PENGGUNAAN BAHASA 1) PENGANTARAAN ATAU PENGANTARAN 2) PENGHANTARAAN ATAU PENGANTARAAN SOALAN TWITTER DBP | Antara semua perkataan yang disoal, hanya perkataan PENGANTARAAN yang mempunyai maksud iaitu perbuatan (hal, cara dan sebagainya) mengantarai atau hal yang memisahkan dua benda dan lain-lain.
| Tatabahasa | 18.01.2018 |
Manakah yang betul penggunaan 'mediating factor' ke dalam bahasa melayu, sama ada faktor perantaraan atau faktor pengantaraan? | Penggunaan yang betul untuk "mediating factor" dalam bahasa Melayu ialah pengantaraan.
| Makna | 22.05.2017 |
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar | Sila rujuk bahan ini : 1. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan Asean dan masyarakatserumpun | Ungku Zaman Mohd Tahir | Jurnal Dewan Bahasa | 01/12/1992 | Lain-lain | 02.02.2008 |
Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang maksud Parental Mediation dalam istilah bahasa melayu. Hal ini sedemikian kerana saya agak keliru dengan penggunaan perkataan tersebut apabila diterjemahkan dalam bahasa melayu iaitu pengantaraan ibu bapa. Saya amat memerlukan defini tersebut untuk memudahkan saya melakukan projek tahun akhir saya di universiti. Sekian. Terima kasih. | Untuk makluman, "parental mediation" tidak ada dalam pangkalan data istilah DBP. Oleh itu, kami tidak dapat memberikan maksud atau definisi istilah tersebut. | Istilah | 05.10.2016 |
Tuan/Puan, Apakah terjemahan Bahasa Malaysia yang sesuai bagi "Capitalisation of Weapons Systems"? Terma tersebut digunakan untuk ayat berikut: "Pengasasan semula KDNK telah mengambil kira saranan Sistem Akaun Negara 2008 (2008 SNA) iaitu menambah baik penyusunan Perkhidmatan Pengantaraan Kewangan Yang Diukur Secara Tidak Langsung (FISIM) serta Capitalisation of Weapons Systems dan Penyelidikan & Pembangunan (R&D)." Sekian, terima kasih. Rafliza Ramli Kementerian Kewangan Malaysia. | Capitalisation ialah permodalan. Kami cadangkan Capitalisation of Weapons Systems diterjemahkan kepada Permodalan Sistem Senjata, jika terjemahan tersebut sesuai dengan konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 31.07.2012 |
Merujuk kepada maklum balas pihak tuan bertarikh 4 Oktober 2017, bersama-sama ini disertakan cadangan dalam Bahasa Melayu bagi istilah Bahasa Inggeris yang berikut untuk perhatian tuan selanjutnya. i) suppressor variable : pemboleh ubah penekan (dalam konteks statistik, pemboleh ubah ini berfungsi untuk menekan (suppress) varians yang tidak berkaitan dalam pemboleh ubah tidak bersandar. Hasilnya, suatu perhubungan sifar atau menghampiri sifar dapat dilihat antara pemboleh ubah penekan dengan pemboleh ubah bersandar. Selain itu, pemboleh ubah penekan turut mempunyai hubungan linear dengan satu atau lebih pemboleh ubah tidak bersandar. Pemboleh ubah penekan ini turut tergolong dalam kelompok pemboleh ubah tidak bersandar dalam model regresi linear pelbagai. ii) reciprocal suppression : tekanan timbal-balik iii) inconsistent mediation : pengantaraan tidak konsisten iv) bias-corrected confidence interval : selang keyakinan pesongan-dibetulkan v) negative suppression: tekanan negatif Adalah diharapkan agar pihak tuan dapat membantu dalam terjemahan istilah tersebut. Bantuan dan kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. | Disampaikan maklumat yang dilampirkan untuk makluman dan perhatian tuan selanjutnya. Terima kasih. | Istilah | 06.10.2017 |
Tuan Salam Sejahtera Dimaklumkan bahawa saya sedang membuat kajian selidik berkenaan dengan hubungan mediation (model mediation) yang melibatkan 2 mediator. Melalui tinjauan literature, sesetangah journal dalam bahasa melayu telah menggunakan terus perkataan "mediation; mediator; model multiple mediation" tanpa translate kepada "pengantara". Boleh saya dapatkan jasa baik pihak tuan dalam perkara ini. Adakah boleh atau sesuai jika saya menggunakan terus perkataan mediation/mediator dalam karya penulisan saya ? Memandangkan penggunaan perkataan mediation lebih jelas dan senang difahami dalam penganalisisan. Sekian, terima kasih. | Dalam penghasilan jurnal bahasa Melayu, tuan digalakkan menggunakan bahasa Melayu yang betul dan tiada penggunaan percampuran dengan bahasa lain. Dalam data kami, "mediation" diterjemahkan kepada usaha damai atau pengantaraan manakala mediator ialah pengantara. | Tatabahasa | 29.08.2013 |