Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngam.bi.lan] | ڤڠمبيلن

Definisi : 1. perbuatan (usaha, cara, dsb) mengambil, pemungutan, pengutipan: kita terpaksa menambah ~ orang-orang baru; 2. pendapat, pengetahuan; sepanjang ~ saya sepanjang pengetahuan saya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngam.bi.lan] | ڤڠمبيلن

Definisi : perbuatan atau hal mengambil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengambilan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Minggu Info, pengambilan 2018Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/gegantung/kain rentang/papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my ,
kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/papan premis perniagaan anda.
Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.
Lain-lain04.01.2018
salam tuan, bilakah pengambilan munsyi dewan 2017 akan diiklankan?, mohonlah pihak DBP usahakan mencari penaja/peruntukan bagi pengambilan munsyi dewan 2017. Tidak perlulah pemohon/calon mengeluarkan kos. selayaknya munsyi dewan dihargai kerana memperjuangkan bahasa melayu.Kami ambil maklum cadangan tuan. Dalam hal ini pihak yang berwenang telah mengambil kira pelbagai aspek untuk melaksanakan program Munsyi Dewan dan perancangan yang dipilih berkemungkinan langkah paling praktikal pada masa ini.Lain-lain12.09.2017
Minta BDP menterjemahkan "Employee Engagement Department" jika ada terjemahan lain selain dari Jabatan Pengambilan Pekerja kerana Jabatan tersebut telah digunakan untuk "Recruitment Department"

Untuk makluman, terjemahan untuk "Employee Engagement Department" ialah Jabatan Pengambilan Pekerja. Dalam pangkalan data kami, padanan bahasa Melayu untuk istilah engagement dan recruitment ialah pengambilan.

Lain-lain05.05.2011
salam sajahtera, Adakah penggunaan ayat berikut sesuai atau kurang sesuai pengunaan struktur ayatnya."PENGAMBILAN JANUARI KINI DIBUKA"Ayat yang betul ialah "PENGAMBILAN PELAJAR BULAN JANUARI KINI DIBUKA".Tatabahasa25.01.2011
Assalamualaikum. Saya ingin memohon pengambilan Munsyi Dewan (Bahasa) 2018.Bidang pengajian pendidikan awal kanak-kanak (Sarjana muda) bidang pengurusan pendidikan(sarjana) bidang pengajian saya di maktab perguruan sandakan(pendidikan awal-kanak-kanak / Bahasa Melayu sekolah rendah.soalan saya adakah saya berkelayakan untuk memohon pengambilan Munsyi dewan ini.Bagaimana caranya.Sekian terima kasihWaalaikumsalam. Pertamanya kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih tentang hasrat dan minat puan untuk menjadi Munsyi Dewan. Sehubungan itu, bagi mendapatkan maklumat yang tepat berhubung tatacara untuk memohon menjadi Munsyi Dewan, puan diminta menghubungi Encik Mohd. Jusoh bin Majid menerusi talian telefon: 03-21470210/019-2744848 atau menerusi e-mel: jusoh@dbp.gov.my.

Sekian.
Lain-lain21.03.2018
Salam sejahtera! 1. Pada/Dalam era globalisasi, pengambilan makanan segera telah menjadi suatu kebiasaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam ayat ini, penggunaan pada/dalam yang sesuai? Bagaimana pula dengan pada/dalam zaman moden? Terima kasih!1. Pada era globalisasi, pengambilan makanan segera telah menjadi suatu kebiasaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan frasa sendi nama yang menunjukkan keterangan waktu.Tatabahasa17.07.2012
salam sejahtera tuan. Saya perlukan kepastian tentang struktur bahasa berikut: (PENGAMBILAN JANUARI KINI DI BUKA) Adakah struktur ayat berikut betul/salah. Kalau ada kesilapan, bagaimanakah struktur ayat yang sepatutnnya dengan makna yang sama.Ayat yang betul ialah 'Pengambilan pelajar bulan Januari kini dibuka'.Tatabahasa09.01.2011
Padanan terjemahan yang paling sesuai bagi perkataan "required" dalam iklan pengambilan pekerja, sama ada "dikehendaki" atau "diperlukan". Mohon pandangan dan penjelasan. Terima kasih.Salam sejahtera,

Perkataan "required" membawa maksud dikendaki atau diperlukan mengikut kesesuaian konteks ayat.
 
Contohnya,  ayat "An English teacher required here" bermaksud Seorang guru bahasa Inggeris diperlukan di sini. 

Namun begitu, untuk konteks yang berbeza, contohnya "Those who are interested to apply for this position required to bring along their resume" bermaksud Sesiapa yang berminat untuk memohon jawatan ini dikehendaki membawa resume mereka.

Kesimpulannya, terjemahan perkataan "required" dalam iklan pengambilan pekerja bergantung kepada konteks ayat.
Terima kasih.



quality or skill 
required
, kelayakan: he has all the ~s to be a good politician, dia mempunyai semua kelayakan utk menjadi ahli politik yg baik; 
Makna09.02.2018
(i) Kami berjalan-jalan di taman bunga itu selama dua jam. (ii) Badannya akan sihat selagi dia menjaga pengambilan makanan. Untuk ayat (i) & (ii) apakah jenis ayat majmuk? (a) Ayat Kata hubung pancangan keterangan atau (b) Ayat Kata hubung gabunganKami berjalan-jalan di taman bunga itu selama dua jam. Badannya akan sihat selagi dia menjaga pengambilan makanan. Kedua-dua ayat tersebut ialah ayat majmuk keterangan.Tatabahasa16.11.2015
ASSALAMUALAIKUM , PERTANYAAN MENGENAI PENGAMBILAN PELAJAR BAGI LATIHAN INDUSTRI. ADAKAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA CAWANGAN WILAYAH UTARA MENGAMBIL PELAJAR UNTUK MENJALANI LATIHAN INDUSTRI UNTUK BULAN MEI 2017 INI ? JIKA YA, APA PROSEDUR YANG PERLU DILAKUKAN ? TERIMA KASIHWaalaikumussalam
Sebarang pertanyaan mengenai latihan industri di DBP, tuan/puan boleh berhubung dengan Bahagian Sumber Manusia untuk maklumat lebih lanjut melalui talian 03-2147 9336 (Puan Fairus)
Sekian terima kasih
Lain-lain17.04.2017
123456

Kembali ke atas