Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.kap] | ڤڠاکڤ

Definisi : 1. peronda, peninjau; 2. pandu laki-laki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.kap] | ڤڠاکڤ

Definisi : 1 pasukan peronda; peninjau. 2 anggota pertubuhan pandu lelaki (pertubuhan yg ditubuhkan utk membentuk watak, tatatertib dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengakap


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat petang. 1. Pengakap-pengakap sedang berkawad di padang. 2. Pengakap-pengakap sedang berkawad kaki di padang. mana satu ayat yang lebih elok? Terima kasih.Ayat yang lebih gramatis: Pengakap-pengakap sedang berkawad di padang.Tatabahasa05.08.2015
Beza istilah "penarafan" dan "pentarafan". Penggunaan istilah yang betul: "Kem Pentarafan Pengakap Raja" atau "Kem Penarafan Pengakap Raja" Penggunaan istilah yang betul: "Pentaraf Pengakap Raja" atau "Penaraf Pengakap Raja"
Menurut data kami, istilah yang betul ialah penarafan iaitu perihal atau perbuatan menarafkan: ~ dibuat ber­dasarkan kriteria tertentu. Oleh itu, frasa yang sesuai ialah Kem Penarafan Pengakap Raja.
Lain-lain23.03.2017
Yang mana betul? a. baju melayu atau baju Melayu b. baju kebaya atau baju Kebaya c. pengakap atau Pengakap d. Tunas Puteri atau tunas puteri e. Persatuan Bulan Sabit Merah atau persatuan bulan sabit merah f. pengerusi atau Pengerusi g. setiausaha atau Setiausaha h. Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Dalam buku teks BM SJK (C) tahun 5 wujudnya ayat berbunyi: ......sekolah saya mempunyai Taman Sains, Makmal Komputer........... Soalan saya: Mengapa Taman Sains, Makmal Komputer ditulis dalam huruf besar? Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah: a. baju Melayu  b. baju kebaya  c. Pengakap  d. Tunas Puteri  e. Persatuan Bulan Sabit Merah   f. pengerusi    g. setiausaha   h.  Bahasa Malaysia (subjek)  i. Taman Sains, Makmal Komputer - nama khas ditulis dengan huruf besar. Tatabahasa07.01.2011
Setiap Pengakap di peringkat negeri mempunyai ketua pengakap yang berjawatan Ketua Pesuruhjaya Negeri. Di peringkat negara diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara yang rata-rata nemggunakan National Chief Commissioner dalam bahasa Inggeris. Soalan: Apakah perkataan yang sesuai untuk Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dalam bahasa Inggeris? Adakah State Chief Commissioner atau Chief State Commissioner? Terima Kasih.Salam sejahtera,

Tuan,

Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka hanya memberi nasihat bahasa untuk bahasa Melayu sahaja.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain29.04.2018
Ahli pengakap akan berkumpul di padang atau di gelanggang bola keranjang? Ahli pengakap akan berkumpul di padang atau gelanggang bola keranjang? Kedua-dua ayat ini adalah daripada 2 ayat tunggal kepada ayat majmuk meggunakan kata hubung 'atau'. Adakah kedua-dua ayat boleh diterima?Jawapan yang lebih tepat: Ahli pengakap akan berkumpul di padang atau di gelanggang bola keranjang?Tatabahasa02.07.2015
Seorang pengakap ditugaskan menyalakan api untuk ... air menjerang atau merebusKedua-dua perkataan menjerang dan merebus air boleh digunakan.Tatabahasa02.09.2013
1.Ayat yang manakah betul : a. Kedua-dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. b. Dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. 2.Apakah perkataan berlawan bagi "bimbang". Tenang atau yakin. 3.Ayat manakah yang betul. a. Kita hendaklah patuh pada undang-undang. b. Kita hendaklah patuh kepada undang-undang. Sekian, terima kasih.

