maksud Sistem pengangkutan awam yang cekap dari perspektif sosial, ekonomi dan perdagangan (business) | Sistem pengangkutan awam yang cekap bermaksud sistem pengangkutan awam seperti bas, kereta api, komuter, teksi dan PUTRA yang mampu menyediakan perkhidmatan yang terbaik, mesra dan menepati masa. Dari segi sosial, sistem pengangkutan awam mampu memberi perkhidmatan bagi memenuhi keperluan masyarakat, manakala dari segi ekonomi dan perdagangan, sistem pengangkutan awam mampu menyediakan prasarana dalam jaringan pusat pertumbuhan ekonomi seperti kilang, pelabuhan, kewangan dan pasaran. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku-buku yang berkaitan. | Makna | 11.08.2008 |
mengenai pengangkutan. Saya perlu 'mengambil' disini atau saya perlu 'menaiki' bas disini. | Ayat kedua,iaitu 'Saya perlu menaiki bas di sini' adalah betul. | Tatabahasa | 20.12.2007 |
Pengurus syarikat pengangkutan yang pecah amanah itu telah pun dipecat daripada jawatannya. Adakah penggunaan frasa 'telah pun' betul? Jika salah, mengapakah salah? | Penggunaan frasa telah pun yang betul. | Tatabahasa | 17.09.2012 |
Definisi/maksud pengangkutan awam menurut kamus dewan. | Sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas, dan kereta api yang boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan. | Makna | 04.04.2013 |
Untuk makluman, Institut Latihan Pengangkutan Laut (ILPL) atau dalam Bahasa Inggerisnya Maritime Training Institute (MATRAIN) adalah sebuah insitut latihan di bawah Jabatan Laut Malaysia (JLM). Dalam hal ini, JLM berhasrat untuk menggunapakai nama Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) memandangkan institut ini telah dikenali di peringkat antarabangsa sebagai ASEAN Regional Training Centre. Sebagai tambahan penggunaan nama MATRAIN adalah lebih menarik (catchy) dan ianya sebagai salah satu usaha untuk menjenamakan semula institut ini. Sejajar di atas, kerjasama dan bantuan tuan adalah dipohon untuk memberi pengesahan berhubung perkara ini sama ada penggunaan nama Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) boleh digunapakai atau sebaliknya. Perhatian dan maklum balas segera tuan berhubung perkara ini amat dihargai. | Kami cadangkan kekalkan nama yang telah mantap Institut Latihan Pengangkutan Laut (ILPL) dan untuk tujuan antarabangsa boleh menggunakan dalam bahasa Inggeris Maritime Training Instute (MATRAIN) | Lain-lain | 08.07.2019 |
1.'SUSTAINABLE TRANSPORTATION' ATAU PENGANGKUTAN MAMPAN APA KAH MAKNANYA DALAM ISTILAH BM. 2.MAPAN ATAU MAMPAN MINTA PERJELASAN PERBEZAAN | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yg baik (bkn ekonomi, pembangunan dsb).Oleh itu, pengangkutan mampan ialah sistem pengangkutan yang mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik. | Makna | 19.12.2010 |
Pohon pencerahan tuan berkenaan 'Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu' atau 'Jabatan Pengangkutan Jalan Terengganu' dalam Bahasa Inggeris. Terima kasih atas jawapan. | DBP menyediakan perkhidmatan penyemakan hasil terjemahan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu sahaja dan bukan sebaliknya. | Lain-lain | 24.02.2014 |
pengangkutan awam ialah kata majmuk ke? ibu bapa ialah kata majmuk atau merupakan frasa nama seperti pinggan mangkuk? | Pengangkutan awam dan pinggan mangkuk ialah kata majmuk, manakala ibu bapa ialah frasa nama. | Tatabahasa | 09.05.2012 |
Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan sedang menjalankan pemeriksaan kenderaan di Jalan Utama. Munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TK tunjuk ajar munsyi. | Ayat Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan sedang menjalankan pemeriksaan kenderaan di Jalan Utama betul. | Tatabahasa | 18.05.2012 |
I.Pemulaun II.Pengesyoran III.Pengangkutan IV.Pembungkusan. Soalan : Yang manakah kata dasarnya terdiri drp KN?? bagaimana nak kenal pasti?? TQVM DBP | 2. Pengesyoran, 3. Pengangkutan dan 4. Pembungkusan. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tesaurus Bahasa Melayu Dewan. | Tatabahasa | 29.05.2011 |