagai nama khas kepada sesuatu kelayakan khusus. 2. Apakah perkataan paling sesuai diberikan kepada perkataan 'trainer', jika ia merujuk kepada tenaga pengajar kepada seorang jurulatih. | Istilah Master Trainer belum ada dalam sumber rujukan kami. Dalam bidang pendidikan terdapat istilah master teacher dan diterjemahkan kepada guru ahli/guru utama. Oleh itu, kami mencadangkan padanan istilah Master Trainer dalam bahasa Melayu ialah Jurulatih Utama. | Istilah | 16.11.2011 |
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi "instructur" dalam bahasa Melayu? (Merujuk kepada orang yang bertanggungjawab menunjuk ajar cara-cara mengunakan alat senaman bina badan kepada ahli di gimnasium) | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan instructor ialah pengajar atau jurulatih. | Istilah | 23.09.2007 |
assalamaualaiku. 1.Apakah nama yang sesuai dalam Bahasa Melayu bagi orang yang menjadi instruktors?atau adakah sesuai kita gunakan juru pandu senamrobik?byukankah instruktors itu dalam Bahasa Inggeris? 2.Apakah nama perkataan sesuai untuk untuk Bahasa Melayu bagi orang yang berdiri di hadapan memimpin koir,atau memimpin nyanyian@kumpulan muzik | 1. Padanan instruktor dalam bahasa Melayu ialah pengajar atau jurulatih. Jika yang berkaitan akademik dan kemahiran "pengajar" lebih sesuai digunakan, manakala yang berkaitan dengan kecergasan dan kesukanan "jurulatih" yang digunakan. 2. Pemimpin kumpulan koir atau pemimpin dan pemimpin kumpulan muzik. | Tatabahasa | 05.07.2012 |