Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngan.tin] | ڤڠنتين

Definisi : orang yg sedang menjalani isti­adat perkahwinan, mempelai: maka disambut oranglah ~ itu dibawa naik; ~ baru orang yg baru berkahwin; senapang ~ sj senapang yg berlaras dua; berpengantin 1. menjadi pengantin; 2. merayakan istiadat perkahwinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngan.tin] | ڤڠنتين

Definisi : ; kembang ~ Id sj tumbuhan (pokok renek), Nyctanthes arbortristis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngan.tin] | ڤڠنتين

Definisi : orang yg sedang menjalani istiadat perkahwinan; mempelai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pengantin (kata nama)
Bersinonim dengan mempelai, raja sehari, kemanten.,

Puisi
 

Beras basah mari taburkan,
     Pengantin diarak gelak ketawa;
Puas sudah hamba hiburkan,
     Hati rindu terkenang jua.


Lihat selanjutnya...(13)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong mengesahkan perkataan "GALERI PENGANTIN" adalah betul bagi papan iklan galeri pengantin saya. terima kasih.Perkataan GALERI PENGANTIN adalah betul. Sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk kelulusan iklan.Tatabahasa18.07.2013
FITRAH PENGANTIN ENTERPRISEUntuk pengesahan iklan, sila klik portal www.dbpsahbahasa.my melalui carian Google (Chrome).Penyemakan dan penterjemahan05.06.2017
Minta bantuan ejaan jawi untuk : 1) BUTIK PENGANTIN 2) STUDIO1) BUTIK PENGANTIN = بوتيک ڤڠنتين

2) STUDIO = ستوديو
Lain-lain01.01.2020
Yang manakah ayat yang betul? 1.(a)Baju itu diubah untuk dijadikan baju pengantin. (b)Baju itu diubah untuk menjadikan baju pengantin. 2.(a) Baju itu dicuci untuk dipakai semula (b) Baju itu dicuci untuk memakai semulaKesemua ayat teersebut tidak salah dari segi bahasa. Walau bagaimana pun ayat yang terbaik ialah Ayat 1(a) dan 2(a) Makna30.10.2017
Adakah penggunaan frasa 'terlalu rupawan pengantin perempuan itu' betul? Jika salah, mengapakah salah?

Saudara Tammychong,


Frasa 'terlalu rupawan pengantin perempuan itu' penggunaan ayatnya adalah betul.

Tatabahasa17.09.2012
1)Puan Kamariah membeli sebiji kek berperisa/berperasa coklat di kedai kek. yang manakah yang betul, berperisa atau berperasa 2) kedua-dua pengantin atau kedua-dua orang pengantin? yang manakah yang betul? 3)seekor lembaga atau satu lembaga??? 4)bagaimana cara untuk kita mengenal pasti penggunaan partikel pun sama ada serangkai atau jarak? contohnya kalaupun atau kalau pun???mana yang betul?? 5) "senantiasa" "sentiasa". yang mana yang paling tepat??1. Kek berperisa coklat.
2. kedua-duanya betul.
3. Satu lembaga.
4. Ada dua cara menulis partikel pun. Partikel pun yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang mengikutinya. Contoh: apa pun;telah pun. Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, iaitu adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun dan sungguhpun.
5. Kedua-duanya betul.
Tatabahasa07.05.2013
1) Kakak sedang membalut hadiah maka diberikan kepada pengantin. 2)Ketua kampung itu sentiasa mengambil berat kepada kebajikan anak buahnya. 3)Ranjit jatuh tersimpuh apabila terpijak kulit pisang itu selamat sejahtera, saya ingin bertanya tentang kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam soalan di atas.Salam sejahtera, Ayat yang betul: 1. Kakak sedang membalut hadiah yang akan diberikan kepada pengantin. 2. Ketua kampung itu sentiasa mengambil berat kebajikan anak buahnya. 3. Ayat ketiga betul susunannya. Sekian, terima kasih.Tatabahasa30.01.2018
1)(Hanya mereka/Hanya) yang ada berkenaan sahaja dibenarkan masuk ke bilik pengantin itu. 2)(Dalam/Dengan) perkataan lain dapat kita bahagikan kepada beberapa bahagian. 3)Setiap orang haruslah melakukan perubahan paradigma agar hidup tidak lagi hanya bergantung pada belas kasihan orang lain. Tolong betulkan.Terima kashi.1) Hanya yang berkenaan sahaja dibenarkan masuk ke bilik pengantin itu.
2) Dengan perkataan lain dapat kita bahagikan kepada beberapa bahagian.
3) Setiap orang haruslah melakukan anjakan paradigma agar hidup tidak lagi hanya bergantung pada belas kasihan orang lain.
Tatabahasa26.06.2012
Anak saya akan menyertai pertunjukan fesyen pakaian pengantin, jadi bolehkah pihak tuan memberi maklumat atau penerangan secara jelas tentang pakaian tersebut ( dari segi sejarah pemakaian dan aksesorinya)?Puan boleh merujuk buku seperti di bawah : 1. Pakaian Melayu sepanjang zaman Abbas Alias Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003. 2. Pakaian cara Melayu Siti Zainon Ismail Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2006. 3. koleksi pakaianku Mohammad Jalal Ahmad Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2001. 4. Adat perkahwinan dan tatarias pengantin Melayu Tengku Luckman Sinar, SH 2001Lain-lain18.10.2007
saya ada beberapa pertanyaan yang hendak diajukan: 1. Apakah kata akar bagi perkataan pengantin? 2. Adakah melewah itu dianggap kesalahan tatabahasa?1. Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terdapat istilah akar katadan kata dasar, tetapi tidak terdapat istilah kata akar.  Akar kata(root word) bermaksud bentuk morfem terikat (tetapi bukan imbuhan) yang tidak bertaraf perkataan dan berpotensi menerima imbuhan atau bergabung dengan perkataan lain. Perkataan pengantin merupakan kata dasar.
2.  Lewah dalam hal ini bermaksud penggunaan kata berlebih-lebihan yang tidak perlu. Penggunaan kata yang lewah dalam pembinaan ayat perlu dielakkan.
Tatabahasa28.08.2017
1234

Kembali ke atas