Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.cat] | ڤڠچت

Definisi : orang yg kerjanya mengecat (rumah, bangunan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengecat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Alat yang untuk mengecat dinding panggil apa? Bolehkah saya menggunakan perkataan ini " pengecat"? atau jawapan lain? terima kasih.

Biasanya alat untuk mengecat dipanggil 'berus cat'. 'Pengecat' ialah orang yang melakukan kerja mengecat. 

Makna13.06.2009
Imbuhan peN....menjadi penge....apabila bertemu dengan perkataan satu suku kata. Contoh; cat> pengecat, had>pengehad, kod> pengekod, tut> pengetut. Bagaimana pula dengan pengelibatan....sedangkan KELIBAT tiga suku kata dan tiada kata GELIBAT dalam BM. Terima kasihImbuhan peN...menjadi penge...apabila bertemu dengan perkataan yang berawalan k, p, t, dan s, termasuk dengan perkataan kelibat menjadi pengelibatan.Tatabahasa26.04.2012
apakah perbezaan antara menghadkan dan mengehadkanPerkataan yang betul ialah mengehadkan, bukan menghadkan. Peng- menjadi penge- apabila bergabung dengan kata dasar yang mempunyai satu suku kata sahaja, baik perkataan Melayu ataupun perkataan pinjaman. Contoh lain: cat - pengecat, bom - pengebom, pam - pengepam. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 111. Istilah16.07.2009

Kembali ke atas