Perbezaan penggunaan kekecualian dan pengecualian. | Menurut data kami, maksud kekecualian ialah sesuatu yang menyimpang (berlainan, terasing) daripada yang umum dan lain-lain, sesuatu yang dibebaskan (terkeluar, terasing) daripada sesuatu peraturan (ketentuan dan sebagainya) manakala pengecualian bermaksud 1. perihal mengasingkan atau mengeluarkan dari kebiasaan (sesuatu peraturan dan lain-lain); 2. perihal menjadikan tidak berpihak kepada atau menyebelahi (sesuatu pihak, blok, dan sebagainya): satu persidangan negara-negara untuk membincangkan ~ Indo-China telah diadakan. | Makna | 26.12.2017 |
Assalamualaikum w.b.t Saya ingin bertanyakan sekiranya pihak kami ingin membuat pengecualian berkenaan penggunaan bahasa inggeris di dalam iklan, bagaimanakah prosedurnya? Untuk makluman pihak DBP, nama iklan yang bakal kami iklan ini merupakan nama program akademik yang telah tertakluk dalam syarat-syarat UiTM. Perhatian dan kerjasama daripada pihak DBP amatlah kami hargai sekiranya dapat memberi pengecualian terhadap penggunaan bahasa inggeris didalam iklan tersebut. Segala pertimbangan daripada pihak DBP kami ucapakan ribuaan terima kasih. No. Pendaftaran 6252/2013 - Tarikh Mula Proses Permohonan : 03/05/2013 14:40 - Tarikh Pengesahan : 03/05/2013 15:32 - Status Permohonan : TIDAK LULUS - Pindaan/Komen : Sila terjemah iklan kepada bahasa Melayu. DBP tidak mengesahkan iklan dalam bahasa Inggeris | Sila kemukakan semula iklan tuan kepada domain "Khidmat Pengesahan Bahasa" dan nyatakan alasan tuan tentang pengecualian tersebut. Untuk makluman tuan, DBP mengesahkan penggunaan bahasa yang betul, jika tiada atau salah penggunaan bahasa kami tidak boleh memperakukannya. Oleh itu, setiap iklan perlu menggunakan bahasa Melayu dengan saiz yang besar dan jelas, bahasa lain dibenarkan tetapi perlu ada padanannya dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 03.05.2013 |
salam. saya mohon senarai perkataan pengecualian dalam hukum luar darlung. ini untuk memudahkan rujukan pelajar kelas jawi saya. saya dapati buku panduan ejaan jawi keluaran dbp dan buku pintar jawi eleh pak matlob, hanya memberikan beberapa contoh sahaja. seperti dana, pasya, mama, lama dsb. senarai penuh akan membantu pelajar jawi dalam penulisan. terima kasih | Buku Pandai Jawi oleh Pak Matlob diterbitkan oleh Cerdik Publications dan tuan boleh mendapatkan naskhah berkenaan melalui penerbit yang berkenaan. | Lain-lain | 25.04.2019 |
Adakah terjemahan ini tepat? i. Exception Error - ralat pengecualian Terima kasih. | Cadangan terjemahan tersebut boleh digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.04.2015 |
Tuan, sila rujuk fail yang saya lampirkan untuk memahami pertanyaan saya. | Melalui semakan kami dalam buku Tatabahasa Dewan, tidak ada maklumat tentang pengecualian awalan meN- untuk hadir bagi perkataan makan, minum, minta dan mohon. Kamus Pelajar (kamus rujukan untuk pelajar) juga menyenaraikan kata terbitan memakan, meminum, meminta dan memohon. Dalam hal ini, ada baiknya tuan menghubungi penerbit dan penulis buku rujukan yang tuan maksudkan untuk mendapatkan maklumat yang lanjut. | Tatabahasa | 21.11.2014 |
Mengapakah ejaan betul chalet dan bukan calet? Bukankah ch menjadi c dalam bahasa Melayu baku? Chandelier menjadi candelier, chef menjadi cef. Mengapakah chalet mendapat pengecualian? | Pakar bidang telah memutuskan peminjaman perkataan chalet dalam bahasa Melayu dengan mengekalkan bentuk ejaan dan sebutannya. | Istilah | 11.03.2019 |
Apakah ada perbezaan antara perkataan 'telah' dan 'sudah'? Adakah perkataan-perkataan ini mempunyai perkataan setara dalam bahasa inggeris? Contohnya: have, has atau had = sudah was atau were = telah atau ada pengecualian/peraturan tertentu untuk menggunakannya? | Merujuk Kamus Dewan, kata telah sama maknanya dengan sudah. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata telah dan sudah dikategorikan sebagai kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa. Dalam bahasa Inggeris, perkataan already membawa maksud yang sama dengan telah dan sudah. | Tatabahasa | 19.12.2011 |
selamat pagi.saya ingin bertanya tentang penggunaan kata penguat.setahu saya dalam satu ayat kita tidak boleh gunakan kata penguat 2 kali untuk satu kata adjektif.soalan saya adakah sebarang pengecualian dalam penggunaan kata penguat. | Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. Kata penguat hanya digunakan sekali dalam satu ayat dan kedudukannya sama ada di hadapan, di belakang ataupun bebas. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 259. | Tatabahasa | 29.01.2010 |
Mohon berikan penjelasan tentang kesesuaian penggunaan 'ialah' atau 'adalah' untuk contoh berikut: Perkhidmatan Google tersebut adalah/ialah tersedia hanya untuk kawasan tertentu sahaja. Mengikut tatabahasa, penggunaan 'ialah' lebih tepat kerana tersedia ialah kata kerja. Namun, adakah pengecualian tertentu untuk mewajarkan penggunaan 'adalah'? Terima kasih | Penggunaan kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama seperti dalam ayat Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa yang tergolong dalam keluarga Austronesia. Kata pemeri adalah pula hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, seperti Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan. Perlu diingat penggunaan kata pemeri amat terbatas dan kurang digalakkan dalam pembentukan bahasa Melayu. Dalam konteks ayat yang tuan berikan, lebih baik digugurkan sahaja kata pemeri menjadi Perkhidmatan Google tersebut tersedia untuk kawasan tertentu sahaja. | Tatabahasa | 28.03.2017 |
mengapa untuk perkataan bekerja tidak di eja berkerja | Encik Anas terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Ejaan bagi perkataan BEKERJA yang betul ialah BEKERJA bukan BERKERJA - suatu pengecualian dalam sistem ejaan bahasa Melayu - dieja mengikut cara ejaan dalam tulisan jawi yang tidak membunyikan huruf R | Tatabahasa | 16.08.2009 |