| Apakah perbezaan antara 'pengantara' dengan 'perantara'. Konteks: 'Mediator' yang menjadi orang tengah untuk membantu dua pihak yang bertelagah untuk mencapai kata putus dalam sesuatu kes (perundangan). | Pengantara dan perantara mempunyai maksud yang sama iaitu orang tengah, pendamai, dan pelerai. Malaysia menggunakan istilah pengantara bagi mediator (yang menjadi orang tengah untuk membantu dua pihak atau pihak-pihak yang bertelagah untuk mencapai kata putus dalam sesuatu kes perundangan) tetapi Indonesia menggunakan istilah perantara. | Istilah | 29.04.2011 |
| Salam, Boleh saya tahu perbezaan maksud 'perantara' dan 'pengantara' serta konteks penggunaan kedua-duanya? Terima kasih. | Menurut data kami, perkataan perantara membawa maksud orang tengah, penghubung (dalam perundingan dan lain-lain): dia hanya berlaku sebagai ~ dalam perselisihan saya dengan Leman. (Kamus Dewan Edisi Keempat) manakala pengantara bermaksud 1. perihal mengantarai (bertindak sebagai orang tengah): dalam pertikaian antara Malaysia dgn Indonesia diminta ~ dari negeri Siam; 2. penghubung (antara dua orang dan lain-lain): saya kirim surat ini dengan ~ kawan saya; 3. = dengan ~ dengan jalan, melalui: kursus itu diberikan dengan ~ radio; 4. ark hubungan (pertalian, pergaulan): ~ dgn majikannya sudah kurang baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)Sehubungan dengan itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana membawa maksud hampir sama. | Makna | 12.08.2018 |
| Dari sudut pandang imbuhan/pembentukan kata, manakah yang betul? 'bas perantara' atau 'bas pengantara'? Adakah kedua-duanya merupakan bentuk yang diterima? | Padanan "feeder bus" dalam bahasa Melayu ialah "bas pengantara/bas antara". | Istilah | 10.04.2022 |
| Saya ingin bertanya tentang penggunaan istilah “mediator” dalam tajuk tesis. “Perkongsian Pengetahuan sebagai Mediator.” Adakah penggunaan perkataan mediator ini diterima dalam bahasa Melayu, atau lebih sesuai digantikan dengan istilah perantara? terima kasih atas pandangan pihak tuan/puan. | Untuk makluman puan, istilah 'mediator' ialah istilah bahasa Inggeris yang bermaksud pengantara/orang tengah, menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan (1997). Sehubungan dengan itu, padanan bagi istilah mediator dalam bahasa Melayu ialah pengantara atau orang tengah. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 17.10.2025 |