Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.ruh] | ڤڠاروه

Definisi : kuasa yg terbit drpd orang (benda dll) atas orang (benda dll) lain, kekuatan batin (ghaib dll) yg meninggalkan kesan pd orang (lain) dll: ia masih memikirkan tentang ~ wang kpd seluruh manusia dan seluruh dunia; berpengaruh mempunyai pengaruh, berkua­sa: Dato’ Ujang bukanlah sebarang orang, ia berharta dan ~; kesusasteraan dan seni tampak bentuk tradisional terus ~ di Malaysia; mempengaruhi berpengaruh atas, meng­gunakan pengaruh kpd, menguasai: kedua-dua kaum itu berlumba-lumba berikhtiar utk ~ umat Arab ke pihak masing-masing; pengaruh-mempengaruhi saling mempe­ngaruhi: ~ menyebabkan pertimbangan utk pelantikan itu menjadi kacau dan menyeleweng; terpengaruh kena pengaruh, dipengaruhi, dikuasai: ~ oleh prasangka; ~ oleh kata-kata manis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.ruh] | ڤڠاروه

Definisi : (Fiz) induktor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.ruh] | ڤڠاروه

Definisi : 1 daya atau kebolehan yg dpt mengubah perangai (kepercayaan dll) orang; kuasa yg dpt mengubah sikap atau menarik perhatian orang: Agama Islam mempunyai ~ yg besar terhadap kemajuan sains dan ilmu astronomi. 2 kuasa yg disebabkan oleh kekayaan atau pangkat: Beliau telah menggunakan ~nya utk menyelesaikan pertikaian itu. berpengaruh ada pengaruhnya; berkuasa: Beliau memang ~ di kampung ini. mempengaruhi mengenakan pengaruh pd; berpengaruh pd: Iklim ~ kehidupan manusia dan cara mereka mencari nafkah hidup. terpengaruh dipengaruhi; kena pengaruh: Jangan ~ dgn anasir-anasir jahat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pengaruh (kata nama)
Bersinonim dengan kuasa, daya, keupayaan, kemampuan, kesanggupan, kudrat, tenaga, hak, wibawa, mandat, daulat, kekuatan, graviti, tekanan;,
Kata Terbitan : berpengaruh, mempengaruhi, terpengaruh,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang tepat "bebas dari pengaruh" ataupun "bebas daripada pengaruh"?Salam sejahtera,

Penggunaan ayat yang tepat ialah "bebas daripada pengaruh..." 

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa09.01.2020
Assalamualaikum. Adakah penggunaan ayat-ayat ini betul? (1) ... di bawah pengaruh dadah atau ... bawah pengaruh dadah? (2) Rakyat hidup aman di bawah pemerintahan kerajaan atau Rakyat hidup aman bawah pemerintahan kerajaan? terima kasihAyat yang betul ialah:
1) … di bawah pengaruh dadah.
2) Rakyat hidup aman di bawah pemerintahan kerajaan …
Lain-lain05.12.2024
pengaruh media massa dalam mendaulatkan bahasa melayu

Maklumat yang diperlukan boleh diperoleh melalui pembacaan dan penelitian buku-buku dan makalah yang berkaitan serta melakukan kajian lapangan. Bagi membantu saudara  menyelesaikan tugasan ini, saudara perlu datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan lain untuk membuat penyelidikan.

Lain-lain09.04.2010
PENGARUH MEDIA MASSA DALAM MENDAULATKAN BAHASA KEBANGSAAN

Maklumat yang diperlukan boleh diperoleh melalui pembacaan dan penelitian buku-buku dan makalah yang berkaitan serta melakukan kajian lapangan. Bagi membantu saudara  menyelesaikan tugasan ini, saudara perlu datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan lain untuk membuat penyelidikan.

Lain-lain09.04.2010
Adakah kata "pengaruh" berasal dari kata "aruh"?

Pengaruh yang mempunyai makna pengalir berbentuk gelung yang menghasilkan medan magnet (induktor) terbit daripada kata aruh.

