Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.nu.ge.ra.han] | ڤڠانوݢرهن

Definisi : pemberian anugerah: beliau menyarankan agar ~ seumpama itu dicontohi oleh institusi kewangan yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.nu.ge.ra.han] | ڤڠانوݢرهن

Definisi : penyampaian atau pemberian anugerah; perbuatan (hal dsb) menganugerahi atau menganugerahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penganugerahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Majlis penganugerahan atau majlis anugerah? Mana satu yang betul?Yang betul ialah "Majlis penganugerahan".Tatabahasa04.09.2010
Apakah istilah yang boleh digunakan untuk majlis penganugerahan sijil tamat persekolahan peringkat menengah (murid tingkatan 5), memandangkan dalam kamus bahasa Melayu tidak ada istilah graduasi & perkataan konvokesyen hanya untuk penganugerahan ijazah serta diploma? Selamat petang:
 Perkataan graduasi disesuaikan daripada bahasa Inggeris "graduation" yang bermaksud menyampaikan sijil atau ijazah. Oleh itu majlis graduasi ialah upacara penyampaian ijazah atau diploma di kolej dan universiti. Bagi pelajar tingkatan 5, majlis boleh dinamakan bergantung pada tujuan diadakan, sama ada untuk menyampaikan sijil atau kerana tamat tingkatan 5 (tamat sekolah).

Sekian, terima kasih.
Lain-lain14.10.2016
Assalamualaikum, Boleh saya dapatkan tarikh penganugerahan Hadiah Karya Ilmiah 2016/2018 (DBP-KPM)? Sekian, terima kasihSalam sejahtera, Hadiah Karya Ilmiah Hadiah Karya Ilmiah merupakan pengiktirafan kepada karya-karya ilmiah yang terpilih bagi Kategori Sains dan Teknologi, serta Kategori Seni, Sains Sosial dan Kemanusiaan. Majlis penyampaian Hadiah Karya Ilmiah 2016-2018 telah diadakan pada 7 November 2019 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP bersempena dengan Sambutan Majlis Pelancaran Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Kebangsaan. Majlis dirasmikan oleh YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia. Sekian, untuk makluman.Lain-lain03.06.2020
Apa beza persijilan dengan pensijilan?pemberian atau penganugerahan sijil setelah seseorang atau sesuatu mencapai atau memenuhi syarat-syarat, piawai dsb yg dikehendaki atau ditetapkanTatabahasa05.04.2011
Apakah terjemahan rasmi bagi penyataan baharu bagi keputusan dan penganugerahan gred peperiksaan STPM iaitu NGMP (Nilai Gred Mata Pelajaran)?Untuk makluman, maklumat tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data kami.Lain-lain01.12.2015
minta bantuan contoh ayat yang tepat dalam sijil penghargaan dan sijil penganugerahan

Penggunaan ayat dalam sijil penghargaan bergantung pada majlis yang dianjurkan. Contohnya untuk majlis penyampaian peraduan esei, ayat yang boleh digunakan ialah:

Dewan Bahasa dan Pustaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Nor Khalid Musi kerana terpilih sebagai pemenang tempat pertama Peraduan Mengarang Esei 2009.

 

Tatabahasa14.11.2009
1)Luas pengalaman yang diperolehnya kerana merantau bertahun-tahun.(Betulkah perkataan "pengalaman"digunakan dalam ayat ini?)2)Kotak yang berat itu terangkat oleh saya.3)Sebelum adat istiadat penganugerahan pingat bermula,baginda bersemayam di atas mahligai sempena hari keputeraan baginda yang ke-65 tahun.(Tolong betuklan ayat (2) dan (3) jika ada salah.Terima kasih.)1. Luas pengalaman yang diperolehnya kerana merantau bertahun-tahun. Penggunaan perkataan pengalaman dalam ayat tersebut betul.
2. Kotak yang berat itu terangkat oleh saya.
3. Sebelum adat istiadat penganugerahan pingat  sempena hari keputeraan baginda yang ke-65 bermula, baginda bersemayam di atas mahligai.
Tatabahasa11.09.2012
Salam, saya ingin mendapatkan definasi perkataan PENSIJILAN. Terima kasih.Pensijilan bermaksud pemberian atau penganugerahan sijil setelah seseorang atau sesuatu mencapai atau memenuhi syarat-syarat, piawai dan sebagainya yang dikehendaki atau ditetapkan.Ejaan27.09.2012
Minta bantuan; yang manakah betul Majlis Penaugerahan ataupun Majlis Anugerah Pelajar CemerlangSekiranya merujuk secara khas (nama program) Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang boleh digunakan tetapi apabila merujuk secara umum ayat yang betula ialah Majlis Penganugerahan.Istilah29.10.2014
Apakah perbezaan perkataan PERsijilan dan PENsijilan dan contoh penggunaannya dalam ayat? Daripada bacaan saya dalam meni carian kata, kedua-duanya seperti sama sahaja. Mohon penjelasan.Perkataan yang betul ialah pensijilan, iaitu pemberian atau penganugerahan sijil.Tatabahasa10.04.2012
12

Kembali ke atas