Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.lom.po.kan]/[pe.nge.lom.po/.kan] | ڤڠلومڤوقن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) mengelompokkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.lom.po.kan]/[pe.nge.lom.po/.kan] | ڤڠلومڤوقن

Definisi : perbuatan atau hal mengelompokkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengelompokan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SALAM SATU MALAYSIA. SAYA INGIN BERTANYAKAN BAHASA TERJEMAHAN BAGI "BATCHING PLANT" YANG SERING DIGUNA PAKAI SEBAGAI ALAT MEMBANCUH SIMEN. ADAKAH TERJEMAHAN NYA IALAH MESIN PEMBANCUH SIMEN?

Saudara,

Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'batching plant' yang digunakan dalam bidang kejuruteraan ialah loji pengelompokan.

Istilah12.10.2010
Salam, Saya ingin tenya tentang nama golongan haiwan. Adakah "ternakan darat" termasuk ayam dan itik? Adakah "haiwan peliharaan" termasuk haiwan untuk kegemaran dan juga ternakan di ladang sekali? Adakah "binatang jinakan" merangkumi haiwan untuk kegemaran dan haiwan untuk ekonomi sekali? Terima kasihDalam Kamus Dewan ternakan sama maksudnya dengan binatang ternakan seperti kuda, lembu, kerbau, kambing dan lain-lain. Walau bagaimanapun tidak ada pengelompokan haiwan tersebut sama ada untuk peliharaan di rumah, ladang dan sebagainya. Tambahan maklumat dalam pengiklanan, lazimnya dalam keterangan aktiviti syarikat/kedai haiwan peliharaan di rumah ditulis sebagai "Kedai Haiwan Kesayangan".Makna03.05.2012
Tuan, Soalan 1. Bukankah kata adjektif perasaan seperti cinta, marah perlu diikuti oleh kata "akan". Dalam T/B Dewan m/s 232, saya dapati ayat 83, Setiap rakyat harus cinta pada tanah airnya dan ayat 84, Ketua pejabat itu marah terhadap kecuaian keraninya. Soalan ke-2 T/B dewan m/s 201 mengelompokkan kata bertangisan sebagai perbuatan antara dua pihak atau bersalingan. Bukakah lebih sesuai sebagai perbuatan berulangan, berterusan atau berpanjangan? Harap tuan dapat jelaskan. Soalan ke-3 Adakah kini penggunaan "ia" boleh merujuk kepada benda/perkara? Terima kasih.1. Kedua-dua ayat itu betul kerana Kata Adjektif tidak dapat diikuti Kata Nama, maka Kata Sendi Nama hadir selepas kata Adjektif bagi menghasilkan ayat yang gramatis.
2. Merujuk Kamus Dewan bertangisan bermaksud saling melahirkan perasaan sedih (pilu dll) dgn mengeluarkan air mata dan sedu-sedan. Oleh itu, maksud ini selaras dengan pengelompokan dalam buku Tatabahasa Dewan. 
3. Ia, boleh merujuk kepada benda/perkara yang dibicarakan.
Tatabahasa28.02.2012
Selamat pagi, tuan. Di sini ada dua soalan ingin meminta pencerahan daripada pihak tuan. 1. Saya difahami bahawa jenis ialah kata nama golongan benda (binatang, tumbuh-tumbuhan, dll) dan pelbagai bermaksud berbagai-bagai atau beberapa jenis. Oleh itu, frasa yang manakah yang betul bagi (i) pelbagai jenis makanan atau (ii) pelbagai makanan? 2. Perkataan supaya: Definisi supaya ialah mudah-mudahan tercapai atau sampai maksudnya. Merujuk jawapan tuan pada 03.04.2015, 1. Ali mencuci keretanya supaya kelihatan bersih. 2. Ali mencuci keretanya supaya keretanya kelihatan bersih. Jawapan yang diberikan ialah ayat (1) lebih gramatis, mengapa? Selepas kata supaya, bukankah perlu kata nama? Oleh itu, ayat kedua bukan lebih tepat? Ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu.

1. Frasa yang betul ialah pelbagai jenis makanan. Dalam frasa yang diberikan, perkataan pelbagai jenis boleh digunakan kerana kedua-duanya tidak membawa maksud yang sama. Perkataan pelbagai bermaksud beberapa jenis atau macam. Manakala perkataan jenis dalam konteks frasa tersebut pula merujuk kepada pembahagian atau pengelompokan sesuatu benda, pekerjaan dan lain-lain mengikut keadaan atau sifatnya.

2. Ayat yang betul ialah Ali mencuci keretanya supaya kelihatan bersih. Perkataan supaya dalam konteks ayat yang diberikan tidak perlu diikuti dengan kata nama kerana perkataan tersebut merupakan kata hubung, bukannya kata sendi nama.

Tatabahasa12.11.2021

Kembali ke atas