Manakala pengaruh yang mempunyai makna: kebolehan atau kelebihan yang ada pada seseorang atau sesuatu yang dapat mengubah pandangan, fikiran dan sebagainya seseorang; keupayaan yang ada pada alkohol, dadah dan sebagainya hingga dapat menguasai kewarasan seseorang; kuasa yang disebabkan oleh kedudukan, kekayaan dan sebagainya seseorang atau sesuatu pihak;

berdiri sendiri sebagai kata dasar yang menjana terbitan lain seperti berpengaruh, mempengaruhi, pengaruh-mempengaruhi dan terpengaruh.

Lain-lain12.05.2025
apakah pengaruh peadaban islam yang pertama dalam manuskrip ?

Sila rujuk bahan ini :

    
    

   

 

1. Kesusasteraan Melayu Lama dan Warisan Peradaban Islam / Dr. Ismail Hamid . Fajar Bakti : 1983

2. Peradaban dalam Islam / Muhammad Uthman el-Muhammady . Pustaka Aman Press . 1982

3. Islam dalam sejarah dan kebudayan Melayu : suatu mukadimah mengenai peranan Islam dalam peradaban sejarah MElayu-Indonesia dan kesannya dalam sejarah pemikiran,bahasa dan kesusasteraan MElayu / Muhaamd Naguib Al Attas . ABIM.1990

Lain-lain19.09.2008
Salam. Saya ingin bertanya penggunaan "bawah" dan " di bawah". bawah pengaruh alkohol atau di bawah pengaruh alkohol? Minta penjelasan sebabnya. Terima kasih.

Kata sendi nama “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.  Oleh yang demikian, penggunaan kata sendi nama yang betul ditunjukkan dalam ayat, seperti contoh yang berikut:

“Ahmad memandu kereta di bawah pengaruh alkohol.”

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 265-266.

Tatabahasa19.08.2024
Ayat manakah yang betul? A) Pengaruh media massa adalah salah satu punca berlakunya gejala sosial. B) Pengaruh media massa ialah salah satu punca berlakunya gejala sosial.Jawapan yang betul ialah (A) kerana kata pemeri 'adalah' digunakan sebagai penegas. Sebagai pilihan, kata 'merupakan' juga boleh digunakan bagi menggantikan 'adalah'.Tatabahasa16.11.2010
Yang manakah untuk tajuk tesis yang betul? "PENGARUH GREEN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT PRACTICES TERHADAP PENGLIBATAN KERJA" atau "PENGARUH AMALAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA HIJAU" TERHADAP PENGLIBATAN KERJA

Untuk makluman puan, DBP tidak membuat penyemakan tajuk tesis. Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya yang baik dan betul perlu digunakan dalam penulisan tajuk tesis.

Penyemakan dan penterjemahan18.10.2024
Apakah perbezaan maksud perkataan kesan dengan pengaruh?Menurut Kamus Dewan Edisi Kempat, kesan mempunyai pelbagai maksud, yang salah satu daripadanya bermaksud pengaruh (pada pemikiran, sikap, watak, dsb) yang timbul akibat daripada menyaksikan (mendengar atau membaca) sesuatu, efek: ~nya terlalu buruk, manusia tidak mempunyai kepercayaan lagi terhadap diri sendiri; puisi dapat memberikan ~ yang mendalam kepada pembaca; ~ balas kegiatan (perbuatan dll) yang timbul kerana didorong oleh sesuatu perbuatan (peristiwa) lain, reaksi, tindak balas; ~ gelombang bekas (jejak) gelombang; ~-~ kilat kesan-kesan sepintas lalu; ~ sampingan kesan yang turut timbul selain daripada kesan utama yang dikehendaki atau yang telah dijangkakan.

Pengaruh pula bermaksud kuasa yang terbit daripada orang (benda dll) atas orang (benda dll) lain, kekuatan batin (ghaib dll) yang meninggalkan kesan kepada orang (lain) dll:
ia masih memikirkan tentang ~ wang kepada seluruh manusia dan seluruh dunia.

 

Makna03.04.2017
123456789

Kembali ke atas