Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngan.ta.ra.bang.sa.an] | ڤڠنتارابڠساءن

Definisi : perbuatan (proses) mengantarabangsakan: wujudnya peluang ekonomi yg semakin banyak akibat pemba­n­gunan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngan.ta.ra.bang.sa.an] | ڤڠنتارابڠساءن

Definisi : perihal atau usaha mengantarabangsakan: ~ bahasa Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengantarabangsaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud pengantarabangsaan, mitos, dan lagenda

Takrifan kata pengantarabangsaan, mitos, dan legenda  mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat:

1. Pengantarabangsaan: sesuatu perbuatan (proses) mengantarabangsakan. Contoh ayat; wujudnya peluang ekonomi yang semakin banyak akibat pemba­n­gunan dan pengantarabangsaan.

2.  Mitos: 1. cerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg mengandungi unsur­-unsur konsep atau kepercayaan tentang se­jarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam, dsb; 2. cerita tentang seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau direka-reka, dongeng; memitoskan 1. menjadikan sesuatu (kisah, cerita dsb) sbg mitos: beliau mematikan watak Raden Kelang dgn ~ bahawa putera raja yg masih muda ini terbunuh di Kampung Keling; 2. mendewa-dewakan seseorang: mereka berjaya juga mengurangkan aspek yg ~ tokoh-tokoh tersebut; kemitosan perihal (keadaan, sifat) mitos: penjelasan yg meyakinkan wujudnya ~sumpahan tersebut; pemitosan perihal memitoskan: ada obsesiutk menemukan akar, nostalgia dan akhir-nya ~ tanah asal yg telah hilang

3. Legenda:1. cerita dongeng yg bersangkutan dgn kisah-kisah yg bersejarah; 2. petunjuk atau kata-kata keterangan tentang sesuatu (spt peta, carta, ilustrasi, dll).

 

 

Makna23.02.2009
apakah peranan DBP dalam pengantarabangsaan bahasa melayu? bagaimanakah caranya? apakah peranan MABM? peranan pihak-pihak kerajan?Sumbangan DBP dalam pembinaan bahasa Melayu telah bermula  selepas penubuhannya pada tahun 1956. DBP telah membina kosa kata untuk kamus dan istilah dalam pelbagai bidang, membuat penyelidikan bahasa Melayu, membuat perancangan bahasa seperti sistem ejaan dan tatabahasa, sebutan baku, dan menerbitkan buku dalam pelbagai  bidang ilmu bagi menyebarluaskan bahasa Melayu. DBP juga turut menyebarkan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa khususnya melalui MABM. Sila rujuk laman web DBP dan Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk mendapatkan  maklumat lanjut. Lain-lain27.12.2008
apakah implikasi penggunaan bahasa inggeris terhadap usaha pengantarabangsaan bahasa melayu?Penggunaan bahasa Inggeris tidak akan terjejas dengan usaha mengantarabangsakan bahasa Melayu kerana penggunaan bahasa Inggeris itu sudah meluas. Sememangnya kerajaan mengutamakan penggunaan bahasa Melayu tetapi kerajaan turut menggalakkan kita mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua yang perlu dikuasai untuk berkomunikasi di peringkat antarabangsa.Lain-lain21.08.2006

Kembali ke atas