Saudara,

1. Ayat yang betul ialah "kedua-dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. 2.   Makna perkataan bimbang ialah 1 (berasa) tidak tetap hati atau ragu-ragu: Dia masih ~ ttg kejujuran orang muda itu. 2 (berasa) gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu; (berasa) takut akan berlakunya sesuatu: Oleh sebab Muhammad masih juga ~ ttg wahyu yg diterimanya, maka Khadijah memujuknya. berbimbang berasa bimbang. membimbangkan menyebabkan menjadi bimbang; mengkhuatirkan: Kelakuan anaknya itu sungguh-sungguh ~ hatinya. kebimbangan keadaan atau rasa bimbang; keraguan; kecemasan. Berdasarkan makna "bimbang", maka kata lawannya yang sesuai ialah yakin.

Makna yakin ialah betul-betul percaya (tentang kebenaran, kemampuan, dll sesuatu atau seseorang), tidak ragu-ragu (syak-syak) lagi, pasti benar: dia masih tetap ~ bahawa jalan yg ditempuhnya bukanlah jalan yg salah; mengetahui dgn ~ akan arah kiblat; kami ~ dia akan berjaya dlm pertandingan itu; berkata dgn ~ berkata dgn sungguh-sungguh; meyakini 1. yakin (akan), mempercayai benarbenar (akan): setelah ~ bahawa tidak ada orang yg mengintip, barulah dia membuka peti itu; dia ~ kesanggupannya melawan musuh; 2. = meyakin-yakini menyelidikidsb supaya yakin; 3. menaruh keyakinan pd; meyakinkan 1. menyaksikan sendiri supaya yakin, mengesahkan sendiri, menentukan: dia hendak ~ sendiri apakah adiknya ada terlibat dlm perkara itu; 2. menyebabkan yakin, menjadikan yakin: mereka tidak membawa apa-apa senjata utk ~ orang Mekah bahawa kedatangan mereka bukanlah kerana hendak berperang; 3. dgn bersungguh-sungguh (membuat sesuatu), tidak main-main, serius: pelukisan masyarakat dlm kesusasteraan yg bercorak sejarah kurang ~ kerana diselingi dongeng- dongeng daerah; 4. menimbulkan keyakinan: hujah yg ~; keyakinan perihal yakin, kepercayaan yg sungguh-sungguh, kepastian, kesungguhan, ketentuan: kita akan menjalankan semula kewajiban kita dgn penuh ~ bahawa Allah akan menjayakan cita-cita kita; berkeyakinan mempunyai keyakinan, mempercayai benar-benar: ia ~ bahawa ayah dan ibunya selamat; ~ dlm apa jua bidang; ketidakyakinan perihal (sikap, pendirian, dsb) tidak yakin: ~ terhadap kemampuan bahasa Melayu wujud dlm masyarakat yg mendapat pendidikan Inggeris.

Tatabahasa23.10.2010
Adakah ayat ini betul? Pasukan pengakap itu membuat khemah bersama-sama untuk berehat.Ayat yang lebih tepat: Pasukan pengakap itu membuat khemah untuk berehat. Penggunaan perkataan "pasukan" sudah menunjukkan kata jamak dan tidak perlu mengulangi kata tersebut melalui kata "bersama-sama".Tatabahasa17.07.2018
Adakah ayat berikut betul? Para pengakap mendengar taklimat tentang peraturan perkhemahan dan langkah-langkah keselamatan di hutan yang disampaikan Cikgu Rosli.Para pengakap mendengar taklimat tentang peraturan perkhemahan dan langkah-langkah keselamatan di hutan yang disampaikan Cikgu Rosli. Ayat ini betul.Tatabahasa06.05.2015
Seorang pengakap menjinjing air dari sungai yang berdekatan. Adakah penggunaan kata menjinjing tepat dalam ayat ini.

Perbuatan menjinjing air adalah mustahil. Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 

Seorang pengakap menjinjing baldi yang berisi air dari sungai yang berdekatan.

Makna23.04.2009
12

Kembali ke atas