saya ingin menegtahui jika pihak Dewan Bahasa boleh membantu dalam membuat pengalihan bahasa ke dalam bahasa Melayau untuk ayat berikut : A Brilliant Career Starts Years before your First Day At Work Terima Kasih | Cadangan terjemahan ialah Kerjaya yang cemerlang bermula sebelum anda mula bekerja. | Istilah | 07.04.2009 |
Assalamualaikum/Salam Sejahtera. Saya Azliza Zulaikha Ibrahim, mewakili Bahagian Planetarium Terengganu,ingin mendapatkan maklumat berkaitan dengan pengalihan bahasa daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Pihak kami ingin menterjemahkan filem astronomi ke dalam Bahasa Melayu tetapi tidak mengetahui jabatan mana yang menyediakan perkhidmatan alih bahasa. Dan kami mendapat maklumat bahawa pihak DBP menyediakan perkhidmatan tersebut. di harap pihak tuan dapat memberi penjelasan ditil berkaitan hal ini. Kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. | Sila berhubung dengan Insitut Terjemahan Negara Malaysia, telefon 03-41497210 untuk mendapatkan khidmat terjemahan daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 26.02.2008 |
8 hours ago Suhaimi Suradi Salam hormat. Sekadar ingin memberi saranan. Saya rasa ada manfaatnya sekiranya pihak dbp melaburkan masa dan tenaga untuk mengusahakan penggunaan bahasa melayu dalam apps word lens...aplikasi ini membolehkan pengalihan bahasa secara real time.... Semoga bahasa Melayu terus maju dan berkembang. Ameen. | Terima kasih atas saranan yang diberikan. Perkara ini akan dikemukakan kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.05.2014 |